Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

bisikan hati (my poem from my facebook)

Menjelajahi setiap mimpi ombak dan badainya menggamit ilusi hanya secebis kasih yang diimpi disebalik berseminya ego diri Suratan hidup tertulis sudah apinya yang membara kian merah fisabilillah jadi penawarnya rindunya melakar warna ceria impi yang mengiringi sebentar cuma Mungkinkah tiba saatnya apabila hati tersedar sudah hanya doa yang menemani angan yang dianyam berkecai pasrah dedaunan kemaafan terkulai layu imbasan tentangnya kian kelam .

another song to hear

salam hati kepada cinta camar pulang petang kerana rindukan sarang pungguk menyahut bulan juga kerana rindu aku menulis lagi bukan kerana rindu.. tetapi aku sayang blog ini.. tidak mahu blog ini bersarang labah-labah hancur mereput kerana terlalu lama ditinggalkan jom hayati lagu ni...  lagu ni dinyanyikan oleh seorang penyanyi yg sgt sya minati