Skip to main content

Cinta itu satu Iman

kalau ada yang betanya tentang cinta mu.. maka katakanlah ia untuk orang yang layak sahaja..
tetapi sebelum itu.. katakanlah cinta itu hanya untuk Yang Esa sahaja.. untuk para Rasul sahaja.. untuk ibu bapa mu sahaja..
kerana..
tak kan wujud cinta-cinta yang sempurna tanpa cinta-cinta itu..
cinta yang lahir dari hati adalah anugerah yang terindah..
cinta itu sifatnya suci..
kekalutan dan nafsu manusia yang merosakkan kesucian cinta itu..
seperti sucinya cinta Adam a.s kepada isterinya Hawa...
namun cinta anak mereka Qabil telah dicemari oleh  hasutan dan bisikan syaitan...!!
kejahatan pertama di dunia ini dimulakan oleh cinta yang mengikut nafsu..
berpada-padalah dalam bercinta...
kerana cinta ikut hati yang kotor akan membimbing langkah ke lembah kejahatan..
dan seterusnya membuka pintu neraka..
bernaunglah di bwah cinta yang suci... itulah laluan yang terindah yang akan membimbing langkah menuju ke syurga... 
cinta jannah...
untuk meraihnya.. perlulah dimantapkan iman..
cinta tanpa iman..ibarat laut yang dipenuhi racun sehingga ikan-ikan di dalamnya.. tidak mampu lagi bernafas lalu terkapai mati... 
~:: Salam Hati Kepada Cinta

Comments

  1. yes. betul tu.. tapi ramai orang xdapat nak ikut

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups... ramai yg terlalai dalam cinta mereka yg fana

      Delete

Post a Comment