Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Hukum Bahasa Arab dalam Ibadah

Orang Melayu. Berbahagialah kamu lahir tidak mahir berbahasa Arab (Bahasa Al-Quran). Kamu memperoleh banyak kebaikan kerana kamu (yang tidak faham bahasa Arab) mencuba sedaya-upaya kamu memahami Al-Quran dan bacaan-bacaan dalam solat. . Ada usaha di situ. Allah mengurniakan kebaikan untuk mereka yang berusaha memahami agama Nya. . . Dalam Islam, niat memang lebih dirukunkan dalam solat. Sedangkan lafaz,  boleh dalam bahasa yang kamu fahami (Imam Khomeini R.A.). . Cuma ada beberapa hal yang kamu perlu fahami tentang kepentingan Bahasa Arab dalam ibadah. 1. Rasulullah S.A.W. mengerjakan ibadah dalam bahasa Arab. Jadi secara tidak langsung kita dapat pahala sunnah Nabi di sini. Siapa yang tak mau pahala lebih weii.. 2. Islam diturunkan dalam bahasa Arab kerana audiens terawalnya adalah bangsa Arab Jahiliyah. Islam diturunkan dalam bahasa yang difahami oleh mereka agar mudah mereka menerima Islam. Tapi tu lah.. ada je bangsa Arab yang tidak mahu memeluk Islam. 3. Perjuangan dak

Meninggalkan Sahabat.

Iman manusia ada pasang surutnya. Kita sendiri tidak tahu bila detiknya iman kita akan semakin berkurang sehingga kita jauh terpesong dari landasan yang Allah tetapkan untuk kita. Maaf Sahabat. Aku dah cuba untuk bertahan. Aku dah cuba untuk menolak. Tapi kisah dengan kamu tidak pernah surut. Bahkan sehingga terbawa ke dalam mimpi. Sehingga menyebabkan aku menangis seorang diri. Takut siksa neraka. Takut kehancuran yang akan hadir di depan ku. Bukan sekali beristiqarah. Banyak kali. Akhirnya aku tetap memilih mengekalkan silaturrahim. Tetapi diakhirnya aku yang takut dan sakit sendiri. Cukuplah. Aku sudah penat melawan. Aku sudah penat berdiam. Aku tahu siapa aku di hati mu dulu dan kini. Maka aku memilih angkat kaki. Pergiku bukan kerana membenci jasad kamu. Aku cuma ingin uzlah dan tenangkan diri. Berharap tautan tangan pada iman yang semakin tipis tetap teguh. Sudahlah sahabat. Selepas ini tidak usah lagi kau lambai aku dipinggir jalan. Tidak usah lagi kau tegu

MENGAPA PERLU MENCARI SEDANGKAN TAKDIR KITA DAH DITETAPKAN?

Kecik2 dulu aku sendiri pernah suarakan persoalan ini kepada Imam Masjid kampung aku. Iyalah. Dalam memahami Islam banyak perkara yang masih aku sendiri tidak tahu. Alhamdulillah para sahabat banyak berkongsi ilmu pengetahuan. 1. Berkenaan soal takdir yang telah Allah tetapkan tetapi mengapa masih perlu berusaha mencarinya. Takdir, seperti jodoh, rezeki, ajal dan maut Allah memang dah tetapkan.  Dalam Ad-din Islamiyah sebenarnya tak elok mempersoalkan takdir Allah ni kerana boleh menggoyahkan akidah. Tapi demi pembelajaran.. tidak mengapa.. lagipun persoalan ini para sahabat selalu tanya ketika zaman Rasulullah. Tuntas sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi lebih kurang begini.. -:: Dalam persoalan takdir.. Islam lebih titik beratkan usaha untuk dapatkan takdir Allah itu. Sebenarnya ilmu tentang takdir diwujudkan untuk menguji iman kita. Jadi kita memang perlu mencari. Kenapa? Dengan berusaha mencari apa yang Allah takdirkan, kita dapat menjana pahala dan meningkatk

PUISI UNTUK SI BODOH

PUISI UNTUK SI BODOH YANG MEMBODOHKAN DIRI. Menjadi hamba cinta sanggup berkorban padahal sudah lama terbuang. Sekejap je rasa. Menjadi bodoh dan tidak berguna. Hanya menurut tanpa berani menolak. Entah mengapa kalah dan mudah mengalah. Aduh mengapa bodoh dan bodoh lagi. Sudah sedar diri dibenci dan tidak dikehendaki. Hanya menjadi alat. Alat apabila perlu. Alat apabila bosan. Makna bodoh inilah dia. Menunduk pada yang tidak sepatutnya . Ikhlas kamu. Ikhlas! Jodoh kamu dengannya sudah tamat. #bangkitkata

Mencintai Diri Sendiri

Kagum dan menghargai nilai yang ada pada diri sendiri dalam diri kita sendiri sesuatu yang indah kerana dapat menumbuhkan cinta dalam diri dan menghargai setiap kehidupan kita. Setiap manusia itu memiliki nilai-nilai yang sangat berharga dalam dirinya. Sering orang tidak berpuas hati dengan diri sendiri dan cenderung membanding-bandingkan kemampuannya dengan orang lain. Seolah-olah kita tidak berpuas hati dengan apa yang ada dalam diri dan jiwa sendiri. Diri sendiri. Sangat berharga dalam kehidupan. Malah sangat berharga di mata Tuhan. Ibarat dua cermin yang saling berhadapan. Akan muncul siri pantulan tidak terhingga. Demikianlah juga apabila kita bercermin dengan diri sendiri. Anda akan menemukan bayangan diri sendiri. Bayangan itu sebenarnya satu cerminan kekuatan anda yang luar biasa; ketakterbatasan yang memberi kekuatan untuk menhancurkan tembok yang membatasi kemampuan diri.Dalam bayang-bayang itu ada nilai-nilai yang selama ini terhalang oleh bayang-bayang citra diri yang s