Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

CARA KERJA DI PUTRAJAYA TANPA MELALUI JPA YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Sebenarnya artikel ini sudah lama dalam perancangan saya untuk ditulis. Idea-idea yang bakal dikarangkan dalam artikel ini sudah lama berlingkar dalam minda. Cuma masa dan kesempatan sahaja yang belum ada untuk mengarangkannya. Memandangkan sekarang saya sedang dalam fasa cuba memberi headstart untuk minda sendiri (yang sudah lama dibiarkan mereput tanpa pembacaan ilmiah), maka saya curi sedikit masa untuk memuntahkan semua apa yang ada di minda. KERJA DI PUTRAJAYA TANPA MELALUI JPA/SPA. Sebenarnya caranya sangat mudah. Saya tidak tipu. Sangat mudah. Tinggal lagi rasa malas kita yang sering menjadi penghalang untuk menolak hajat kita untuk berusaha melangkaui apa yang kita rasa mampu. Baiklah, untuk memudahkan penjelasan tentang cara ini, lebih elok kiranya jika difahami dahulu lapis skim pekerja yang ada dalam perjawatan kerajaan. Dalam badan kerajaan, ada beberapa skim pekerja yang diwujudkan:- 1. Pekerja tetap 2. Pekerja kontrak JPA 3. Pekerja Sambilan Harian (PSH) U

CARA QADA' SOLAT FARDHU yang tertinggal (dengan sengaja)

Cara QADA’ Solat Yang Tertinggal Bahana meninggalkan solat dengan sengaja sehingga tidak boleh menghidu bau syurga. Mengapa?? Solat wajib yang ditinggalkan dengan sengaja TIDAK BOLEH diqada’'. . Tidak ada dalil yang mengatakan jika kita tinggalkan solat wajib dengan sengaja... maka kita boleh mengqada’'nya di lain waktu. . Sorry beb.. tidak ada dalil yang mengatakan kita boleh gantikan solat wajib yang ditinggalkan secara sengaja. . Bapak ahhh! Entah dah berapa kali dalam hidup ni meninggalkan solat dengan sengaja. Terlalu banyak dah tidak terkira sejak dari awal baligh lagi. Bahaya weiiii... macam mana nak masuk syurga kalau macam ni? Sedangkan solat adalah perkara pertama yang akan dihisab. Kalau dah banyak kali tinggalkan solat fardhu dengan sengaja...maksudnya memang tak lepaslah nak masuk syurga.. Macam mana nak masuk syurga kalau begini.?? . Tapi betul ke Solat Fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja tidak boleh diqada'? Ya, betul. Tidak ada dalil yang