Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

CATATAN PICISAN HATI TENTANG PILIHAN RAYA KAMPUS USM (tidak berguna untuk orang lain)

Berakhir Pilihan Raya Kampus USM. Walau tidak terlibat secara langsung. Cukup hanya memerhati. 'Tense' PRK kali ini tetap dirasakan. Mungkin kerana masih ada sisa perjuangan yang masih bersarang di hati. Cuma sidang ini memilih untuk tidak menyertai kerana kita ada cerita yang tidak mungkin padam di hati. Aspirasi USM. Banyak kenangan dan pengajaran selama berkecimpung di dalamnya. Tidak kurang juga sakit di rasa. Kerana sakitnya, hampir memilih untuk bercuti dari pengajian. Untung Allah hadirkan seorang sahabat yang membisikkan semangat agar bangkit kembali. Sudi bersatu membantu dari jauh. "Aku pun lepas ni tak nak terlibat dah, Wan." Untuk engkau mantan sahabat. Kerana persepakatan dulu aku memilih untuk terus tidak terlibat. Katanya janji untuk di kota. Tapi kau masih terlibat sama. Tidak mengapa. Mungkin ku bodoh berpegang kata. Sedangkan kau sudah berpasak perkasa. Bahkan menjadi pemegang cokmar perwira. Bukan. Bukan menyesal hanya memandang. Bukan kemp

[CERPEN : PERJALANAN KE USM – Sebuah Diari kali pertama menjejakkan kaki di Semenanjung]

Assalamualaikum. Maaf. Penulisan cerpen 'Hati Bukan Tisu' terpaksa dihentikan sementara akibat ketiadaan idea. Sumber rujukan kurang.. tak banyak cerita yang hadir di minda untuk mengarangkan cerita berunsurkan rainbow pride ni... Dah beria nak buat.. alih-alih kena writer block. Sekarang ni saya sedang buat sedikit pembacaan dan penyamaran untuk menjiwai idea cerita 'Hati Bukan Tisu' ini. Dan... here we go.. campak balik pengalaman ke USM. #throwback sempena Minggu PPSL (kemasukan pelahar baharu) – Terima kasih PPSL USM.   Jam 7.00 pagi, 30 Ogos 2012. Pagi ini aku kerja shift pagi di Pizza Hut Gaya Street. Hari terakhir kerja sebelum bertolak ke USM petang nanti. Awal pagi lagi sudah terpacak di hadapan pintu restoran. Hari terakhir begini perasaan bercampur-baur. Teruja meneruskan pengajian ke USM dan sedih kerana bakal meninggalkan sahabat-sahabat di Pizza Hut Gaya Street. Alhamdulillah kerja sepanjang pagi itu berjalan dengan lancar. Manager