Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

[CERPEN] Hati Bukan Tisu : Episode 2

....sambungan... Petai. Selepas ini Afwan taubat akan memakannya semula! Beberapa kali dia cuba memaksa dirinya menelan tumbuhan tersebut. Belum lama selepas itu, mereka dipaksa untuk mencalitkan muka dengan kunyit. Afwan kemilih untuk memenuhkan ruang mukanya dengan kunyit tersebut. Lagaknya seperti memakai bedak sejuk. Bagi Afwan, setiap apa yang berlaku dalam hidup sehari-hari adalah pengalaman yang tidak mungkin akan terulang. Nikmatilah selagi mampu. Dek kerana itulah, Afwan cuba memujuk diri agar menikmati setiap detik bersama kenalan-kenalan baru dan lamanya itu. Kumpulan mereka merupakan kumpulan ketiga terakhir tiba di stesen terakhir. Tatkala kumpulan lain sudah bersedia untuk menyiapkan tugasan terakhir, mereka baru terkedek-kedek mengumpulkan bahan yang diperlukan untuk tugasan tersebut. Paip PVC dan sebiji bola ping pong. "Jangan buang kunyit di muka kamu! Aktiviti tak habis lagi. Kamu hanya rehat minum!" tempik Abang Samad, ketua aktiviti petang itu. Afw

[CERPEN] Hati Bukan Tisu : Episode 1

SEMUA YANG TERCATAT DALAM CERPEN INI HANYALAH FIKTIF SEMATA-MATA YANG DISATUKAN DENGAN ADAPTASI PENGALAMAN, PEMBACAAN & PEMERHATIAN. SETIAP KISAH DIKARANGKAN SEMOGA MENJADI SEMPADAN UNTUK SEMUA. JIKA ANDA TIDAK SENANG HATI DENGAN KANDUNGAN CERITA INI, DIPERSILAKAN TEKAN BUTANG KELUAR. TERIMA KASIH SUDI SINGGAH. JANGAN MENILAI MEMBUTA TULI KERANA APA YANG ANDA BACA & FIKIRKAN TIDAK SEMESTINYA TEPAT. Malam itu sekali lagi mesyuarat kesatuan diadakan. Seperti kebiasaannya Afwan hanya mampu melihat dan bersabar. Sudah beberapa malam Afwan merasakan bahawa dirinya sentiasa disisihkan dalam mesyuarat ini. Mesyuarat ini untuk gerak kerja, tetapi mengapa perlu masih ada info yang ditapis dan perlu diadakan mesyuarat susulan? Persoalan-persoalan inilah yang acap kali muncul dibenak Afwan setiap kali mesyuarat selesai. Termasuk kali ini, sudah empat kali hal yang sama berlaku. Afwan melepaskan hembusan nafas berat. Cuaca pada malam itu seolah-olah memahami gundah di hatinya. Kelam d

Diari di Persimpangan Neraka

Saat ini.. Tatkala diri terasa betul2 diuji. Acap kali teringat. "Ini semua perancangan Allah agar hati sentiasa terbebat dengan Nya" Mana taknya. Siang malam doa dilantunkan agar sentiasa dijaga dan dilindungi iman. Agar selalu menjadi hamba yang tawadduk dan soleh. Malangnya, dalam hati masih ada ruang yang diperuntukkan untuk Syaitan bermukim. Dek kerana itu diri tidak pernah sepi melakukan dosa. Apatah lagi apabila menyedari diri sendiri dalam lingkungan sepi. Siang malam risau menjadi ahli neraka. Tapi hari hari yang diberi menjadi pentas mempersembahkan dosa untuk dicatat kemas oleh malaikat kiri. Biar yang kanan menangis melihat kemungkaran yang dilakukan dibalik tabir. Allah itu Maha Melihat. Bahkan tidak ada satu perkara yang tersembunyi daripada Nya. Jahil itu bukan diri. Cuma mungkin lebih selesa menjadi munafik yang bertunjangkan topeng kebaikan hatta hati kian membusuk. Memanglah wajar mengakui kesilapan sendiri. Kerana menyedari bertapa fananya