Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Resolusi Hidup Setakat Ini (Tahun 3 di USM)

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum dan Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W Terlalu lama kisah ditanam di dalam hati. Bergetus-getus rasa yang segan dikarangkan dek kerana keinginan itu sering kali direnggut hilang entah ke mana. Alhamdulillah. Tahun 3 di bumi USM hampir selesai. Menarik kali ini.. berpuasa bersama rakan-rakan sekelas yang lain. Sebelum ini memang aku antara jemaah yang akan menghadirkan diri ke perkarangan Masjid Al-Khalik USM untuk menikmati iftar percuma. Tetapi kali ini..lebih menarik kerana ditemani sahabat-sahabat seperjuangan. Kembali kepada tajuk asal - Resolusi Hidup Setakat ini - Tahun 3 memang tahun yang sangat menarik bagi aku. yupp.. Terasa nikmat kematangan hidup semakin manis. \ Entah...mungkin sebab dah terlalu banyak yang dilalui sebelum ini. Menyebabkan hati sentiasa terdetik untuk memikirkan sesuatu yang lebih penting. "Untuk apa mengusutkan minda dengan sesuatu yang tidak penting? " Awal semester... Deti