Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Cerita Kampus USM.. suara dari hati

Adakalanya... orang lain hanya menilai berdasarkan apa yang mereka lihat... hati manusia...hanya ALLAH sahaja yang tahu... walau mereka bersorak dalam memprovok... tidak bermaksud mereka biadab.. jika kita rasa mereka cetek ilmu agamanya.. jom bersama mendoakan supaya ilmu mereka akan bertambah... seeloknya bukan mencemuh atau menyindir di muka buku.. ~:: kita belum selami hati mereka.. jadi tidak selayaknya mereka dinilai hina sedemikian rupa... boleh sahaja mereka provok sebab merasakan manifesto yang dibawa sangat berbahaya... boleh saja mereka beranggapan.. manifesto yang dibentangkan mampu mengganggu gugat keamanan universiti yang tercinta... ~:: Satu pesanan untuk direnungi bersama... jangan terlalu pesimis sahabat... jangan kerana kita merasakan akhlak kita lebih sempurna daripada mereka... kita memandang rendah terhadap amal ibadah yang mereka lakukan... mungkin saja ibadahnya lebih banyak berbanding kita.. isi hati manusia itu salah satu rahsia ALLAH... jika kita

Setelah sekian lama...

antara punca manusia lemah dalam meniti ujian Yang Esa ialah sikap malas dan suka memanjakan diri sendiri. alhamhamdulillah... setahun di bumi USM telalu banyak kenangan yang terbina... baik kenangan yang menyenangkan hati mahupun yang menyakitkan hati. dan sekarang... sebenarnya saat-saat yang menggetirkan dalam hidup sebagai mahasiswa muslim. Iman terasa terlalu goyah saat ini. sejak berpindah ke bilik persendirian.. tidak dinafikan.. rindu kepada roomate lama. walau kini dia hanya menjadi jiran. tidak mengapa... sebenarnya perpisahan ini memudahkan aku untuk beribadah... tapi persoalannya... kenapa saat ini aku semakin kerap ''terlupa'' solat berbanding dulu. saat ini.. terasa diri semakin jauh daripada Sang Ilahi.. bertapa jahilnya diri sendiri... kufur nikmat yang dikurniakan.. dulu beria nak single room.. sekarang...rasa bilik ini terlalu membosankan.. walau sudah banyak kali terlintas di hati bahawa single room ini akan memudahkan aku beribadah tanpa ganggua