Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

INDAHNYA PURDAH DI MATA SAYA.

Secara peribadi, sebagai seorang lelaki aku suka dengan perempuan yang berpurdah. Suka yang macam mana? Suka melihat kesungguhan mereka untuk menjaga maruah mereka sebagai seorang wanita. Sungguh aku sebenarnya malu a.k.a tidak berani menatap mata mereka yang mengenakan purdah. Kenapa? Entah.. bagi aku mereka yang mengenakan purdah ini sangat berani dan tegas berprinsip. Takkk.. sebenarnya aku malu nak lawan pandangan sebab aku rasa iman mereka lebih tinggi berbanding aku. Agak klise jugalah sebab ni. Lagipun, apabila wanita ini berpurdah, mata mereka sahaja yang akan menjadi tumpuan. Dah memang jenis aku tidak selesa menatap mata perempuan ni. Tak pasal-pasal terjatuh cinta. Macam Kajol dalam Dilwale. Matanya lebih cantik. Okey mengarut.Lagipun tak elok janabi bertentangan mata. Hahaha. Alhamdulillah. Di USM ramai kawan-kawan yang awal kenal di Tahun Satu hanya biasa-biasa akhirnya mengenakan purdah beberapa bulan kemudian. Bahkan kawan dari bangku sekolah menengah juga akhirnya ad

HARI KIAMAT

Dalam Al-Quran, Allah menceritakan suasana Hari Kiamat dalam banyak surah. Kalau bagi aku.. ini satu bentuk penekanan tentang pentingnya kita menghayati Hari Pembalasan ini. Gambaran yang paling menarik bagi aku adalah SURAH AL- QARIAH (101) , ayat 1 - 11. . . - Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu yg berterbangan. - kerana digambarkan bertapa kuatnya gegaran bumi ketika itu sehingga seluruh di permukaannya melambung ke udara. . . - Gunung-gunung seperti bulu yang dihamburkan. - Masya Allah. Cuba bayangkan Gunung Everest atau Gunung Kinabalu hancur menjadi sebesar bulu. Bulu yg mana? Aku pun tak pasti.  Tapi "bulu yang dihambur-hamburkan" sukar untuk dibayangkan bagaimana keadaan gunung seperti bulu dihamburkan. Tapi intinya di sini sedangkan gunung boleh bertukar menjadi bulu-bulu yang dihamburkan. Sungguh memang dasyat kemusnahan Hari Kiamat. . . - Manusia yang baik dalam keadaan yang senang, sedangkan yang ringan timbangan kebaikannya akan kembali ke api yang

Puisi Sang Patah Hati

Sebenarnya aku dah penat berlari. Mengejar kamu yang tidak pasti. Aku tahu aku sendiri. Menghabiskan saki-baki. Kenangan yang pernah bersemi. Tanpa kamu di sisi. Aku cuba bangkit kembali. Berbisik sendu kepada hati. Jangan berharap berhentilah mimpi. Kerana kamu tak kan peduli. Sepi. Sunyi. Sendiri. Kita yang dulu bukanlah kini. Tetap menjauh tanpa sentuhan jari. Kerana kenangan dah lama pergi. Cuma aku gagal berdiri. Enggan mencuba untuk berlari. Sedangkan ku juga miliki kaki. Tanpa perlu kamu di sini. Entah bilalah ku sedar diri. Bahawa aku hanya memori. Oh, ya! Ini puisi Sang Patah Hati. Kata terakhir kau pernah beri. KAH tujuh belas kali. Akan ku ingat sampai ke mati. #bangkitkata #puisi

Terlalu Rindu

Pernah tak rindu dengan seseorang sehingga kau rasa kau tak mampu buat apa-apa kerana asyik teringatkan dia? Kalih kanan nampak muka dia. Pusing kiri nampak muka dia lagi. Tutup mata, muka dia lagi jelas. Ahh.. Boleh jadi gila kalau benda ni berterusan. Tak kisahlah kau buat macam mana sekalipun, kau tetap tidak tenang selagi tak nampak raut wajah orang yang dirindui. Paling tidak pun dapat dengar suaranya. Cukup dah. Gara-gara kau rindu kau sanggup tinggalkan semua kerja dan pergi bertemu dengannya. Padahal alasan yang kau gunakan langsung tidak munasabah. Malahan menampakkan ke*odohan diri sendiri. Ermmm.. tak pe lah yang penting kau dapat menatap wajahnya. Bangangnya. Bila kau jumpa dia, kau hanya mampu senyum. Entah. Tetiba pulak saat itu otak jadi blank tak tahu mau kata apa. Segala idea yang kau dah plan awal-awal sepanjang perjalanan tetiba hilang bila kau jumpa dia. Aishhh!!.. Ini satu simptom kegilaan yang aku miliki sekarang. Ahh.. tak mengapa. Yang penting