Skip to main content

Review 'SEKALI LAGI, karya Auni Zainal'

#ULASANAWAN - NOVEL SEKALI LAGI, karya Auni Zainal


.
Buku yang berani lari daripada norma novel-novel melayu masa kini! Berani dan kreatif! Itu

yang saya terfikir ketika baca buku ini. Saya paling suka apabila buku ini tidak mengutamakan kisah cinta yang mengarut dan meluatkan.

.
Agak lama juga saya tidak tenggelam dalam pembacaan buku. Biasanya, selepas satu-satu bab, saya akan berhenti buat kerja lain.. tapi novel Sekali Lagi ini.. sekali lagi saya buat keputusan untuk abaikan urusan lain sebab nak habiskan baca novel ini dengan cepat.. teknik penceritaan yang digunakan oleh penulis sangat bijak menjerat pembaca dalam perangkap plot yang banyak menggunakan konsep 'set-up' dan 'pay-off' bagi saya. Awal pembacaan, penulis banyak menghidangkan persoalan yang akhirnya dijawab dalam lanjutan pembacaan. Kreatif dan jarang saya jumpa novel berbahasa melayu menggunakan konsep penceritaan seperti ini.
.
Plot twist boleh tahan mindblown... tetapi mungkin sebab saya sudah agak biasa dengan plot twist time travel.. jadi plot twist dalam novel ini tidak terlalu mengujakan saya.
.
Tetapi untuk Sekali Lagi, saya tidak dapat menolak bahawa saya banyak kali ditipu minda sendiri akibat teka-teki plot yang ada di sepanjang pembacaan. Lebih menarik perhatian apabila penulis menggunakan pemerian logik untuk menyangkal konsep tidak masuk akal dalam rentas masa seperti ini. Sekali lagi, buku ini sangat berani dan refreshing! .
.
Cuma, saya agak terganggu dengan teknik plot yang terlalu banyak menggunakan pemerian (exposition dump) dan beberapa kesalahan minor tatabahasa melayu. Dari segi keindahan berbahasa, penulisan jelas menunjukkan kekayaan bahasa dalam pengetahuan penulis. Terbaik! Jempol Good Job saya bagi. Looking forward untuk karya yang seterusnya.

Comments