Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

ADAKAH KESULTANAN JOHOR KINI BUKAN SULTAN YANG SEBENAR?

  Dengan merujuk kepada fakta-fakta sejarah yang dicatat oleh para sejarawan, Kesultanan Johor kini ialah kesultanan yang sah. Penerangan lanjut boleh baca di bawah. Sebelum menjawab persoalan ini, perlu kita fahami dulu konsep ketaatan rakyat terhadap pemerintah yang sudah berubah seiring peredaran masa. Atau lebih tepat lagi konsep pelantikkan seseorang raja/sultan. Sebelum abad ke-17, orang-orang Melayu di Nusantara ini taat kepada sultan dengan berlandaskan kepercayaan kepada Lagenda Bukit Seguntang (Keturunan Iskandar Zulkarnain) seperti yang ditulis dalam Sulalatus Salatin . Dek kerana itulah, susur galur kesultanan Melaka tetap ditaati. Namun, konsep ketaatan ini tidak selari dengan keadaan dunia ketika itu. Yakni konsep naungan/jajahan kerajaan-kerajaan yang lebih berkuasa selain Kesultanan Melaka. Contoh paling mudah, kisah naungan Srivijaya, Majapahit, Dinasti China dan Siam. Kuasa-kuasa yang diakui lebih besar di rantau Nusantara ini berkuasa melantik raja/sultan di mana-man

KERAJAAN MELAYU ISLAM YANG SUDAH TENGGELAM (LANGKASUKA / PATANI)

  Mari kita mulakan dengan sekilas kehebatan Kerajaan Patani yang mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Ratu-Ratu Langkasuka; . Oh, ya! Menjawab persoalan sama ada Patani dijajah oleh Siam atau tidak, jawapannya YA! Siam menyerap teknik pecah dan Perintah dalam penjajahannya di Patani. Siam perkenalkan Sistem Thesaphiban utk memecahkan Kerajaan Patani kepada tujuh bahagian. Kelak kita akan sentuh tentang itu. . Sekarang, kita jenguk dahulu kehebatan Kesultanan Patani terlebih dahulu. Sejauhmana wilayah Langkasuka (Patani) itu? Daripada Segenting Kra sehingga ke Negeri2 Timur Semenanjung Malaysia termasuk Kedah dan Utara Perak. Catatan kewujudan Kerajaan Langkasuka (oleh pedagang China) sudah bermula sejak 200 masihi lagi sebenarnya. 775M, Srivijaya berjaya menaungi Langkasuka. Agama hindu digantikan kpd Agama Buddha. Di bawah naungan Srivijaya, Langkasuka mula jadi pelabuhan perdagangan, bukan sekadar negara pertanian semata-mata. Kisah panjang kita pendekkan, 1345,