Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

INDAHNYA PURDAH DI MATA SAYA.

Secara peribadi, sebagai seorang lelaki aku suka dengan perempuan yang berpurdah. Suka yang macam mana? Suka melihat kesungguhan mereka untuk menjaga maruah mereka sebagai seorang wanita. Sungguh aku sebenarnya malu a.k.a tidak berani menatap mata mereka yang mengenakan purdah. Kenapa? Entah.. bagi aku mereka yang mengenakan purdah ini sangat berani dan tegas berprinsip. Takkk.. sebenarnya aku malu nak lawan pandangan sebab aku rasa iman mereka lebih tinggi berbanding aku. Agak klise jugalah sebab ni. Lagipun, apabila wanita ini berpurdah, mata mereka sahaja yang akan menjadi tumpuan. Dah memang jenis aku tidak selesa menatap mata perempuan ni. Tak pasal-pasal terjatuh cinta. Macam Kajol dalam Dilwale. Matanya lebih cantik. Okey mengarut.Lagipun tak elok janabi bertentangan mata. Hahaha. Alhamdulillah. Di USM ramai kawan-kawan yang awal kenal di Tahun Satu hanya biasa-biasa akhirnya mengenakan purdah beberapa bulan kemudian. Bahkan kawan dari bangku sekolah menengah juga akhirnya ad

HARI KIAMAT

Dalam Al-Quran, Allah menceritakan suasana Hari Kiamat dalam banyak surah. Kalau bagi aku.. ini satu bentuk penekanan tentang pentingnya kita menghayati Hari Pembalasan ini. Gambaran yang paling menarik bagi aku adalah SURAH AL- QARIAH (101) , ayat 1 - 11. . . - Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu yg berterbangan. - kerana digambarkan bertapa kuatnya gegaran bumi ketika itu sehingga seluruh di permukaannya melambung ke udara. . . - Gunung-gunung seperti bulu yang dihamburkan. - Masya Allah. Cuba bayangkan Gunung Everest atau Gunung Kinabalu hancur menjadi sebesar bulu. Bulu yg mana? Aku pun tak pasti.  Tapi "bulu yang dihambur-hamburkan" sukar untuk dibayangkan bagaimana keadaan gunung seperti bulu dihamburkan. Tapi intinya di sini sedangkan gunung boleh bertukar menjadi bulu-bulu yang dihamburkan. Sungguh memang dasyat kemusnahan Hari Kiamat. . . - Manusia yang baik dalam keadaan yang senang, sedangkan yang ringan timbangan kebaikannya akan kembali ke api yang

Puisi Sang Patah Hati

Sebenarnya aku dah penat berlari. Mengejar kamu yang tidak pasti. Aku tahu aku sendiri. Menghabiskan saki-baki. Kenangan yang pernah bersemi. Tanpa kamu di sisi. Aku cuba bangkit kembali. Berbisik sendu kepada hati. Jangan berharap berhentilah mimpi. Kerana kamu tak kan peduli. Sepi. Sunyi. Sendiri. Kita yang dulu bukanlah kini. Tetap menjauh tanpa sentuhan jari. Kerana kenangan dah lama pergi. Cuma aku gagal berdiri. Enggan mencuba untuk berlari. Sedangkan ku juga miliki kaki. Tanpa perlu kamu di sini. Entah bilalah ku sedar diri. Bahawa aku hanya memori. Oh, ya! Ini puisi Sang Patah Hati. Kata terakhir kau pernah beri. KAH tujuh belas kali. Akan ku ingat sampai ke mati. #bangkitkata #puisi

Terlalu Rindu

Pernah tak rindu dengan seseorang sehingga kau rasa kau tak mampu buat apa-apa kerana asyik teringatkan dia? Kalih kanan nampak muka dia. Pusing kiri nampak muka dia lagi. Tutup mata, muka dia lagi jelas. Ahh.. Boleh jadi gila kalau benda ni berterusan. Tak kisahlah kau buat macam mana sekalipun, kau tetap tidak tenang selagi tak nampak raut wajah orang yang dirindui. Paling tidak pun dapat dengar suaranya. Cukup dah. Gara-gara kau rindu kau sanggup tinggalkan semua kerja dan pergi bertemu dengannya. Padahal alasan yang kau gunakan langsung tidak munasabah. Malahan menampakkan ke*odohan diri sendiri. Ermmm.. tak pe lah yang penting kau dapat menatap wajahnya. Bangangnya. Bila kau jumpa dia, kau hanya mampu senyum. Entah. Tetiba pulak saat itu otak jadi blank tak tahu mau kata apa. Segala idea yang kau dah plan awal-awal sepanjang perjalanan tetiba hilang bila kau jumpa dia. Aishhh!!.. Ini satu simptom kegilaan yang aku miliki sekarang. Ahh.. tak mengapa. Yang penting

DOA YG DIPERKENANKAN - Ibrah Melalui Roommate. (BHGN 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera... DOA YANG DIPERKENANKAN. Tahun Satu di USM, rakan sebilik aku beragama kristian. Tidak menjadi satu halangan pada awalnya kerana dia tidak kisah jika aku solat dan baca Al-Quran. Itu apa yang dia ujarkan. Bukan apa yang dia lakukan. Maka aku membuat keputusan untuk menggurangkan amalan-amalan yang aku lakukan saban Maghrib. Apabila aku cakap kurangkan..maksudnya..aku kurangkan sungguh-sungguh. Solat dan bacaan Yaasin padam sepadam-padamnya. Etika pakaian mula berubah. Daripada seorang Muslim yang suka menggenakan seluar slack kini mula mengenakan seluar ala-ala KPOP. ' Ahh, tak mengapa! Aisyah minat KPOP. Mungkin sudah tiba saatnya aku mula menjiwai KPOP demi dia' Wait! Aisyah lagi tidak suka dengan lelaki yang suka meninggalkan solat. Lelaki yang lebih gemar tidur sehingga subuh dan juga lelaki yang hanya duduk menatap laptop setiap kali maghrib. Walau apapun, modifikasi hati semakin mendekatkan roommate yang beragama kristian ini., S

SERANGAN DI PARIS - KONSPIRASI MENJATUHKAN ISLAM

Terdetik hati mencampakkan pandangan berkaitan isu ini selepas membaca komen2 netizen tentang DP FB bendera Perancis.' / . Tidak bersetuju dengan mereka yang berkata tak kisahlah kau nak tukar DP FB kau tu.. it is about humanity! No! It is not! DP FB Bendera Perancis is not about humanity. It is about Islamophobia. Kenapa aku katakan tentang Islamophobia? Terlebih dahulu cuba kaitkan dengan pengasas Facebook itu sendiri. Kemudian cuba ingat semula tentang DP LGBT yang pernah dilaksanakan oleh Facebook beberapa bulan yang lepas. Kedua-duanya berkait dengan usaha mencalarkan tasawwur Islam iaitu akhlak dan akidah. . . Betullah. Tak kisah kau nak berdoa untuk siapa. Kita kena ada sifat perikemanusiaan. Serangan di Paris ini jelas tidak berperikemanusiaan kerana telah membunuh 120 nyawa setakat ini. Jadi kita tukar DP FB sebagai sokongan mengecam keganasan yang berlaku di sana. Serangan di Paris.... Dikatakan dilakukan oleh IS iaitu Negara Islam (Syira dan Iraq) sebagai balas d

MENCARI TUHAN BUKAN BERSENDIRIAN

(Puisi untuk sahabat yang mencari Tuhan - S.Odd) Mencari Tuhan. Bersendirian dan bukan di jalanan. Tuhan adanya di hati. Bukan menyepi dan sunyi. Tuhan telah memberi kasih di sisi. Diutus melalui hambaNya untuk kau dampingi. Ada kekuatan dalam setiap entiti. Mungkin bukan di sini. Tapi yakinlah ada di hati. Mencari Tuhan. Bukan menyendiri. Tuhan ada di hati. Bagaimana kau hendak mencari Tuhan sedangkan kau sudah lama menutup hati mu? Kau bilang hati mu kosong. Kau bilang kau dah lama terpesong. Kau hilang dalam kelongsong. Relung yang kau bina tika minda mu kosong. Sedangkan Tuhan dah lama sayang. Cuma kau khilaf melihatnya suram. Kau diam dan diam lagi. Pada nadi Tuhan utuskan. Agar jantung mu terus berdegup. Sedangkan nadi mu berdenyut tanda tahmid dan tasbih. Kau buta menilai lagi. Kau kira kau menyendiri kau jumpa Tuhan. Tak. Kau tak pernah sendiri. Tuhan sentiasa bersama mu. Tuhan hadir dalam nadi mu. Setiap hembusan nafas mu. Setiap kedipan

JEREBU ANAK DUKHAN

~Edisi menunggu IPU USM 200++~ Sekarang hangpa dok mengamuk tak dapat cuti sebab jerebu. Mengamuklah. Berdoalah supaya capai 200++. Esok2, dapat cuti jangan pula amal ibadah pun cuti. Alasan.. tak sihat sebab jerebu. Tapi esok2 Dukhan datang.. Tak kan hangpa nak teriak minta cuti daripada Tuhan. "Awatlah Tuhan bagi Dukhan ni weii?! Aku tak leh semayang ni. Sakit dada! Sesak nafas..!" __________________________________________ Diceritakan bahawa Ad-Dukhan akan datang menyelebungi bumi dan dicatatkan dalam Al-Quran, Surah Ad-Dukhan~ "Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)." (Ad-Dukhan; Ayat:10) Dukhan/Jerebu adalah amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dashyat. . . . KISAH DUKHAN DALAM HADIS RIWAYAT BUKHA

CATATAN PICISAN HATI TENTANG PILIHAN RAYA KAMPUS USM (tidak berguna untuk orang lain)

Berakhir Pilihan Raya Kampus USM. Walau tidak terlibat secara langsung. Cukup hanya memerhati. 'Tense' PRK kali ini tetap dirasakan. Mungkin kerana masih ada sisa perjuangan yang masih bersarang di hati. Cuma sidang ini memilih untuk tidak menyertai kerana kita ada cerita yang tidak mungkin padam di hati. Aspirasi USM. Banyak kenangan dan pengajaran selama berkecimpung di dalamnya. Tidak kurang juga sakit di rasa. Kerana sakitnya, hampir memilih untuk bercuti dari pengajian. Untung Allah hadirkan seorang sahabat yang membisikkan semangat agar bangkit kembali. Sudi bersatu membantu dari jauh. "Aku pun lepas ni tak nak terlibat dah, Wan." Untuk engkau mantan sahabat. Kerana persepakatan dulu aku memilih untuk terus tidak terlibat. Katanya janji untuk di kota. Tapi kau masih terlibat sama. Tidak mengapa. Mungkin ku bodoh berpegang kata. Sedangkan kau sudah berpasak perkasa. Bahkan menjadi pemegang cokmar perwira. Bukan. Bukan menyesal hanya memandang. Bukan kemp

[CERPEN : PERJALANAN KE USM – Sebuah Diari kali pertama menjejakkan kaki di Semenanjung]

Assalamualaikum. Maaf. Penulisan cerpen 'Hati Bukan Tisu' terpaksa dihentikan sementara akibat ketiadaan idea. Sumber rujukan kurang.. tak banyak cerita yang hadir di minda untuk mengarangkan cerita berunsurkan rainbow pride ni... Dah beria nak buat.. alih-alih kena writer block. Sekarang ni saya sedang buat sedikit pembacaan dan penyamaran untuk menjiwai idea cerita 'Hati Bukan Tisu' ini. Dan... here we go.. campak balik pengalaman ke USM. #throwback sempena Minggu PPSL (kemasukan pelahar baharu) – Terima kasih PPSL USM.   Jam 7.00 pagi, 30 Ogos 2012. Pagi ini aku kerja shift pagi di Pizza Hut Gaya Street. Hari terakhir kerja sebelum bertolak ke USM petang nanti. Awal pagi lagi sudah terpacak di hadapan pintu restoran. Hari terakhir begini perasaan bercampur-baur. Teruja meneruskan pengajian ke USM dan sedih kerana bakal meninggalkan sahabat-sahabat di Pizza Hut Gaya Street. Alhamdulillah kerja sepanjang pagi itu berjalan dengan lancar. Manager

[CERPEN] Hati Bukan Tisu : Episode 2

....sambungan... Petai. Selepas ini Afwan taubat akan memakannya semula! Beberapa kali dia cuba memaksa dirinya menelan tumbuhan tersebut. Belum lama selepas itu, mereka dipaksa untuk mencalitkan muka dengan kunyit. Afwan kemilih untuk memenuhkan ruang mukanya dengan kunyit tersebut. Lagaknya seperti memakai bedak sejuk. Bagi Afwan, setiap apa yang berlaku dalam hidup sehari-hari adalah pengalaman yang tidak mungkin akan terulang. Nikmatilah selagi mampu. Dek kerana itulah, Afwan cuba memujuk diri agar menikmati setiap detik bersama kenalan-kenalan baru dan lamanya itu. Kumpulan mereka merupakan kumpulan ketiga terakhir tiba di stesen terakhir. Tatkala kumpulan lain sudah bersedia untuk menyiapkan tugasan terakhir, mereka baru terkedek-kedek mengumpulkan bahan yang diperlukan untuk tugasan tersebut. Paip PVC dan sebiji bola ping pong. "Jangan buang kunyit di muka kamu! Aktiviti tak habis lagi. Kamu hanya rehat minum!" tempik Abang Samad, ketua aktiviti petang itu. Afw

[CERPEN] Hati Bukan Tisu : Episode 1

SEMUA YANG TERCATAT DALAM CERPEN INI HANYALAH FIKTIF SEMATA-MATA YANG DISATUKAN DENGAN ADAPTASI PENGALAMAN, PEMBACAAN & PEMERHATIAN. SETIAP KISAH DIKARANGKAN SEMOGA MENJADI SEMPADAN UNTUK SEMUA. JIKA ANDA TIDAK SENANG HATI DENGAN KANDUNGAN CERITA INI, DIPERSILAKAN TEKAN BUTANG KELUAR. TERIMA KASIH SUDI SINGGAH. JANGAN MENILAI MEMBUTA TULI KERANA APA YANG ANDA BACA & FIKIRKAN TIDAK SEMESTINYA TEPAT. Malam itu sekali lagi mesyuarat kesatuan diadakan. Seperti kebiasaannya Afwan hanya mampu melihat dan bersabar. Sudah beberapa malam Afwan merasakan bahawa dirinya sentiasa disisihkan dalam mesyuarat ini. Mesyuarat ini untuk gerak kerja, tetapi mengapa perlu masih ada info yang ditapis dan perlu diadakan mesyuarat susulan? Persoalan-persoalan inilah yang acap kali muncul dibenak Afwan setiap kali mesyuarat selesai. Termasuk kali ini, sudah empat kali hal yang sama berlaku. Afwan melepaskan hembusan nafas berat. Cuaca pada malam itu seolah-olah memahami gundah di hatinya. Kelam d

Diari di Persimpangan Neraka

Saat ini.. Tatkala diri terasa betul2 diuji. Acap kali teringat. "Ini semua perancangan Allah agar hati sentiasa terbebat dengan Nya" Mana taknya. Siang malam doa dilantunkan agar sentiasa dijaga dan dilindungi iman. Agar selalu menjadi hamba yang tawadduk dan soleh. Malangnya, dalam hati masih ada ruang yang diperuntukkan untuk Syaitan bermukim. Dek kerana itu diri tidak pernah sepi melakukan dosa. Apatah lagi apabila menyedari diri sendiri dalam lingkungan sepi. Siang malam risau menjadi ahli neraka. Tapi hari hari yang diberi menjadi pentas mempersembahkan dosa untuk dicatat kemas oleh malaikat kiri. Biar yang kanan menangis melihat kemungkaran yang dilakukan dibalik tabir. Allah itu Maha Melihat. Bahkan tidak ada satu perkara yang tersembunyi daripada Nya. Jahil itu bukan diri. Cuma mungkin lebih selesa menjadi munafik yang bertunjangkan topeng kebaikan hatta hati kian membusuk. Memanglah wajar mengakui kesilapan sendiri. Kerana menyedari bertapa fananya

Resolusi Hidup Setakat Ini (Tahun 3 di USM)

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum dan Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W Terlalu lama kisah ditanam di dalam hati. Bergetus-getus rasa yang segan dikarangkan dek kerana keinginan itu sering kali direnggut hilang entah ke mana. Alhamdulillah. Tahun 3 di bumi USM hampir selesai. Menarik kali ini.. berpuasa bersama rakan-rakan sekelas yang lain. Sebelum ini memang aku antara jemaah yang akan menghadirkan diri ke perkarangan Masjid Al-Khalik USM untuk menikmati iftar percuma. Tetapi kali ini..lebih menarik kerana ditemani sahabat-sahabat seperjuangan. Kembali kepada tajuk asal - Resolusi Hidup Setakat ini - Tahun 3 memang tahun yang sangat menarik bagi aku. yupp.. Terasa nikmat kematangan hidup semakin manis. \ Entah...mungkin sebab dah terlalu banyak yang dilalui sebelum ini. Menyebabkan hati sentiasa terdetik untuk memikirkan sesuatu yang lebih penting. "Untuk apa mengusutkan minda dengan sesuatu yang tidak penting? " Awal semester... Deti

Aku tak boleh tahan

I have nothing to say except I keep gaining my strength to face obstacles in my life. Aku boleh tahan kalau orang yg aku tak suka benci dgn aku. Tapi aku tak boleh tahan kalau kawan sendiri anggap kita orang lain yang tak bererti dalam hidupnya. Aku tak boleh tahan apabila orang yang aku cuba jaga hatinya tapi dia gagal jaga hati aku. Aku tak boleh tahan apabila orang hanya tahu mengarah tanpa membantu. Dan aku paling tak boleh tahan apabila orang mengagungkan kesombongan serta ketakburan hatinya. Seolah-olah dia yang terbaik di dunia ini.