Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

#Inspirasi20sen (Puisi kenaikan minyak)

Kita bising minyak naik RM0.20 bukan kerana kita benci Malaysia. Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar. Tapi... Kita bising sebab janji tak serupa bikin. Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen. Memang kita berduit. Memang kita berharta. Namun, jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk terkontang kanting. Mereka tak ada slip gaji. Jauh sekali socso mahupun kwsp. Kerjanya keluar pagi balik dinihari. Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis? Hanya 20 sen? Itu pun nak bising? Kerja lah lebih kuat lagi? Beribadatlah lebih lagi? Untuk dimurahkan rezeki? Ya... Sembang kalian sembang mereka yang berharta. Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa. Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada. Motor buruk hanya tunggu masa. Kerja lebih kuat dari si sarjana muda. Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master. Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya.. M

Moster Inside us

Assalamualaikum dan hye hye hye ~:: Gila bersarang lelabah blog aku.. dah berkurun abad lamanya tidak update apa2... dan kali ini.. terdetik untuk memuat naik gambar yang aku buat sendiri.. pakai photoshop.. I called it "Project Monster Inside us''... ~:: Hipokrasi.. itulah uncapan yang paling dekat.... memang kita lazimnya manusia kalau boleh seboleh-bolehnya hanya ingin paparkan kebaikan untuk tatapan semua orang. kejahatan atau darkside adalah satu perkara yang kalau boleh cuba diselindungkan... dan tak mahu didedahkan kepada sesiapa.. hatta orang yang paling rapat dengan kita pun pasti ada satu perkara yang dia tak kan dedahkan dengan kita... begitu juga dengan kita.. ~:: Lady Gaga dalam lagunya 'Poker face'.. inilah manusia... dek kerana itulah.,.. kita perlu lebih berhati-hati memilih kawan agar tidak terperangkap oleh manusia yang disarungi syaitan.. ~:: jazakallahu