ISU MEMPOLITIKKAN BANJIR. ( NAJIB-GOLF-DARURAT-INSURANS)

~:: Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Maaf.. Post ini mungkin kelihatan seperti itu.. Tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa pun.. Cuma hati terdetik untuk menulis.. Berminat baca? Bacalah.. Tidak berminat? Abaikan.. Terdetik memberi pandangan sendiri? Silakan.. Post ini hanyalah pandangan picis seorang mahasiswa cabuk di tepi gantang..
~:: Mentaliti rakyat Malaysia - Setiap apa yang berlaku adalah politik.. semua perkara hendak
dipolitikkan.. Isu DS Najib bermain golf di Hawai. Kebanyakkan rakyat hanya melihat keadaan ketika DSN sedang berada di Hawai.. sedangkan sebelum itu DSN sudah menjalankan tanggungjawabnya berkunjung ke kawasan banjir di Pahang.. Malangnya hal ini seperti dilupakan oleh rakyat Malaysia.. Fitrah manusia. yang baik tidak dinampak mata.. tetapi buruk tetap menyinggah.. Bagi saya, DSN ke Hawai bermain golf tidak salah. Mengapa? DSN bermain golf dengan Obama bukanlah bercuti kosong semata-mata. Kesilapan sebenarnya bermula daripada media Malaysia itu sendiri.. Apabila mereka mengatakan DSN bermain golf di Hawai adalah bercuti..! Apakah media Malaysia ini sengaja mencetuskan huru-hara di Malaysia? Ataupun para wartawan Malaysia ini tidak cakna tujuan asal DSN ke Hawai..? Rasanya tujuan DSN ke Hawai dan bermain golf di sana sudah dijelaskan.. DSN ke Hawai kerana untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri Malaysia... Tanggungjawab di Malaysia diberi mandat sementara kepada TPM. Maksud di sini adalah DSN tidak meninggalkan tanggungjawab beliau begitu sahaja.. Beliau masih mengambil berat terhadap keadaan Banjir di Malaysia... Kuasa diberikan kepada TPM. Cuma hal ini tidak diviralkan di media.. Apa yang menjadi mainan media ialah ''DSN bercuti di Hawai bemain golf dengan Obama".
Perkataan 'bercuti' itu sebenarnya memberi konotasi yang negatif kepada semua pihak. Saya sendiri naik angin selepas membaca perkataan 'bercuti' yang dinaikkan oleh media Malaysia.. Agak hina bukan? Apabila pihak media sendiri sengaja mencetuskan keadaan ini. Media mana? Anda sendiri tahu siapa.. Agaknya DSN boleh saman kot pihak media yang menggembar-gemburkan kononnya beliau bercuti sedangkan hakikatnya beliau sedang melaksanakan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri. 
~:: Soal jawapan TPM berkaitan 'DSN juga manusia biasa'. Jujur bagi saya ini penyataan yang kurang bijak daripada seorang TPM. Kemungkinan yang berlaku kenapa TPM menjawab seperti ini.. mungkin kerana TPM muak dengan mereka yang suka menjulang keburukan PM dan UMNO-BN. Atau mungkin kerana TPM anggap kalau TPM maklumkan tujuan asal DSN ke Hawai dan bermain golf, beliau akan dikecam sebagai 'kipas DSN' atau 'tipu rakyat'. Boleh jadi bukan..? walau apapun.. penyataan ini kurang profesional. Mungkin selepas ini DSN sendiri kena buat sidang media sebelum keluar negara untuk maklumkan ketiadaan beliau. 
~:: Isu Darurat di Kelantan.. Umum mengetahui bahawa Kelantan bukan dibawah pentadbiran BN. Dek kerana inilah saya kira kepergian DSN ke Hawai menjadi viral dan menusuk kalbu segenap rakyat. Ramai mendesak agar DSN umumkan darurat di Kelantan sehingga ada suara-suara yang mengatakan mereka tidak kisah DSN pergi bercuti yang penting umumkan darurat.. Isu banjir 2014 ini dibandingkan dengan Banjir 2006 yang lepas.. Kononnya ketika itu kerajaan telah isytihar darurat di Johor. Perkara ini hanyalah khabar angin semata-mata. Pada Disember 2006, tidak ada sebarang
pengisytiharan darurat yang dilakukan..apa yang berlaku hanyalah pihak-pihak terlibat bertindak seolah-olah darurat berlaku dengan cara mengerahkan semua yang berwajib turun padang untuk membantu mangsa banjir di empat negeri yang terjejas. Satu kesilapan sebenarnya jika kita mengecam kerajaan tidak isytihar darurat di Kelantan hanya kerana Kelantan bukan dikuasai UMNO-BN sedangkan di Johor yang bawah UMNO-BN dulu darurat juga tidak diisytiharkan. Persoalannya mengapa isu Johor dulu kononnya darurat semakin viral sekarang? Alasan utama..sebab rakyat Malaysia lupa apa yang telah berlaku pada Disember 2006 yang lepas dan mereka dipasak-pasakkan dengan khabar angin kononnya Johor dahulu diisytiharkan darurat kerana BN menguasai Johor. Siapa yang mempolitikkan isu banjir ini sebenarnya? Rakyat Malaysia sendiri..! Agak fed-up dibuatnya.. Rakyat Malaysia memang suka sangat dengan perkataan 'darurat' ini. Isu Lahad Datu dulu.. sibuk paksa Kerajaan umumkan darurat kerana kononnya keadaan sudah parah.. Terma-terma yang sama digunakan untuk memaksa kerajaan persekutuan isytihar darurat.. Sedangkan ramai antara kita yang masih belum sedar implikasi pengisytiharan darurat. Come on lah Malaysian.. Pengisytiharan darurat tidak semudah yang disangka.. Bukan hanya skop semasa yang perlu dititikberatkan. Kalau nak kata isu insurans yang DSN umumkan menjadi penghalang kepada pengisytiharan darurat tidak wajar.. Saya setuju kerana nyawa lebih penting berbanding insurans. Tapi kesan pengisytiharan darurat itu sendiri akan memberi impak kepada ekonomi negara sendiri.. Dan mesti ada yang mendakwa.. nak jaga ekonomi negara ke atau nak jaga periuk nasi Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak? Hahahaha.. Kita gelakkan je orang macam ni... Bantuan RM500 Juta yang diumumkan DSN baru-baru ini belum tentu cukup untuk membantu semua mangsa banjir tetapi sudah cukup untuk memberi impak kepada ekonomi negara. Tidak mengapa.. Kebajikan rakyat didahulukan walaupun selepas mereka terpaksa berhempas-pulas menyelamatkan diri ketika banjir sehingga ada yang terkorban. Mati itu Pasti.. Hidup In Shaa ALLAH.. Apa yang pasti zaman DSN merupakan zaman panas bagi politik Malaysia.. Mentadbir negara itu bukan satu perkara yang mudah.. DSN menjadi PM bermaksud beliau bukanlah manusia biasa.. beliau luar biasa.. Setiap kuasa yang datang bersama tanggungjawab. Semakin besar kuasa tersebut, semakin berat jugalah tanggungjawab yang wajib dipikul.. Memegang kuasa bukan hanya ketamakan semata-mata.. Kalau rasa diri itu manusia biasa..baik berhenti memegang kuasa.. Tiada guna menggelar diri manusia biasa jika kuasa yang dipegang adalah kuasa manusia luar biasa.. Yang penting laksanakan tanggungjawab dengan telus dan jujur.. Ingatlah..banyak mata yang memerhati dan banyak hati yang dengki ingin menjatuhkan. Tidak sanggup berhadapan? Maka berundurlah.. Ingat..! Jangan terlalu memanjakan..kerana yang manja itu lebih suka memberontak berbanding mereka yang dididik untuk berusaha..
~:: Mohon maaf atas segala silap dan salah.. Jika ada yang tersinggung dan kecil hati mohon diampunkan.. Sama-sama kita beringat bahawa kita ini manusia akhir zaman.. Fasa Keempat dalam lembaran zaman Rasulullah S.A.W. memang zaman fitnah berleluasa.. Sesungguhnya fitnah itu mainan Dajjal Laknaktullah untuk menjatuhkan Islam.. Sebagai Muslim/Muslimah..kita sepatutnya bersatu dan bersedia menjadi bala tentera Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S. Buka mata luas-luas.. Pengikut Dajjal sudah lama bersedia menyambut kedatangan Dajjal kelas..Sedangkan kita Islam masih ramai lagi leka membuat persediaan menyambut kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S. 
Wallahu'alam..

Awan Andai Dapatku Gapai
Disember 28 2014 | Ahad 12.05 pm

Manipulasi Tokoh Islam dalam Pirates Of The Caribbean

Admiral General Hayreddin Barbarossa Pasha
Inspirasi nama Barbossa dalam filem Pirates of The Caribbean (POTC) mempunyai kaitan dengan seorang ganeral (juga lanun) Islam terulung zaman silam. Tahukah anda sebenarnya "Barbossa" adalah sebuah nama yang amat signifikan dalam dunia peradaban Islam dahulu kala - Hayreddin Barbarossa. Barbarossa bererti janggut merah. Hanya terdapat tiga orang tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik, Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.

Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan arkitekstur) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris). Sebuah gunung berhampiran dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat ​​Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu.

Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban tinggi mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M. Bangsa Moor di wilayah Andalusia, terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana misi Reconquista diteruskan dengan misi pembantaian umat Islam iaitu dengan pembersihan kaum muslim, sebahagian dipaksa murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan.
Raja Ferdinand II Aragon 
Misi ini memuncak ketika raja Ferdinand II dari Aragon berkahwin dengan ratu Isabella dari Castille, dan selanjutnya dikenali sebagai Ferdinand V of Castille. Ferdinand merupakan seorang penganut Kristian Katolik yang fanatik. Umat ​​Islam dan Yahudi dibantai dengan kejam pada era pemerintahannya. Masjid Cordoba yang bertiangkan 1000 buah kini menjadi gereja, begitu pula Istana Alhambra hanya tinggal kenangan. Reconquista diteruskan ke arah Afrika utara dan ke arah timur yang mana tujuan utamanya adalah tanah suci Jerusalem di wilayah Palestin. Berita kejatuhan Andalusia ini sampai kepada Turki yang ketika itu dipimpin oleh Sulaiman I The Magnificient yang telah berjaya menakluk Byzantium.


Misi ini memuncak ketika raja Ferdinand II dari Aragon berkahwin dengan ratu Isabella dari Castille, dan selanjutnya dikenali sebagai Ferdinand V of Castille. Ferdinand merupakan seorang penganut Kristian Katolik yang fanatik. Umat ​​Islam dan Yahudi dibantai dengan kejam pada era pemerintahannya. Masjid Cordoba yang bertiangkan 1000 buah kini menjadi gereja, begitu pula Istana Alhambra hanya tinggal kenangan. Reconquista diteruskan ke arah Afrika utara dan ke arah timur yang mana tujuan utamanya adalah tanah suci Jerusalem di wilayah Palestin. Berita kejatuhan Andalusia ini sampai kepada Turki yang ketika itu dipimpin oleh Sulaiman I The Magnificient yang telah berjaya menakluk Byzantium.

Pada zaman inilah, terdapat dua orang adik beradik, yang menjadi pelaut biasa berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki yang bernama Aruj dan Hayreddin. Suatu hari kapal mereka telah diserang kapal tentera St. John of Jerusalem atau biasa disebut sebagai Knight of Rhodes, kejadian ini telah membuatkan adik bongsunya terbunuh. Sejak daripadasaat itu, Aruj dan Hayreddin melakukan aktiviti pelanunan dan rompakan kepada semua kapal-kapal tentera Kristian. Aktiviti ini sangat menggemparkan dan sangat ditakuti tentera Kristian, dikenali sebagai lanun Barbarossa Brothers kerana kedua-duanya berjanggut merah. Makna negatif Barbarossa dipropagandakan hingga sekarang oleh barat, contohnya perompak pada komik Asterix dan watak Captain Barbossa dalam filem Pirates of the Caribbean.
Watak Captain Barbossa dalam Pirates of the Caribbean
Misi dendam Barbarossa Brothers akhirnya berubah menjadi misi perjuangan Islam setelah mendengar jatuhnya Andalusia. Puluhan ribu bangsa Moor (bahkan yang menghuni di pergunungan) berjaya mereka selamatkan ke negeri-negeri Afrika Utara seperti Maghribi, Tunisia dan Algeria, selain itu Algeria dijadikan pangkalan pertahanan lautnya. Penguasa Algeria tidak seramah sultan di Tunisia, Sultan Salim di Toumy malah pernah mengusir Barbarossa ketika sedang bertempur dengan pasukan Kristian Sepanyol. Aruj mengambil keputusan kekal di Algeria dan akhirnya memimpin bandar pelabuhan tersebut atas nama kesultanan Turki. Pada tahun 1518, Sepanyol berjaya menghasut Amir bandar Tlemcen (Tilmisan) untuk menentang Aruj, beliau menyerahkan Algeria kepada adiknya Hayreddin dan beliau berangkat ke Tlemcen yang ternyata di sana beliau dan tenteranya terpaksa berperang dengan saudara sendiri yang sesama Islam, pasukannya tewas dan namun Aruj sempat meloloskan diri, namun banyak pasukannya tertangkap. Namun, oleh kerana hubungannya dengan anak buahnya yang lebih daripada sekadar kepentingan peribadi, Aruj kembali bertempur dan gugur.



Kapal Galilon milik Barbarossa Brothers 
Gugurnya Aruj menjadikan pimpinan armada laut Algeria Barbarossa berpindah ke Hayreddin. Sepanyol menyangkaera Barbarossa telah berakhir di Laut Tengah. Lalu, Sepanyol menghantar 20 000 tenteranya ke Algeria, pertempuran hebat telah berlaku, namun Hayreddin berjaya mengalahkan tentera laut tersebut. Beliau sedar terlalu banyak ancaman dari negeri di sekelilingnya selain ancaman utama Sepanyol, hingga akhirnya Hayreddin meminta melalui Algeria supaya Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kekuasaannya atas nama daulah Uthmaniah Turki, mereka pun bersetuju, hingga pada tahun 1519 Turki mengangkat Hayreddin sebagai beylerbey atau wakil Turki di Algeria dan memimpin pasukan Janissari, pasukan khas tentera elit Turki. Selama Hayreddin mempimpinnya, penyelamatan bangsa Moor di Andalusia semakin banyak dilakukan, 7 kali pelayaran dengan 36 kapal direkodkan.

Kristian Eropah mula merasa tergugat dengan kegemilangan Sulaiman I dari Turki, yang telah menguasai daratan dengan pasukan Janissarinya dan menguasai Laut Tengah dengan keberadaan Hayreddin Barbarossa, sang adik dari Aruj. Pada tahun 1529, di Pulau Penon disaat azan berkumandang, tentera Sepanyol telah menembak meriam ke menara masjid, maka terjadilah peperangan hebat dan setelah 20 hari peperangan, pulau tersebut dikuasai Hayreddin. Di daratan pula, Sulaiman I cuba untuk merealisasikan impiannya untuk menakluk Vienna, Austria, sebanyak dua kali serangan dilancarkan namun kedua-duanya gagal. Pasukan Turki yang kembali pulang sempat meninggalkan beberapa karung kopi serta menukar peraturan Pope Rom yang sebelumnya mengharamkan minuman yang diminum kaum muslim itu. Kemudian mereka menyebutnya sebagai cappuccino.


Hayreddin Barbarossa ketika mengadap Sultan Sulaiman I sambil membawa hadiah 
Pada tahun yang sama Andrea Doria di Genoa berjaya membaik pulih Republik Genoa dan telah bersekutu dengan Charles V Sepanyol dan meneruskan misi reconquista dengan berperang dengan Sulaiman I dan Barbarossa yang menguasai perairan Laut Tengah. Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol, bahkan bendera yang diusung adalah berwarna hijau terdapatkaligrafi doa “Nashrun minalLaah wa fathun qariib wa basysyiril mu'miniin”, ya Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin, pedang zulfikar dan bintang segi enam Yahudi. Ketika ini, bintang segi tiga itu masih belum digunakan oleh kaum Yahudi malah ianya adalah simbol perjuangan. Hanya kini, kaum yahudi dan Israel telah menggunakan simbol itu bagi pakatan zionis mereka dan telah menyebabkan umat Islam fobia dengan simbol ini.

Charles V telah berusaha dengan bergabung dengan Knights of Rhodes di Pulau Malta, namun masih lagi gagal membendung penguasaan Barbarossa ke atas Laut Tengah. Turki yang kagum dengan prestasi Barbarossa,telah mengangkat beliau menjadi Panglima Laut (Kapudan Pasha) daulah Uthmaniah dan mengetuai angkatan Laut Turki Uthmaniah.



Pada tahun 1535, gabungan bersekutu Charles V dan Andrea Doria yang telahpun mengubah nama kepada Knight of Malta telah menyerang dan merebut Tunisia dengan 25 000 lebih pasukannya dalam 500 kapal. Pertempuran tersebut amat dahsyat dan Tunisia telah jatuh ke tangan Sepanyol. Barbarossa walaupun kalah pada tahun-tahun berikutnyatelah berjaya menguasai kepulauan Beleares dan merampas kapal-kapal Portugis dan Sepanyol di selat Gibraltar.


Pada tahun 1538, pakatan sekutu Itali Sepanyol telah berperang di Preveza, tempatnya adalah di teluk Actium, tempat pertempuran Octavian melawan Antonius dan Cleopatra dahulu kala. Preveza merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah ketika ini. Andrea memimpin 40 kapalnya dan Barbarossa dengan 20 kapal, namun dengan kepintaranBarbarossa dalam mengatur strategi dan pengetahuannya yang mendalam ke atas bentuk muka bumi dan geografi tempat pertempuran, pada waktu pagi sebelum pertempuran bermula, armada Barbarossa telahpun bersiap siaga di mulut teluk Preveza dari tiga arah dan telah mengebom armada Andrea sehingga armada Andrea berundur dari pertempuran. Barbarossa tidak ingin berperang di laut lepas kerana kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai manuver yang lebih canggih.


Serangan ke atas Algeria oleh sekutu Charles V dan Andrea Doria berlanjutan sehingga tiga tahun kemudian dengan200 kapal di luar perairan Algeria kerana kebimbangan diserang Barbarossa dari belakang. Rakyat Algeria di bawah pimpinan Hasan Agha telah bertempur bermati-matian mempertahankan negerinya. Semangat jihad mereka membara untuk mempertahankan kedaulatan wilayah Islam daripada jatuh ke tangan kuffar dibantu pula dengan keberadaan ulama’-ulama’ di sana yang menjadi pemangkin semangat kepada mereka. Charles V yang memperlekehkan dan mengambil mudah pertahanan dan strategi peperangan Algeria yang ampuh, telah menyebabkan armadanya huru-hara selain daripada telah dihentam dengan ribut laut yang dahsyat ketika peperangan tersebut. Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya dengan kekalahan yang amat pahit.
Hayreddin Barbarossa mengalahkan Pakatan Bersekutu Charles V pimpinan Andrea Doria di Pertempuran Preveza (1538) 
Ketika Perancis berperang dengan Sepanyol, Perancis telah bersekutu dengan Turki Uthmaniah, Barbarossa pun berangkat ke Marseilles untuk merebut Nice dengan memimpin 30 000 orang tentera Turki Uthmaniah. Sekepulangandari Nice, Barbarossa kemudiannya berangkat ke Genoa untuk membebaskan pembantu kepercayaannya, Turgut Reis.Beliau telah membawa 210 buah kapal ke sana dan mengancam akan menyerang Genoa melainkan Turgut Reis yang telahpun dijadikan hamba serta dipenjara dibebaskan serta merta. Ugutan ini telah membimbangkan Panglima Genoa, Andrea Doria yang mula membebaskan tawanan itu dengan pertukaran hanya 3500 ducat emas. Setelah itu, banyak lagi misi-misi penaklukan dan perluasan wilayah Islam telah diperintahkan oleh Sultan Sulaiman 1 The Magnificient kepada Panglima Jeneral Angkatan Laut Turki Uthmaniah ini, Hayreddin Barbarossa Pasha.


Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha mula bersara di Constantinople pada tahun 1545, meninggalkan anaknya Hasan Pasha sebagai waris penggantinya di Algeria. Beliau kemudiannya telah menyerahkan memoir catatan beliau kepada Muradi Sinan Reis. Ianya terdiri daripada lima jilid yang bertulisankan tangan - “Gazavati Hayreddin Pasa" (Penaklukan Hayreddin Pasha). Hari ini, ianya dipamerkan dengan megah di Istana Topkapi dan Perpustakaan Universiti Istanbul. Hayreddin Barbarossa Pasha meninggal dunia pada 1546 di istana tepi laut di kejiranan Büyükdere, Constantinople, di tepi barat laut wilayah Bosphorus.

Beliau dimakamkan di makam yang tinggi berhampiran dengan pelabuhan feri daerah Besiktas di sebelah barat Istanbul yang dibina pada 1541 oleh arkitek terkenal Mimar Sinan, tapak yang mana armadanya digunakan untuk berhimpun. Memorial telah dibina pada tahun 1944, di sebelah makam beliau.

Kita melihat betapa umat Islam dahulu kala diangkat ke martabat yang tertinggi di muka bumi oleh Allah dek kerana mempunyai pemimpin yang baik serta berkaliber, amanah dengan perjuangan menegakkan syiar Islam ke serata dunia seperti Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha. Kita melihat betapa walaupun Barbarossa Brothers yang hanya dikenali sebagai pelayar lautan berbangsa Turki yang biasa pada mulanya, seterusnya digelar lanun di samudera pula, sanggup berkorban segalanya demi kemaslahatan umat Islam walaupun yang berlainan bangsa dengan mereka iaitu bangsa Moor.

Wallahu'alam

Firman ALLAH S. W. T. tentang Kematian

Firman ALLAH Tentang Kematian
Coretan : Musafir Cinta Ilahi
بسم الله الرحمن الرحيم



“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
(Ali Imran : 185).

“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(Luqman : 34).

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”
(Al-Anbiya : 35).

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
(Ali Imran : 145)

“Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukan ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya).”
(Al An-am : 2).

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan, ‘Ini adalah dari sisi Allah,’ dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan, ‘Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad).’ Katakanlah, ‘semuanya (datang) dari sisi Allah’. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun?”
(An-Nisa’ : 78).

“Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. (Yang memiliki sifat-sifat) demikian ialah Allah, maka mengapa kamu masih berpaling?”
(Al-An’am : 95).

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia mahluk yang (berbentuk) lain. Maka Mahasuci Allah, Pencipta Yang Paling Baik. Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di Hari Kiamat.”
(Al-Mukminun : 12-16).

“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan), hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.”
(Al-A’raf : 57).

“Dan sebagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya bahwa kamu melihat bumi itu kering tandus, maka apabila Kami turunkan air di atasnya, niscaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan yang menghidupkannya tentu dapat menghidupkan yang mati, sesungguhnya dia mahakuasa atas segala sesuatu.”
(Fushshilat : 39).

“Katakanlah, ‘Allahlah yang menghidupkan kamu kemudian mematikan kamu, setelah itu mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat yang tidak ada keraguan padanya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Al-Jatsiyah : 26).

“Dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam kubur dapat mendengar.”
(Fathir :22).

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berpikir.”
(Az-Zumar : 42).

“Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).”
(Az-Zumar : 68).

“(Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama menggoncangkan alam, tiupan pertama itu diiringi oleh tiupan kedua. Hati manusia pada waktu itu sangat takut.”
(An-Nazi’at : 6-8).

“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan Hari Kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat keras.”
(Al-Haj : 1-2).


MATI itu pasti! Bertaubatlah kepada ALLAH atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan sampai nafas di kerongkong baru kita tersedar dan masa itu sudah tiada peluang untuk bertaubat kepadaNYA..Ya ALLAH matikanlah aku, keluargaku,saudara maraku dan sahabat seperjuanganku dalam husnul khatimah dan limpahkanlah rahmatMu bersama kami.

Sibuk itu Anugerah

Assalamualaikum dan hye hye hye..

Rasanya sudah terlalu lama tidak menulis di blog ini. Sebenarnya penulisan kali ini untuk mengelakkan blog ini bersawang lalu mereput. Awan sayang blog ini... Mengapa? Sebab inilah blog Awan yang kali pertama bertahan sehingga mencecah tahunan umurnya... Bukannya apa... Semenjak bergelar mahasiswa tahun dua di bumi Universiti Sains Malaysia ini... kehidupan sentiasa terkejar-kejar ke sana sini. Urusan mengalahkan Yang Berhormat...!! Yang penting jangan dilupakan tugas hakiki sebagai mahasiswa iaitu belajar! Semua urusan persatuan ini tidak akan menyumbang kepada peningkatan pointer pun...! Tapi kesibukan ini bakal menjadi nilai tambah dalam kehidupan. Pengalaman.. tidak semua orang memiliki pengalaman yang sama.

Tanggungjawab yang digalas sebagai mahasiswa sememangnya satu ujian yang membentuk kemahiran insaniah dan mematangkan diri yang tidak cukup matang ini.
Sibuk dengan semua meeting dan tugas yang dipikul sebagai salah satu exco dalam persatuan tidak mampu dihitung dengan jari. Tidak dinafikan adakalanya hati terdetik untuk berhenti dan meninggalkan semua kesibukan. Cemburu melihat kawan-kawan lain yang goyang kaki dan berpeluang melakukan aktiviti kegemaran mereka. Entah bila diri ini berpeluang untuk memberi ganjaran kepada hati dan minda sendiri yang terasa semakin nyanyuk melaksanakan tanggungjawab yang digalaskan.
~:: Tapi.. apabila memikirkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada kesibukan-kesibukan ini, hati menjadi tawar melepaskan bebanan tugas yang diberikan. Kerana sebenarnya bebanan ini merupakan satu nikmat yang ALLAH berikan yang tidak dinikmati oelh semua mahasiswa (adakah termasuk sering terlewat bangun lalu terlepas kelas pagi??) Tambah-tambah lagi sekarang dah menjadi mahasiswa tahun dua a.k.a senior kepada junior-junior tahun satu.. walau masih bergelar junior kepada senior-senior tahun tiga dan tahun empat. Bersyukur apabila berpeluang berkongsi ilmu yang baru dituai setahun jagung ini dengan junior. Sekurang-kurangnya hati puas melaksanakan tanggungjawab.

Konflik? itu hanyalah satu corak sumbang yang hadir dalam perjalanan hidup ini. Tanpa konflik tidak akan meriah pembelajaran mengenal diri sendiri ini. Tanpa konflik kita tidak akan tahu perkara mana yang patut dielakkan. Sekurang-kurangnya dengan berkonflik... dapatlah kita melepaskan diri daripada kesibukan. Konflik itu dijadikan alasan untuk berhenti? Adakah seperti melarikan diri daripada perperangan? Bukan!! Konflik sebenarnya akan membantu kita untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.. Dengan konflik hati akan jadi galau dan sedar akan kecetekan kuasa dan daya yang dimiliki. Hanya ALLAH yang mampu menangani sebesar manapun konflik di dunia ini. Apa tidaknya... hamba yang diciptakan untuk melaksanakan ibadah-Nya menjadi ingkar. Manusia yang diciptakan agar menjaga kesucian agama-Nya.. malahan tangan-tangan manusia itu juga yang menghancurkan. Bumi yang dahulunya diciptakan dengan cukup indah (SubhanALLAH) tetapi kini dihancurkan dan dihodohkan oleh mereka. Ibarat harapkan pagar..pagar makan padi... Jadi... konflik itu sebenarnya memiliki kebaikan yang perlu diperhalusi. Jangan menganggap konflik itu satu halangan yang bakal menghancurkan setiap usaha yang dilakukan. Anggaplah konflik itu sebagai satu amaran agar kita tidak menjauhkan diri daripada ALLAH.. Status hamba.. kenalah tahu diri..sedar sejauhmana darjat kita yang sepatutnya sebagai peminjam bumi di dunia ini. Insaf dengan status hamba yang sebagai peminjam nyawa dan oksigen untuk meneruskan hidup di dunia pinjaman ini.
 Wallahu Alam...
~:: Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah.
#CekguAwan #eseiPendek #Thanx_sudi_baca

Beyond the Pages of the Wordsmith : Road To PBAKL 2023

Bismillah... Dengan rendah hati dan penuh iltizam, saya jemput anda semua untuk temankan saya melalui denai-denai menuju #PBAKL2023. . Sebag...