Betapa mulia dan indahnya akhlak baginda Ya Rasulullah SAW masih ingat akan kita sewaktu sakratul maut.
'Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbata memberikan khutbah,
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan Al Qur'an. Barang siapa mencintai sunnahku, berati mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk syurga bersama aku".
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Uthman menghela napas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," desah hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan sigap menangkap Rasulullah yang limbung saat turun dari mimbar.
Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, andai mereka mampu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maaf, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?".
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Malaikat Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Malaikat Jibril yang sedang bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. " Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua pintu syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Malaikat Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Malaikat Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan bimbang, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad yang telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, tiba saatnya Malaikat Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan roh Rasulullah ditarik. seluruh tubuh Rasulullah dibasahi peluh dan urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan-lahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat Sang pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu, tangis mulai kedengaran saling bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii!" -
"Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
‘Aisyah ra berkata: ”Maka jatuhlah tangan Rasulullah, dan kepala beliau menjadi berat di atas dadaku, dan sungguh aku telah tahu bahwa beliau telah wafat.”
Dia berkata: ”Aku tidak tahu apa yg harus aku lakukan, tidak ada yg kuperbuat selain keluar dari kamarku menuju masjid, yg disana ada para sahabat, dan kukatakan:
”Rasulullah telah wafat, Rasulullah telah wafat, Rasulullah telah wafat.”
Maka mengalirlah tangisan di dalam masjid, kerana beratnya khabar tersebut, ‘Saidina Uthman bin Affan seperti anak kecil menggerakkan tangannya ke kiri dan ke kanan.
Manakala Saidina Umar bin Al-Khattab berkata: ”Jika ada seseorang yang mengatakan bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam telah meninggal, akan kupotong kepalanya dengan pedangku, beliau hanya pergi untuk menemui Allah sebagaimana Musa pergi untuk menemui Allah.”
Saidina Abu Bakar pula segera menemui Rasulullah lalu memeluk Baginda dan berkata: ”Wahai sahabatku, wahai kekasihku, wahai bapakku.”
Kemudian dia mencium Rasulullah dan berkata: ”Anda mulia dalam hidup dan dalam keadaan mati.”
Keluarlah Abu Bakar ra menemui orang-orang dan berkata: ”Barangsiapa menyembah Muhammad, maka Muhammad sekarang telah wafat, dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah kekal, hidup, dan tidak akan mati.”
‘Aisyah berkata: “Maka akupun keluar dan menangis, aku mencari tempat untuk menyendiri dan aku menangis sendiri.”
Inna lillahi wainna ilaihi raji’un, telah berpulang ke rahmat Allah manusia yang paling mulia, manusia yang paling kita cintai pada waktu dhuha ketika memanas di hari Senin 12 Rabiul Awal 11 H tepat pada usia 63 tahun lebih 4 hari. Shalawat dan salam selalu tercurah untuk Nabi tercinta Rasulullah.
Allahumma shali'alla sayyidina wa mawlana Muhammad....
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia,
tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak
Pelikkah kita apabila berbeza dengan orang lain??
apa kata orang jika anda yang berumur 21 tahun berlari-lari di padang sekolah pada waktu hujan?
apa kata orang jika anda yang sedang duduk seorang diri tiba-tiba menyanyi sekuat hati?
pelik bukan...??
dalam hati ini terlalu banyak cerita yang tersimpan.. ada sebahagiannya tidak mampu untuk dikongsikan dengan orang lain..
itu cerita hati yang paling dalam.. kelak dicerita mengundang malu di hati...
apa taknya.. kerana mulut badan binasa.. lagi pun... ada kalanya.. berdiam diri itu lebih baik..
diri pun akan terhindar daripada mengumpat.. paling tidak pun kita dapat mengelak daripada menyakitki hati orang...
kelihatan pelik di mata orang lain tidak semestinya menampakkan kita bodoh di mata mereka... persepsi manusia sememangnya begitu..mustahil bagi kita untuk memuaskan hati semua orang yang kita kenali.. hanya mereka yang dapat memahami kepelikan yang kita miliki akan sentiasa berpuas hati dengan tindakan kita..dan mereka itu adalah sahabat kita yang sebenarnya. mereka sentiasa menyokong anda.. yups.. kawan yang baik akan sentiasa menyokong kita selagi kita masih berada dilandasan yang betul...
kepelikan yang kita miliki sebenarnya adalah anugerah daripada ALLAH.. itu adalah keunikan yang kita miliki.. biar hina di mata orang. asalkan jangan hina di mata ALLAH... sama jugalah hendaknya seperti wanita dan hijabnya.. sesetengah wanita berbangga dengan rambut mereka yang lurus...tebal.. dan halusssss.. sedangkan wanita yang bertudung litup..labuh sehingga ke paras paha dianggap ketinggalan zaman. not up to date... pelik bukan..?? manusia zaman sekarang.. semakin lupa dengan asal usul kejadian mereka...
~:: jangan pernah anggap kita ini lebih rendah berbanding orang lain... manusia di mata ALLAH semuanya sama.. yang membezakan kita hanyalah IMAN, AMAL dan TAQWA.. ILMU juga jangan dilupakan...
~:: yang penting..jangan bersedih.. ALLAH sentiasa bersama kita.. jangan pernah berputus asa untuk berdoa mengharapkan bantuan ALLAH... ALLAH sentiasa bersama kita.. ALLAH sentiasa menyayangi kita.. ALLAH tidak pernah berhenti mendengar keluhan-keluhan kita.. bahkan DIA tidak pernah jemu walau sedetik pun...
Kenapa Menulis??
acap kali aku dilemparkan soalan-soalan cepuk emas seperti ini..
kenapa menulis? kenapa nak buat blog? kenapa nak jadi blogger?
nak bajet2 hot ke?
soalan2 typical yang akhirnya diikuti oleh soalan2 sentap..
hati hanya mampu tersenyum menjawab setiap soalan yang diutarakan.
bagi aku..
menulis di alam maya bukan kerana ingin menunjukkan kelebihan yang aku miliki..
aku sedar bertapa kerdilnya ilmu ku jika dibandingkan dengan ilmu Yang Esa..
walhal... masih ramai lagi blogger2 yang lebih sempurna penulisannya berbanding aku..
kerana penulisan ini menjadi peneman dikala sepi..
penulisan ini yang akan mencatat 1001 kenangan yang terpahat di minda ini..
otak yang dikurniakan tidak cukup sesuai untuk menampung segala kekusutan yang bertandang di hati..
penulisan ini menjadi wadah perkongsian dengan rakan2 di seluruh dunia... baik yang muslim atau muallaf atau mereka yang sudi membaca..
aku tahu.. ada kalanya post2 yang dipaparkan agak tidak sesuai dengan mereka yang bukan beragama islam..
dalam hidup ini.. apa yang penting adalah niat..
menulis di sini..menjadi satu pemangkin semangat yang kian pudar..
menulis di sini sebenarnya mengajar hati yang kerdil ini untuk berpujangga..
mengajar hati ini agar sentiasa matang berfikir..
kerana di sini.. tercatat segalanya apa yang tersurat di hati..
walaupun sebahagiannya masih tertanam di sudut hati yang paling dalam...
setiap bait2 kata yang tersurat di sini menjadi satu ilmu yang dikongsikan dengan warga dunia semua..
tiada persoalan sama ada kita layak atau tidak..
apa yang penting adalah kesanggupan untuk berkongsi idea, pengalaman dan cerita...
kiasan melayu lama bukan lagi caranya..
tetapi bilah2 kata yang tajam dan mampu merobekkan jiwa menjadi mainannya..
tersalah tingkah pasti terpenggal hujung lidah..
pasti bingit telinga mendengar setiap caci maki dan kritikan..
tidak mengapa.. hati manusia.. memang tiada yang sempurna...
kisah yang dipapar di sini.. bukan untuk menyindir sesiapa..
kerana penulisan ini dikarangkan untuk menjadi perkongsian untuk semua ummah..
kerana penulisan ini sentiasa mengingatkan aku dengan Yang Esa..
kerana penulisan ini juga.. aku menjadi kerap bertasbih..
setiap bait2 pujian terzahir setiap kali mengenangkan cerita sehari-hari yang dikarangkan..semoga apa yang berlaku kelmarin menjadi pengajaran pada hari ini untuk membaiki hari esok..
tiada yang mampu menewaskan kesabaran dan ketabahan yang ALLAH kurniakan..
hati cuma perlu dicekalkan menhadapi setiap ujian yang dicermikan..
Wasalam... semoga kita sentiasa bernaung di bawah lindunganNya
Cinta itu satu Iman
kalau ada yang betanya tentang cinta mu.. maka katakanlah ia untuk orang yang layak sahaja..
tetapi sebelum itu.. katakanlah cinta itu hanya untuk Yang Esa sahaja.. untuk para Rasul sahaja.. untuk ibu bapa mu sahaja..
kerana..
tak kan wujud cinta-cinta yang sempurna tanpa cinta-cinta itu..
cinta yang lahir dari hati adalah anugerah yang terindah..
cinta itu sifatnya suci..
kekalutan dan nafsu manusia yang merosakkan kesucian cinta itu..
seperti sucinya cinta Adam a.s kepada isterinya Hawa...
namun cinta anak mereka Qabil telah dicemari oleh hasutan dan bisikan syaitan...!!
kejahatan pertama di dunia ini dimulakan oleh cinta yang mengikut nafsu..
berpada-padalah dalam bercinta...
kerana cinta ikut hati yang kotor akan membimbing langkah ke lembah kejahatan..
dan seterusnya membuka pintu neraka..
bernaunglah di bwah cinta yang suci... itulah laluan yang terindah yang akan membimbing langkah menuju ke syurga...
cinta jannah...
untuk meraihnya.. perlulah dimantapkan iman..
cinta tanpa iman..ibarat laut yang dipenuhi racun sehingga ikan-ikan di dalamnya.. tidak mampu lagi bernafas lalu terkapai mati...
~:: Salam Hati Kepada Cinta
Cerita dari hati yang paling dalam
~:: cerita semalam.. pengajaran atau pengetahuan ataupun de javu..
entah apa perkataan yang sesuai menggambarkannya..
~:: sepatutnya... kisah itu menjadi pengikat kasih sayang antara kami semua.. tapi tak tahu pulak ada seorang saudara yang sebenarnya sudah lama memendam kesumat di hati.. last2 diri yang kerdil ini pulak menjadi mangsa...
~:: niat di hati memang bergurau...sebab memang itu pun cara bergurau dalam kalangan kami semua.. tapi.. bila memang sudah tidak puas hati semenjak dulu... SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK... tersilap kata sahaja menjadi punca.. entah.. tersilap kata atau tersilap orang.. tapi lebih kepada tersilap pilih orang..
~:: yang paling bestnya..apa bila kita dikatakan BUDAK YANG BARU NAK UP... TIDAK SEDAR DIRI... kalau TIDAK MATANG aku boleh terima.. sebab... aku baru 20 tahun... baru berusia dua tahun di usm ni... tak pasal2 pulak dikatakan BERLAGAK DENGAN JAWATAN... wtf...!!! hati manusia memang begitu..
~:: tidak mengapa.. aku bersyukur dikurniakan hati yang cukup sabar..dan sentiasa berusaha untuk mengelak dari pergaduhan..( tapi aku ni ada kalanya terlalu ikutkan emosi) aku faham perasaannya.. tersepit dalam kalangan mereka yang hiperaktif.. apatah lagi tiap2 kali subuh rabu dan sabtu... suasana menjadi hingar-bingar..
~:: cuma.. diri yang kerdil ini sudah tersilap nilai... sebab itulah..AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA... kelak habis anggota dibahamnya..
~:: so, pengajarannya di sini... BERHENTI BERSANGKA BAIK DENGAN ORANG YANG KURANG KITA KENALI... sebab orang baru itu tidak kenal siapa kita.. dan mungkin tahun ini tahun terakhir bersama mereka... usai tanggungjawab digalaskan... maka berakhirlah pengorbanan untuk mereka..
~:: cuma hati ini cukup terkesan apabila KITA CUBA MEMAHAMI ORANG... TAPI ORANG TIDAK PERNAH LANGSUNG MENCUBA UNTUK MEMAHAMI KITA..
#mencariPERSAMAANmemahamiPERBEZAAN..
#LahTahzan ALLAH bersamaku
bagaimana nak dapatkan bibir merah bak delima?

sama seperti rambut.. jika kita memiliki rambut yang sihat, lurus dan panjang dan berkilau..
yups.. rambut yang sihat dalam diperoleh melalui penjagaan yang baik..
pakai syampu yang berbagai brand dgn khasiat masing..

tanpa perlu menempelkan lipstik tebal2.. bibir yang merah ini boleh dimiliki..
merah semula jadi tanpa bahan sintetik seperti lipstik..
bukan sahaja wanita yang mengidamkannya..
bahkan lelaki juga menginginkannya utk menarik perhatian..
atau kepada bro bro perokok tegar yang memiliki bibir hitam..
bagaimana nak memilikinya??
teruskan pembacaan.. jangan malas...
KHASIAT MADU
madu ni bukanlah suatu yang asing bagi kita.. dah ramai yang mengetahui khasiat madu ni.. khususnya wanita.. selain daripada menyembuhkan jerawat pada wajah, madu juga boleh digunakan untuk menjaga kelembapan bibir secara semula jadi..
bagaimana??? hanya perlu sediakan madu.. dan sapukan serta ratakan madu pada bibir anda.. biasanya lagi sesuai jika dilakukan sebelum tidur..KHASIAT UBAT GIGI
ternyata ubat gigi di rumah ada juga fungsi yang lain... sebelum mengggunakannya.. pastikan ubat gigi anda bebas detergen.. takut nanti akan membawa kesan sampingan yang tidak diingini..
bagaimana?? hanya perlu sapu dan ratakan ubat gigi pada bibir anda... jangan sapu terlalu tebal atau terlalu nipis... lepas tu biarkan selama 2 hingga 3 minit.. kemudian pergi basuh.. boleh lakukan sebelum tidur atau ketika anda sedang menggosok gigi.
catatan : cara ini akan menyebabkan anda mengalami bibir yang kering pada awalnya.. namun hasilnya?? terbukti memberikan bibir yang merah bak delima.. kalau tak percaya.. cuba dulu dan alami sendiri..KHASIAT MENTEGA
mentega?? jangan ingatkan mentega hanya boleh digunakan untuk menyedapkan masakan atau hanya unutk membuat kuih raya.. ternyata mentega juga mampu memerahkan bibir.. :)
bagaimana??? macam biasalah.. sapu dan ratakan mentege pada bibir... boleh dilakukan sebelum tidur juga..KHASIAT MINYAK ZAITUN
minyak zaitun kaya dengan vitamin E... vitamin E inilah yang akan menjadikan bibir anda merah secara semula jadi.. minyak zaitun juga mampu melembabkan bibir.. :)
bagaimana?? semuanya cra adalah sama.. sapu dan ratakan minyak zaitun pada bibir.. sesuai dilakukan sebelum tidur..
selamat mencuba...!!
apa yang penting adalah keyakinan dan sentiasa bersyukur..
tips ini hanyalah cadangan dan saranan untuk mendapatkan bibir idaman..
berkesan atau tidak?? semua terletak pada ketentuan ALLAH..
jika ALLAH izinkan anda memiliki bibir yang merah... maka anda akan memilikinya..
AS.SALAM... ^_^v
DALAM HIDUP TIADA SEMPURNA
apa ertinya blog ini dibuat???
tiada guna jika hanya dibiarkan mereput...
jadi memandangkan aku ketandusan idea utk create cerita..
aku rasa better jadi coretan dari hati seorang remajalah
sekarang aku punya azam yang baru..
azam yang agak gilak jugalah bagi aku..
iya..memang sgt gilak..
memanglah aku ini tidak sempurna...
dan tidak mungkin akan sempurna..
sebab asal kejadianku pun tidaklah terlalu sempurna
tapi yang paling menyebalkan ialah..
apabila orang lain tidak pernah faham
dengan perangai aku sendiri... iyalah..
aku sedar aku ni banyak cacat dan celanya..
aku tidak nafikan.. childish.. over acting..
dan yang paling terbaik... TIDAK MATANG..!!
jadi...untuk menenangkan hati ini..
dan untuk mengelakkan aku menyakiti hati orang lain..
aku ambil jalan mudah..
tinggalkan mereka yang menyakitkan hati..
jadi sekarang..walau teknik ni jarang berkesan..
tapi aku nak cuba.. better trying than nothing..
jadi orang yang serious?? aku rasa aku tidak mampu..
tapi... aku akan usaha buat yang ini.. LIVE MY LIFE ALONE..
kerana..menyayangi tidak selalu mengembirakan...
jadi..aku nak berhenti menyayangi orang...
biar jadi selfish.. aku ada ALLAH dan keluarga..
lagipun..kawan2 di usm ni hanya sementara..
lepas empat tahun...semuanya akan ditinggalkan
tiada guna jika hanya dibiarkan mereput...
jadi memandangkan aku ketandusan idea utk create cerita..
aku rasa better jadi coretan dari hati seorang remajalah
sekarang aku punya azam yang baru..
azam yang agak gilak jugalah bagi aku..
iya..memang sgt gilak..

dan tidak mungkin akan sempurna..
sebab asal kejadianku pun tidaklah terlalu sempurna
tapi yang paling menyebalkan ialah..
apabila orang lain tidak pernah faham
dengan perangai aku sendiri... iyalah..
aku sedar aku ni banyak cacat dan celanya..
aku tidak nafikan.. childish.. over acting..
dan yang paling terbaik... TIDAK MATANG..!!
jadi...untuk menenangkan hati ini..
dan untuk mengelakkan aku menyakiti hati orang lain..
aku ambil jalan mudah..
tinggalkan mereka yang menyakitkan hati..
jadi sekarang..walau teknik ni jarang berkesan..
tapi aku nak cuba.. better trying than nothing..
jadi orang yang serious?? aku rasa aku tidak mampu..
tapi... aku akan usaha buat yang ini.. LIVE MY LIFE ALONE..
kerana..menyayangi tidak selalu mengembirakan...
jadi..aku nak berhenti menyayangi orang...
biar jadi selfish.. aku ada ALLAH dan keluarga..
lagipun..kawan2 di usm ni hanya sementara..
lepas empat tahun...semuanya akan ditinggalkan
10 PERSONA DI BAWAH BAYU
dah lama nak buat entri ni... tapi asyik tertangguh jer.. jadi ini kalilah... dibuat sudah entri ni..hek hek hek hek..
1. GUNUNG KINABALU



mudah2an post kali ini dapat membantu mereka yang ingin menjelajah tanah kelahiran ku ini... SABAH NEGERI DIBAWAH BAYU... terlalu banyak tempat-tempat yang menarik di Sabah... senarai dalam entri ini.. hanyalah sebahagian daripadanya... hanya tempat2 yang betul2 berkenan di hatiku aku masukkan...
10 WONDER OF SABAH.. you must visit when come!!!
1. GUNUNG KINABALU


di sini anda berpeluang mendaki GUNUNG TERTINGGI DI ASIA TENGGARA...jangan risau...aspek keselamatan sentiasa di titik beratkan
2. MALIAU BASIN

the one and only... SABAH 'S LOST WORLD.... banyak tempat lepak kt dalam ni... bersama2 flora dan fauna yang anda jarang lihat... rugi klu ndak datang..
3. PULAU SIPADAN
pulau tercantik yang mendapat pengiktirafan UNESCO. Located kat tempat tinggal aku..SEMPORNA
4. SIMPANG MANGAYAU

SIMPANG MANGAYAU also known as THE TIP OF BORNEO...
nikmati suasana seperti dalam filem seram HOLLYWOOD.. just come to KUDAT
5. LEMBAH DANUM

bertemulah dengan badak sumbu sumatera, orang utan, ungka dan kancil di sini.. kebanyakan haiwan yang hampir pupus dihimpunkan di sini.. Located at LAHAD DATU
6. GUA GOMANTONG

gua batu kapur terbesar di sabah.. Located at KINABTANGAN
7. MONOSOPIAD CULTURAL VILLAGE
terkenal dengan legenda kaum pemburu kepala... datang dan saksikan budaya mereka ini... jgn risau.. tak kan ada yang buru keplada nada.. zaman dah berubah... Located at PENAMPANG
8. PORING HOT SPRING
bermandi-manda di kolam air panas sambil merawat kulit.. dan berjalan di atas titian kanopi.. Rainforest terunggul di Sabah.. Located at KUNDASANG...
9. PULAU TIGA (SURVIVOR ISLAND)
pulau ini pernah digunkan sebagai lokasi penggambaran drama bersiri popular CBS... 'Survivor'
rawatlah kulit anda di pulau ini
10. KOTA KINABALU CITY
banyak tempat yang menarik untuk diterokai.. Observation Hill.. Pasar Tamu Gaya Street, Waterfront.. dan sebagainya.. Kota Kinabalu.. International City Gateaway... Bandar Perlancongan
untuk maklumat lanjut.. carilah kat google search.. semuanya ada.. sabahtourism... SELAMAT DATANG KE NEGERI DI BAWAH BAYU..
cinta Allah
Apabila sendiri..ingatlah bahawa masih ada yang sayang dengan kita...
Apa yang kita miliki sekaranh..tidak semestinya berkekalan untuk selamanya...
Yakinlaa dengan takdir yang sudah tersurat untuk kita... setiap perancangan yang telah diatur untuk kita..,itulah yang terbaik...
Hari ini sesuatu yang penting dan berharga hilang,,dan bukannmilik kita lagi..
Esok pasti ada penggantinya... sesuatu yang lebih memberi manfaat dan kebaikan kepada kita...
Yakin dengan Allah.... Allah pasti tolong kita... Dia tidak pernah kejam dengan hamba Nya
Apa yang kita miliki sekaranh..tidak semestinya berkekalan untuk selamanya...
Yakinlaa dengan takdir yang sudah tersurat untuk kita... setiap perancangan yang telah diatur untuk kita..,itulah yang terbaik...
Hari ini sesuatu yang penting dan berharga hilang,,dan bukannmilik kita lagi..
Esok pasti ada penggantinya... sesuatu yang lebih memberi manfaat dan kebaikan kepada kita...
Yakin dengan Allah.... Allah pasti tolong kita... Dia tidak pernah kejam dengan hamba Nya
jom kita belajar cakap sabah..!!
memang aku ini...anak orang kampung tiada apa-apa..
>>.cheechee...ada mirip suara jimmy palikat tak...? saj ank merapu sebelum tido... karang ni aku nak daftar kata sedikit istilah sabahan yang tiada kat semenanjung...setakat yang aku tau je lah...nnti klu ada penambahan aku update... klu x pun buat entri baru... jom share... kepada reader dri sabah..kita share okey....type kat comment...
ndak = tidak
limpas = lalu
siring = tepi
sasar = ke tepi
jerak = taubat..tak buat lagi..got ur own lesson okey..!
batcat = geram
lober = hilang dara
bikin = buat
bitin = stim..(ini lucah sedikit...18SX)
miring = condong
sowt = gila
bidak = hodoh, jellek
sakai = sporting , selekeh
teropot = kantoi
bubut = cabut lari
low bet = battery low
kuyak = malu

THANX 4 READING!!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Beyond the Pages of the Wordsmith : Road To PBAKL 2023
Bismillah... Dengan rendah hati dan penuh iltizam, saya jemput anda semua untuk temankan saya melalui denai-denai menuju #PBAKL2023. . Sebag...

-
UCAPAN SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN Alhamdulillah. Hari ini kita berkumpul untuk menzahirkan solidariti atau sokongan buat Palestin yang sed...
-
Assalamualaikum. Maaf. Penulisan cerpen 'Hati Bukan Tisu' terpaksa dihentikan sementara akibat ketiadaan idea. Sumber rujukan kur...
-
memang aku ini...anak orang kampung tiada apa-apa.. >>.cheechee...ada mirip suara jimmy palikat tak...? saj ank merapu sebelum...