apa kata orang jika anda yang berumur 21 tahun berlari-lari di padang sekolah pada waktu hujan?
apa kata orang jika anda yang sedang duduk seorang diri tiba-tiba menyanyi sekuat hati?
pelik bukan...??
dalam hati ini terlalu banyak cerita yang tersimpan.. ada sebahagiannya tidak mampu untuk dikongsikan dengan orang lain..
itu cerita hati yang paling dalam.. kelak dicerita mengundang malu di hati...
apa taknya.. kerana mulut badan binasa.. lagi pun... ada kalanya.. berdiam diri itu lebih baik..
diri pun akan terhindar daripada mengumpat.. paling tidak pun kita dapat mengelak daripada menyakitki hati orang...
kelihatan pelik di mata orang lain tidak semestinya menampakkan kita bodoh di mata mereka... persepsi manusia sememangnya begitu..mustahil bagi kita untuk memuaskan hati semua orang yang kita kenali.. hanya mereka yang dapat memahami kepelikan yang kita miliki akan sentiasa berpuas hati dengan tindakan kita..dan mereka itu adalah sahabat kita yang sebenarnya. mereka sentiasa menyokong anda.. yups.. kawan yang baik akan sentiasa menyokong kita selagi kita masih berada dilandasan yang betul...
kepelikan yang kita miliki sebenarnya adalah anugerah daripada ALLAH.. itu adalah keunikan yang kita miliki.. biar hina di mata orang. asalkan jangan hina di mata ALLAH... sama jugalah hendaknya seperti wanita dan hijabnya.. sesetengah wanita berbangga dengan rambut mereka yang lurus...tebal.. dan halusssss.. sedangkan wanita yang bertudung litup..labuh sehingga ke paras paha dianggap ketinggalan zaman. not up to date... pelik bukan..?? manusia zaman sekarang.. semakin lupa dengan asal usul kejadian mereka...
~:: jangan pernah anggap kita ini lebih rendah berbanding orang lain... manusia di mata ALLAH semuanya sama.. yang membezakan kita hanyalah IMAN, AMAL dan TAQWA.. ILMU juga jangan dilupakan...
~:: yang penting..jangan bersedih.. ALLAH sentiasa bersama kita.. jangan pernah berputus asa untuk berdoa mengharapkan bantuan ALLAH... ALLAH sentiasa bersama kita.. ALLAH sentiasa menyayangi kita.. ALLAH tidak pernah berhenti mendengar keluhan-keluhan kita.. bahkan DIA tidak pernah jemu walau sedetik pun...
Comments
Post a Comment