Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

CARA KERJA DI PUTRAJAYA TANPA MELALUI JPA YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Sebenarnya artikel ini sudah lama dalam perancangan saya untuk ditulis. Idea-idea yang bakal dikarangkan dalam artikel ini sudah lama berlingkar dalam minda. Cuma masa dan kesempatan sahaja yang belum ada untuk mengarangkannya. Memandangkan sekarang saya sedang dalam fasa cuba memberi headstart untuk minda sendiri (yang sudah lama dibiarkan mereput tanpa pembacaan ilmiah), maka saya curi sedikit masa untuk memuntahkan semua apa yang ada di minda. KERJA DI PUTRAJAYA TANPA MELALUI JPA/SPA. Sebenarnya caranya sangat mudah. Saya tidak tipu. Sangat mudah. Tinggal lagi rasa malas kita yang sering menjadi penghalang untuk menolak hajat kita untuk berusaha melangkaui apa yang kita rasa mampu. Baiklah, untuk memudahkan penjelasan tentang cara ini, lebih elok kiranya jika difahami dahulu lapis skim pekerja yang ada dalam perjawatan kerajaan. Dalam badan kerajaan, ada beberapa skim pekerja yang diwujudkan:- 1. Pekerja tetap 2. Pekerja kontrak JPA 3. Pekerja Sambilan Harian (PSH) U

CARA QADA' SOLAT FARDHU yang tertinggal (dengan sengaja)

Cara QADA’ Solat Yang Tertinggal Bahana meninggalkan solat dengan sengaja sehingga tidak boleh menghidu bau syurga. Mengapa?? Solat wajib yang ditinggalkan dengan sengaja TIDAK BOLEH diqada’'. . Tidak ada dalil yang mengatakan jika kita tinggalkan solat wajib dengan sengaja... maka kita boleh mengqada’'nya di lain waktu. . Sorry beb.. tidak ada dalil yang mengatakan kita boleh gantikan solat wajib yang ditinggalkan secara sengaja. . Bapak ahhh! Entah dah berapa kali dalam hidup ni meninggalkan solat dengan sengaja. Terlalu banyak dah tidak terkira sejak dari awal baligh lagi. Bahaya weiiii... macam mana nak masuk syurga kalau macam ni? Sedangkan solat adalah perkara pertama yang akan dihisab. Kalau dah banyak kali tinggalkan solat fardhu dengan sengaja...maksudnya memang tak lepaslah nak masuk syurga.. Macam mana nak masuk syurga kalau begini.?? . Tapi betul ke Solat Fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja tidak boleh diqada'? Ya, betul. Tidak ada dalil yang

PEWAI DI GUNUNG PULAI

Cerita tentang Gunung Pulai, Baling, Kedah. Baiklah. Bagi aku, ini kisah yang sesuai dipanggil sebagai satu Kifarah yang Allah bagi kepada kami secara tampak. Mengapa saya panggil kifarah? Teruskan membaca. Jawapannya ada di bawah. Perancangan ke Gunung Pulai dimulakan oleh Ndokfdh. Kami yang menggelarkan diri kami sebagai #GengHatikuSado berancang untuk berpre-convo di puncak Gunung Pulai. Perancangan dimulai seawal dua bulan lagi sebelum kami memulakan pendakian. Sepanjang perancangan, kami banyak bertanya dengan otai-otai hikers yang lain. Rata-rata mereka mencadangkan kami melantik malim gunung (guide). Tapi masalahnya, aku boleh katakan kami agak takbur. “Alaaa.. Pulai je kot!. Baling pun kami naik tanpa guide.”  Infact, setiap kali hiking, kami memang lebih prefer untuk tidak menggunakan khidmat guide. Bagi kami, kurang seronoklah jika ada orang lain yang turut serta selain daripada kami #genghatikusado. “Tapi Pulai berbeza. Kamu wajib ambil guide. Treknya banyak d

PEMILIK AKAL

Assalamualaikum. Saya Awan. Tapi bukan awan yang berada di langit.. Eh, jap... awan memang bukan berada di langit.. tapi berada di bawah langit dan di atas bumi. Itu bukan saya. Saya adalah Awan yang berada di muka bumi. Saya tahu hambar. Sorry. Bahagian ini sepatutnya menjadi wadah untuk menceritakan siapa saya. Siapa pemilik akal yang saban waktu gigih menulis dalam ruangan yang anda kunjungi ini. Tetapi, saya belum cukup bersedia untuk menceritakan diri saya dengan lebih dalam di mata dunia. Mengapa? Saya bukannya siapa-siapa untuk dikenali ramai. Bahkan saya sendiri tidak berkenan sangat jika ada yang nak tangkap gambar dengan saya. Hahaha. I guess I am not born to be someone under the spotlight. Tapi kalau ada yang nak.. tak kan nak resist pula kan. Layan kan je la. Jadi apa yang saya ingin sampaikan di sini? Pertama. Mengapa saya lahirkan blog ini? Kedua. Mengapa 'Awan'. atau lebih tepat mengapa "Awan Andai Dapatku Gapai"? Sesiapa yang selalu

Fiktif Finnick

kisah random je sebenarnya. But, it connected to my life some where else. . Hari ini kita lihat seseorang tu pelik.. atau.. bodoh.. atau minta puji yang amat. Or.. may be we can call them annoying. . Okey then, aku teruskan dengan sedikit fiktif imaginasi menggunakan nama-nama ni. . Finnick, Romeo, Aiman. . Bagi Romeo dan Aiman.. Finnick ni poyo terlebih. Suka dengar lagu yang sama.. and then.. Finnick suka tangkap gambar.. sanggup posing lebih-lebih.. and for now Finnick main pokemon. Hahaha. Guess what! Aiman dan Romeo meluat tengok Finnick. Ye lah.. Finnick ni annoying dan suka ikut kepala sendiri. Tapi bagi Finnick, dia cuma buat apa yang dia suka.. dan apa yang dia minat. And Finnick didn't give a shit about what others said about him. As long as he still can be happy with himself. Because Finnick believe that someday.. Aiman dan Romeo akan jumpa apa yang mereka minati and.. mereka akan value benda tu elok-elok. Dan tidak mustahil Aiman dan Romeo akan buat benda yang

LGBT : CARA NAK TAU BERDOSA KE TAK

Yang namanya DOSA itu adalah perbuatan. BUKAN perasaan. Kau tidak berdosa atas apa yang kau rasakan. Kau hanya akan berdosa apabila kau melakukan apa yang kau rasakan. Contoh:: Kau kekurangan duit...dan kau rasa kau kena mencuri duit orang lain untuk hidup. Kau tidak disabitkan dosa selagimana kau tidak mencuri duit. Tapi, once kau dah curi duit orang lain... dosa jatuh untuk kau dik. So pandai-pandailah bertaubat dan pulangkan semula duit yang kau curi tu. Kalau dah kering sangat, silakan minta dengan pusat zakat atau tambah lagi usaha mu untuk mendapatkan rezeki ALLAH. . Samalah kisahnya dengan GAY. Kau tidak dihukum berdosa atas perasaan songsang yang kau rasakan. Bahkan jauh sekali kau akan jadi penghuni neraka kerana perasaan cinta/syawat mu terhadap sejantinamu. Yang menjadi dosa apabila kau izinkan dirimu diliwat atau kau meliwat.. nahhh.. ketika itulah kau sudah layak untuk dipanggil "Pewaris Kaum Nabi Luth" atau "Nabi tidak mengaku ummat". Jadi kau

MALAYSIA & #BREXIT

Imagine that someday Malay Malaysia will vote to send Indian and Chinese back to their origin country.. this situation might happen.. #BREXIT . Eventhough, right now...  we can see plenty of Malays already named fellows Chinese and Indian as immigrant. They proudly said that Malaysia is for Malay only. Shout (posting at facebook) and scold to fellows Chinese and Indian to know their status as an immigrant in Malaysia. Well.. I know it is hurt. Hurt their feeling. Fellows Chinese and Indians also paid taxes and contribute to Malaysia's Empowerment. Yet, maybe not in politic. But, they are very talented in another fields such as economy. Yeah I know. You might think that it doesn't mean that they will got free tickets to be truly Malaysian if they do this. If we labeled them as an immigrant in a blink of eyes (like what happen in England after Brexit), then what are their nationality? Their country? Their home? They got blue IC right? India won't admit them as their citize

Monolog : Kerja sbg Security Guard

Hi.. to whoever will to read this entry. First and foremost, this entry I wrote when I still at work as security guard. Yes.. it is 3.15am. Ayah aku dulu kerja sebagai security guard juga. In fact he still doing it. Guarding for school. Actually, kerja ni kerja paling senang bagi aku. Tak perlu banyak pengorbanan sangat. Tapi.. tu laaa.. kau akan mereput dalam kebosanan. Yes! BOSAN. It makes me wondering how my father survive it for almost 10 years work like this. And guess bored is the reason why my father berkenalan dengan seorang aunty until tear my family apart for two years. Stay up until 7 in the morning. Yes.. it is not a though job but yet still make you sick in boredom. This is what I feel right now. It is not about chosy. I know I got degree. I realize that my degree is not the green light for me to not to choose job like this. Tapi itulah.. aku ni tipe orang yang dah biasa sibuk dengan segala benda apa yang patut disibukkan. And when I end up just sitting guarding a bui

MOVE ON

Dingin malam bersatu di hati Biar budi mengelung di jiwa Andai kata rindu menyirna pergi Teguhkan diri bergurau senda Biar dibujuk rajuk di hati Usah digamit kenangan pergi Hidup perlu terus berdikari Jangan berkabung di relung sepi Kisah lalu biar berlalu Jasad perlu gigih digagahi Selagi kudrat masih bertalu-talu Tanda hati tidak kan mati. ========================== Puisi ini dicipta selepas entah keberapa kalinya aku cuba membulatkan tekad untuk tidak berharap lagi agar persahabatan aku dengan Amir Hudzman kembali akrab seperti 2013/2014. Tahun 2016 Mei 03 . Catatan tentang budak ni nantilah aku sambung.. agak busy tidur sekarang ni.

Amir Hudzman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk sesiapa yang tersinggah di blog ini sama ada secara sengaja ataupun tanpa sengaja. Maaf kepada sesiapa yang sering mengikuti penulisanku. Mesti korang bengangkan? Awat blog ni senyap sangat dah ni? Owner dia dah mampuih ka? Aku ada je kat pelusuk dunia ni. Cuma malas tak malas je nak update entri blog ini. Padahal jauh di sudut hati.  banyak sangat aku nak tulis dalam ni. Tapi itulaaa.. tak sempat! Amir Hudzman. Aku pernah berjanji.. aku akan menulis tentang budak seorang ini. Cerpen Hati Bukan Tisu juga sebenarnya tentang dia. . . Kejap.. makcik aku panggil minum. Last sebelum ramadhan katanya. Nanti aku sambung balik. ================ 070616/ 1459. Baru teringat aku dah nekadkan hati untuk menulis tentang Amir Hudzman ini. AMARAN dan PEMBERITAHUAN. Apabila kamu baca kisah ini, kamu mungkin agak terkejut sama ada dengan realitinya siapa aku dan siapa Amir Hudzman ini. Oh, ya! Kisah ini dari perspektif aku semata-mata. Jadi boleh jadi

Hukum Bahasa Arab dalam Ibadah

Orang Melayu. Berbahagialah kamu lahir tidak mahir berbahasa Arab (Bahasa Al-Quran). Kamu memperoleh banyak kebaikan kerana kamu (yang tidak faham bahasa Arab) mencuba sedaya-upaya kamu memahami Al-Quran dan bacaan-bacaan dalam solat. . Ada usaha di situ. Allah mengurniakan kebaikan untuk mereka yang berusaha memahami agama Nya. . . Dalam Islam, niat memang lebih dirukunkan dalam solat. Sedangkan lafaz,  boleh dalam bahasa yang kamu fahami (Imam Khomeini R.A.). . Cuma ada beberapa hal yang kamu perlu fahami tentang kepentingan Bahasa Arab dalam ibadah. 1. Rasulullah S.A.W. mengerjakan ibadah dalam bahasa Arab. Jadi secara tidak langsung kita dapat pahala sunnah Nabi di sini. Siapa yang tak mau pahala lebih weii.. 2. Islam diturunkan dalam bahasa Arab kerana audiens terawalnya adalah bangsa Arab Jahiliyah. Islam diturunkan dalam bahasa yang difahami oleh mereka agar mudah mereka menerima Islam. Tapi tu lah.. ada je bangsa Arab yang tidak mahu memeluk Islam. 3. Perjuangan dak

Meninggalkan Sahabat.

Iman manusia ada pasang surutnya. Kita sendiri tidak tahu bila detiknya iman kita akan semakin berkurang sehingga kita jauh terpesong dari landasan yang Allah tetapkan untuk kita. Maaf Sahabat. Aku dah cuba untuk bertahan. Aku dah cuba untuk menolak. Tapi kisah dengan kamu tidak pernah surut. Bahkan sehingga terbawa ke dalam mimpi. Sehingga menyebabkan aku menangis seorang diri. Takut siksa neraka. Takut kehancuran yang akan hadir di depan ku. Bukan sekali beristiqarah. Banyak kali. Akhirnya aku tetap memilih mengekalkan silaturrahim. Tetapi diakhirnya aku yang takut dan sakit sendiri. Cukuplah. Aku sudah penat melawan. Aku sudah penat berdiam. Aku tahu siapa aku di hati mu dulu dan kini. Maka aku memilih angkat kaki. Pergiku bukan kerana membenci jasad kamu. Aku cuma ingin uzlah dan tenangkan diri. Berharap tautan tangan pada iman yang semakin tipis tetap teguh. Sudahlah sahabat. Selepas ini tidak usah lagi kau lambai aku dipinggir jalan. Tidak usah lagi kau tegu

MENGAPA PERLU MENCARI SEDANGKAN TAKDIR KITA DAH DITETAPKAN?

Kecik2 dulu aku sendiri pernah suarakan persoalan ini kepada Imam Masjid kampung aku. Iyalah. Dalam memahami Islam banyak perkara yang masih aku sendiri tidak tahu. Alhamdulillah para sahabat banyak berkongsi ilmu pengetahuan. 1. Berkenaan soal takdir yang telah Allah tetapkan tetapi mengapa masih perlu berusaha mencarinya. Takdir, seperti jodoh, rezeki, ajal dan maut Allah memang dah tetapkan.  Dalam Ad-din Islamiyah sebenarnya tak elok mempersoalkan takdir Allah ni kerana boleh menggoyahkan akidah. Tapi demi pembelajaran.. tidak mengapa.. lagipun persoalan ini para sahabat selalu tanya ketika zaman Rasulullah. Tuntas sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi lebih kurang begini.. -:: Dalam persoalan takdir.. Islam lebih titik beratkan usaha untuk dapatkan takdir Allah itu. Sebenarnya ilmu tentang takdir diwujudkan untuk menguji iman kita. Jadi kita memang perlu mencari. Kenapa? Dengan berusaha mencari apa yang Allah takdirkan, kita dapat menjana pahala dan meningkatk

PUISI UNTUK SI BODOH

PUISI UNTUK SI BODOH YANG MEMBODOHKAN DIRI. Menjadi hamba cinta sanggup berkorban padahal sudah lama terbuang. Sekejap je rasa. Menjadi bodoh dan tidak berguna. Hanya menurut tanpa berani menolak. Entah mengapa kalah dan mudah mengalah. Aduh mengapa bodoh dan bodoh lagi. Sudah sedar diri dibenci dan tidak dikehendaki. Hanya menjadi alat. Alat apabila perlu. Alat apabila bosan. Makna bodoh inilah dia. Menunduk pada yang tidak sepatutnya . Ikhlas kamu. Ikhlas! Jodoh kamu dengannya sudah tamat. #bangkitkata

Mencintai Diri Sendiri

Kagum dan menghargai nilai yang ada pada diri sendiri dalam diri kita sendiri sesuatu yang indah kerana dapat menumbuhkan cinta dalam diri dan menghargai setiap kehidupan kita. Setiap manusia itu memiliki nilai-nilai yang sangat berharga dalam dirinya. Sering orang tidak berpuas hati dengan diri sendiri dan cenderung membanding-bandingkan kemampuannya dengan orang lain. Seolah-olah kita tidak berpuas hati dengan apa yang ada dalam diri dan jiwa sendiri. Diri sendiri. Sangat berharga dalam kehidupan. Malah sangat berharga di mata Tuhan. Ibarat dua cermin yang saling berhadapan. Akan muncul siri pantulan tidak terhingga. Demikianlah juga apabila kita bercermin dengan diri sendiri. Anda akan menemukan bayangan diri sendiri. Bayangan itu sebenarnya satu cerminan kekuatan anda yang luar biasa; ketakterbatasan yang memberi kekuatan untuk menhancurkan tembok yang membatasi kemampuan diri.Dalam bayang-bayang itu ada nilai-nilai yang selama ini terhalang oleh bayang-bayang citra diri yang s