Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Aku tak boleh tahan

I have nothing to say except I keep gaining my strength to face obstacles in my life. Aku boleh tahan kalau orang yg aku tak suka benci dgn aku. Tapi aku tak boleh tahan kalau kawan sendiri anggap kita orang lain yang tak bererti dalam hidupnya. Aku tak boleh tahan apabila orang yang aku cuba jaga hatinya tapi dia gagal jaga hati aku. Aku tak boleh tahan apabila orang hanya tahu mengarah tanpa membantu. Dan aku paling tak boleh tahan apabila orang mengagungkan kesombongan serta ketakburan hatinya. Seolah-olah dia yang terbaik di dunia ini.

Be alone

Better alone than you share your life with them whose never accept and appreciate you as the way you are. Better alone than you messed up your mind with them who doesn't love you and look you down. Then be alone

Jangan angkat saya sebagai idola

Jangan angkat saya sebagai idola kerana saya tak sempurna. Jangan angkat saya sebagai idola kerana saya masih banyak cela. Jangan angkat saya sebagai idola kerana saya manusia biasa yang sentiasa berdosa. Jangan angkat saya sebagai idola kerana iman saya masih sangat lemah. Angkatlah Rasulullah sebagai idola kerana dia idola saya dan seharusnya menjadi idola kita semua. Maka cubalah amalkan Sunnahnya. Terima kasih daun keladi. Jazakallahu khairan.

Tahun 3 : Presentation Mencabar

#throwback Alhamdulillah. Selesai satu rintangan yang menggetirkan. Sepanjang hidup di USM setakat ini, inilah presentation paling susah dan paling kalut lagi kelam-kabut. Mana taknya, proses persiapan diselangi dengan kesibukan persatuan dan komitmen lain. Ditambah lagi dgn kami WAJIB membedah dokumen lama bahasa Inggeris yang penuh dgn ayat bombastik Inggeris Lama. Mereput otak menterjemah. Kredit utk google translate walaupun terjemahannya semakin crowded tapi membantu utk kami hadam maksud Hugh Clifford ttg masyarakat Melayu lama di Pahang. SYABAS. Keramat mententeramkan daripada Dr. Ooi. Sejarawan Malaysia yang cakna dengan plagiat dan culas dalam menulis sejarah. Halangan ini berjaya kami tempuhi. Ada tiga lagi dokumen lama yang menanti. Hasbunallah wanikmal wakeel je jawabnya. Tiada usaha yang tidak mendapat ganjaran Allah selagi kau letakkan penyerahan diri yang tinggi kepada Nya. Alhamdulillah dikurniakan team mate yang berkomitmen tinggi. Well done guys. Jadi, nak lay

Aku di mata orang

Ada orang cakap aku poyo. Ada orang cakap aku bajet baik. Ada orang cakap aku pemalas. Ada orang cakap aku berlagak. Tapi, Ada orang cakap aku baik. Ada orang cakap aku rajin. Ada orang panggil aku ustaz. Ada orang anggap aku abang. Ada orang anggap aku pujaan hati. Peduli apa orang cakap. Memang aku tak mampu puaskan hati semua orang. Jadi aku mau rehatkan minda dulu. Tolong jangan marah. Aku sayang kamu. Cuma aku tak tahu macam mana zahirkan.

Jangan Sekam

Berjalan di atas kaca. Susah puaskan hati semua orang. Sudahnya lebih baik jadi air ketika api marak. Itu lebih baik daripada jadi sekam. Hari ini kita silap. Hari esok kita betul. Hari ini ketawa. Esok menangis. Biasalah hidup. Tidak pernah sempurna. Cuma kita perlu sanggup berubah. Kita tidak selamanya benar. Kita tidak selamanya lemah. Cubalah memilih jalan keamanan. Jangan lari. Wassalam.

Catatan Tentang Kelantan

KELANTAN. Semenjak masih di bangku sekolah menengah lagi aku sudah memandang tinggi kepada negeri ini. Kerana guru yang berasal dari Kelantan sentiasa bercerita tentang negeri yang dicintainya itu. KELANTAN. Bumi Serambi Mekah di Malaysia dicanangkan. Hatta terdetik hati mencari. Apa yang menarik tentang Kelantan sebenarnya? Yaa.. Islam sangat disemarakkan di sana. Islam dijadikan tunjang kehidupan masyarakat di sana. Pengamalan ad-din Islam diakui jauh lebih tinggi berbanding negeri lain yang sudah lama sebati dengan sekularisme Eropah. Aku sudah lama maklum tentang papan tanda bertulisan jawi yang hanya terdapat di Kelantan (kini sudah ada di Terengganu). Tidak pada negeri-negeri lain. Walaupun media TV3 banyak menceritakan sisi yang buruk tentang bumi Kelantan, tetapi hati tetap tertambat kepadanya. Seolah-olah sudah lama sedar akan fitnah media tersebut kepada bumi Kelantan. Sejak dulu aku berpegang kepada prinsip "Jangan menilai hanya dari sisi buruk sahaja"