Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Manipulasi Tokoh Islam dalam Pirates Of The Caribbean

Admiral General Hayreddin Barbarossa Pasha Inspirasi nama Barbossa dalam filem Pirates of The Caribbean (POTC) mempunyai kaitan dengan seorang ganeral (juga lanun) Islam terulung zaman silam. Tahukah anda sebenarnya "Barbossa" adalah sebuah nama yang amat signifikan dalam dunia peradaban Islam dahulu kala - Hayreddin Barbarossa. Barbarossa bererti janggut merah. Hanya terdapat tiga orang tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik, Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki. Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan arkitekstur) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut ole