Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

ISU MEMPOLITIKKAN BANJIR. ( NAJIB-GOLF-DARURAT-INSURANS)

~:: Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Maaf.. Post ini mungkin kelihatan seperti itu.. Tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa pun.. Cuma hati terdetik untuk menulis.. Berminat baca? Bacalah.. Tidak berminat? Abaikan.. Terdetik memberi pandangan sendiri? Silakan.. Post ini hanyalah pandangan picis seorang mahasiswa cabuk di tepi gantang.. ~:: Mentaliti rakyat Malaysia - Setiap apa yang berlaku adalah politik.. semua perkara hendak dipolitikkan.. Isu DS Najib bermain golf di Hawai. Kebanyakkan rakyat hanya melihat keadaan ketika DSN sedang berada di Hawai.. sedangkan sebelum itu DSN sudah menjalankan tanggungjawabnya berkunjung ke kawasan banjir di Pahang.. Malangnya hal ini seperti dilupakan oleh rakyat Malaysia.. Fitrah manusia. yang baik tidak dinampak mata.. tetapi buruk tetap menyinggah.. Bagi saya, DSN ke Hawai bermain golf tidak salah. Mengapa? DSN bermain golf dengan Obama bukanlah bercuti kosong semata-mata. Kesilapan sebenarnya bermula daripada media Malaysia itu s

Sahabat Syurga Min Sampulna

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sudah terlalu lama menyepi tanpa sebarang penulisan di dalam medium ini... Jujur.. alasan kali ini bukan sebab sibuk... tapi sebab hati terlalu malas untuk mencurahkan apa yang ada diminda untuk tatapan pembaca.. bukan tidak sudi.. tapi penat untuk mengenangnya kembali... Mana taknya.. menulis secara tidak langsung akan mengingatkan aku kembali kepada peristiwa yang berlaku.. _____ SAHABAT SYURGA MIN SAMPULNA_____ Aku yang hasilkan nama ini beberapa tahun lepas ketika kami 16 orang mula menjejakkan kaki ke bumi USM ini.. Mengapa?? Alasan cuma satu.. kerana aku tidak mahu kami 16 orang berpecah.. dan aku sayang ukhuwah antara kami.. Jika ALLAH izinkan.. ingin sekali aku menjaga seelok-elok hubungan ini dan bersama-sama mencapai kejayaan di dunia dan akhirat... Tapi.. apakan daya.. langit tidak selalunya cerah.. dan mendung awan tak berbintang... Alkisahnya untaian bahasa yang cuba dituturkan demi menjaga kemaslahatan semua pihak.. namun lang

Manipulasi Tokoh Islam dalam Pirates Of The Caribbean

Admiral General Hayreddin Barbarossa Pasha Inspirasi nama Barbossa dalam filem Pirates of The Caribbean (POTC) mempunyai kaitan dengan seorang ganeral (juga lanun) Islam terulung zaman silam. Tahukah anda sebenarnya "Barbossa" adalah sebuah nama yang amat signifikan dalam dunia peradaban Islam dahulu kala - Hayreddin Barbarossa. Barbarossa bererti janggut merah. Hanya terdapat tiga orang tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik, Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki. Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan arkitekstur) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut ole

#Inspirasi20sen (Puisi kenaikan minyak)

Kita bising minyak naik RM0.20 bukan kerana kita benci Malaysia. Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar. Tapi... Kita bising sebab janji tak serupa bikin. Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen. Memang kita berduit. Memang kita berharta. Namun, jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk terkontang kanting. Mereka tak ada slip gaji. Jauh sekali socso mahupun kwsp. Kerjanya keluar pagi balik dinihari. Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis? Hanya 20 sen? Itu pun nak bising? Kerja lah lebih kuat lagi? Beribadatlah lebih lagi? Untuk dimurahkan rezeki? Ya... Sembang kalian sembang mereka yang berharta. Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa. Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada. Motor buruk hanya tunggu masa. Kerja lebih kuat dari si sarjana muda. Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master. Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya.. M

Moster Inside us

Assalamualaikum dan hye hye hye ~:: Gila bersarang lelabah blog aku.. dah berkurun abad lamanya tidak update apa2... dan kali ini.. terdetik untuk memuat naik gambar yang aku buat sendiri.. pakai photoshop.. I called it "Project Monster Inside us''... ~:: Hipokrasi.. itulah uncapan yang paling dekat.... memang kita lazimnya manusia kalau boleh seboleh-bolehnya hanya ingin paparkan kebaikan untuk tatapan semua orang. kejahatan atau darkside adalah satu perkara yang kalau boleh cuba diselindungkan... dan tak mahu didedahkan kepada sesiapa.. hatta orang yang paling rapat dengan kita pun pasti ada satu perkara yang dia tak kan dedahkan dengan kita... begitu juga dengan kita.. ~:: Lady Gaga dalam lagunya 'Poker face'.. inilah manusia... dek kerana itulah.,.. kita perlu lebih berhati-hati memilih kawan agar tidak terperangkap oleh manusia yang disarungi syaitan.. ~:: jazakallahu

Kaitan Melayu dan Yahudi.. Bersaudarakah?

SIAPA MELAYU DAN ASAL USUL MELAYU Dari apa yg saya baca, Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung,jadi melayu bermaksud bangsa gunung,lagipun bukan ke bangsa Melayu/malai/mala dari keturunan Nabi Ibrahim a.s., jadi x mustahil bangsa Melayu ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang.nak tahu mengenai sejarah2 dan rahsia2 bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yg berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah, isteri nabi Ibrahim yg berasal dari kerajaan melayu kemboja purba serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yg hilang dah telah mendapat hidayah Allah SWT dan akan menentang kaum2 Bani Israel yg sesat aka bangsa yahudi kat negara haram israel sekrang di Tanah Yang Dijanjikan. BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe) Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu.KERANA MEREKA AMAT PE

POst yg perlu dibaca

Sedikit refleksi perjalanan perang hari ini sebelum memulakan strategi perperangan akn dtg... semalam sblum mnyiapkn dri sebelum pi perang ambik peluang back up kerja org lain sbb dealer nak ari sabtu ni... tidak paa.... mmg hobi guna psd ni... then ptg tdi sblum p perang post psd utk santapan semua...semoga lepas perang mslh dah slsai dan boleh bg feedback dgn dealer... tup tup.. awan mendung yg mndatang... aku terlupa masih ada hati yg penuh hasad dengki.... tidak apalh tu... sbb waktu2 dignakn utk edit psd tu jdi sedekah... kelewatan p dwn perang tdi ari ni pun x la lewat sgt stkt lewat tcungap2 sblum waktu perang bermula... moral of the story... jgn jdi baik sgt take over kerja org.. tggu je sehingga org tu buat kerjanya...walau bkurun dah amanah tu diberikn... tggu je sehingga dealer ckp... kmi x mau taja kamu sudah... melepaslah hanya rm50 utk tshirt dan bju korporat... nasib baik ada org yg sudi nk taja... dan masalahnya apabila ada orang yg bijak pandai panggil taik psd tu...

Firman ALLAH S. W. T. tentang Kematian

Firman ALLAH Tentang Kematian Coretan : Musafir Cinta Ilahi بسم الله الرحمن الرحيم “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran : 185). “Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Luqman : 34). “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Al-Anbiya : 35). “Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya

Aku dan ADHD [satu kisah imbas kembali]

Bismillahirahman nirrahim... ~:: Sudah lama sebenarnya niat di hati ingin menulis entri ini.. tetapi apakan daya..... jari-jemari ini tidak mampu untuk mengarangkan apa yang terbuku di hati. Alkisahnya apabila aku menyedari sebenarnya apa yang berlaku dalam hidup aku sejak dahulu. Mengapa zaman kanak-kanak aku tidak pernah sama dengan zaman kanak-kanak sahabat aku... Apa yang membezakannya? Alhamdulillah.. sesungguhnya perancangan ALLAH itu Maha Sempurna... Subhanalllah... Memang hajat di hati ingin menjejakkan kaki ke USM.. tetapi selepas melihat surat tawaran... Aku ditawarkan untuk mengikuti pengajian Ilmu Pendidikan Khas.. Ok Fine..!  memang hati menjadi tawar untuk menjejakkan kaki.. Tetapi berkat nasihat seorang guru yang banyak memberi dorongan.. akhirnya aku bersetuju untuk melanjutkan pelajaran ke bumi USM ini dengan kos ilmu pendidikan khas.. Tambahan pula, Cikgu tu cakap.. aku boleh tukar kos kelak.. ~:: Bukan kisah pertukaran kos yang ingin dikongsikan dalam entri kali

#Throwback katanya

kembali menulis sejak sekian lama tidak menulis... banyak kisah yang yang selama ini telah dibungkamkan dalam hati sendiri.. kini rasa tidak tertanggung lagi.. rindu untuk berkongsi setiap bait-bait perkisahan hidup.. seperti yang pernah dikatakan sebelum ini.... kehidupan di universiti sememangnya mencabar.. apatah lagi apabila bergelar mahasiswa kepada semua universiti apex... Persaingan dalam persatuan bukanlah satu perkara yang luar biasa.. Ibarat sang semut yang saling bersaing dengan semut-semut lain.. sesiapa yang tidak mampu bersaing maka akan sepi menyendiri dan menyepi.. tewas dalam persaingan lantas berfikir untuk mengundur diri... PENGUNDURAN DIRI... bukan berniat untuk melepaskan semua amanah yang digalaskan.. tetapi apabila niat kita dipandang serong oleh sesetengah manusia yang lebih hebat sebenarnya.. maka usaha yang kita lakukan tidak dinilai seperti permata.. malahan hanyalah kaca yang tintanya akan melukakan dan menghancurkan seluruh persatuan.. Rentetan daripada

hidup ini

hidup ini sebenarnya masih terlalu mentah untuk menilai setiap kejadian yang melingkari diri ini.. soal kematangan bukanlah satu persoalan yang baru...  dan bukanlah satu untaian kata yang terlalu mudah untuk disimpulkan... setiap justifikasi yang diberikan sebenarnya tidak mampu tepat...! bahkan tidak pernah tepat untuk menilai..! memang ada kalanya hati terpaksa dibungkamkan  lalu mengambil keputusan untuk melepaskan demi menjaga hati sendiri yang kian merah.. parah menanggung kesakitan demi memastikan hati orang lain tidak tercalar.. kerana balar itu kelak akan menghancurkan setiap jalan yang ada di hadapan.. kuasa manusia sebenarnya mampu di atasi jika kita memilih  untuk menyepi dan membiarkan aliran kisahnya mengalir tenang.. dan membiarkan hati mengikut setiap alur alirannya.. kerana sememangnya alur itu akan menuju ke arah hamparan laut yang maha luas dan tenang.. namun, dalam ketenangan itu ada berjuta rahsia yang tertanam...

Sibuk itu Anugerah

Assalamualaikum dan hye hye hye.. Rasanya sudah terlalu lama tidak menulis di blog ini. Sebenarnya penulisan kali ini untuk mengelakkan blog ini bersawang lalu mereput. Awan sayang blog ini... Mengapa? Sebab inilah blog Awan yang kali pertama bertahan sehingga mencecah tahunan umurnya... Bukannya apa... Semenjak bergelar mahasiswa tahun dua di bumi Universiti Sains Malaysia ini... kehidupan sentiasa terkejar-kejar ke sana sini. Urusan mengalahkan Yang Berhormat...!! Yang penting jangan dilupakan tugas hakiki sebagai mahasiswa iaitu belajar! Semua urusan persatuan ini tidak akan menyumbang kepada peningkatan pointer pun...! Tapi kesibukan ini bakal menjadi nilai tambah dalam kehidupan. Pengalaman.. tidak semua orang memiliki pengalaman yang sama. Tanggungjawab yang digalas sebagai mahasiswa sememangnya satu ujian yang membentuk kemahiran insaniah dan mematangkan diri yang tidak cukup matang ini. Sibuk dengan semua meeting dan tugas yang dipikul sebagai salah satu exco dalam pe

Pengarah yang disingkirkan part 2

sambungan dari kisah sebelum ini ... post kali ini Awan cuba untuk menyelesaikan perkisahan tentang ini... well.... sebenarnya Awan telah dilantik semula jadi pengarah projek tersebut... tapi hanya untuk seketika... sebab masih ada hasad dengki yang tertanam di sudut hati mereka.. ( itu intrepretasiku semata-mata)... jadi permuafakatan sekali lagi dilakukan sedangkan undian pertama telah memihak kepada Awan agar Awan kekal menjadi pengarah projek.. jadi permuafakatan kali kedua ini sangat mengecewakan... bagi Awan.. itu jelas menunjukkan kebusukan hati mereka... jadi cara untuk mengawal kemarahan... Awan fikirkan satu benda sahaja.. penggulingan ini sebenarnya bertujuan untuk mengurangkan bebanan yang Awan pegang di bumi USM ini... walaupun sudah banyak yang Awan korbankan untuk membuat persiapan program ini.. tapi demi memikirkan ketenangan hati dan juga komitmen terhadap projek lain... jadi Awan mengalah... membiarkan kali ini... mereka berasa puas hati.. semoga dengan pengundura