Showing posts with label Public Diary. Show all posts
Showing posts with label Public Diary. Show all posts

PEMILIK AKAL

Assalamualaikum.

Saya Awan. Tapi bukan awan yang berada di langit.. Eh, jap... awan memang bukan berada di langit.. tapi berada di bawah langit dan di atas bumi. Itu bukan saya. Saya adalah Awan yang berada di muka bumi. Saya tahu hambar. Sorry.

Bahagian ini sepatutnya menjadi wadah untuk menceritakan siapa saya. Siapa pemilik akal yang saban waktu gigih menulis dalam ruangan yang anda kunjungi ini. Tetapi, saya belum cukup bersedia untuk menceritakan diri saya dengan lebih dalam di mata dunia. Mengapa? Saya bukannya siapa-siapa untuk dikenali ramai. Bahkan saya sendiri tidak berkenan sangat jika ada yang nak tangkap gambar dengan saya. Hahaha. I guess I am not born to be someone under the spotlight. Tapi kalau ada yang nak.. tak kan nak resist pula kan. Layan kan je la.

Jadi apa yang saya ingin sampaikan di sini?
Pertama. Mengapa saya lahirkan blog ini?
Kedua. Mengapa 'Awan'. atau lebih tepat mengapa "Awan Andai Dapatku Gapai"?
Sesiapa yang selalu mengikuti karya Ramlee Awang Murshid (Laksamana Sunan) pasti sudah terbiasa dengan bait-bait kata ini. " Awan kalau dapat ku capai...maka saktilah hamba" dan ya! Saya tidak menafikan idea wujudnya bait "Awan Andai Dapatku Gapai" ini sedikit sebanyak terlahir daripada pujangga Laksamana Sunan itu. Big Respect kepada Ramlee Awang Mursyid sebab berjaya menghasilkan naskah yang sangat power bagi saya kerana teknik penceritaan yang sangat menarik dan teknik plot yang begitu mengujakan. Saya harap suatu hari nanti Allah akan mengurniakan bakat yang seperti itu kepada saya. Aamiiin Yaa Rabb. Idea sentiasa datang mencurah-curah untuk menghasilkan cerita yang mampu menarik minat pembaca. Dan ya.. menulis cerita sambil menyampaikan dakwah! Itu yang betul-betul menarik minat saya.

Baiklah. Kita cerakinkan satu-persatu persoalan yang saya sendiri ajukan di atas.
PERTAMA: Mengapa saya lahirkan blog ini? Walaupun saya tidak ada rahim untuk melahirkan apa-apa..Oh, hambar lagi!

Saya suka menulis. Bahkan sejak kecil lagi saya memang sangat suka menulis. Entah dah berapa banyak puisi yang saya pernah karangkan yang kini entah di mana letaknya puisi-puisi itu. Hahaha.. Terlalu banyak buku yang pernah digunakan untuk menulis setiap idea yang ALLAH pernah hadirkan dalam minda ini. Rasa agak rugi juga sebab tidak menggabungkannya lebih awal. Saya juga pernah menghasilkan dua buah lagu yang ketika itu saya bayangkan Dato' Siti Nurhaliza menyanyikan lagu-lagu tersebut. Tajuk lagu saya masih ingat. Tetapi setiap lirik lagu tersebut agak samar-samar dalam minda. Satu kerugian lagi. Lagu pertama iaitu "Hatiku Telah Diluka". Bapak ahhh.. jiwang sangat tajuk. Yupp.. lagu itu memang sangatlah jiwangnya.. idea penulisannya lahir ketika saya ada konflik maha dasyat dengan sahabat baik sendiri. Sedikit lirik yang masih mampu dirakam dalam minda.. saja je nak tulis..

Hatiku telah diluka
Jiwaku terasa pilu
Namunku tetap redha
Hadapi segalanyaaaaa.. (tarik bagi tinggi)

Takat tu je la yang saya masih mampu ingat.. hahaha.. ini bahagian korus. Mengapa jiwang sangat?? Lagu ini dikarangkan pada tahun 2003. Ketika itu, zaman Spring, Scoin, Boboy dan New Boyz masih memenuhi hati para remaja. Genre jiwang seperti inilah masih menjadi kegemaran ramai ketika itu. Jadi idea itu lahir begitu. Mengapa Dato' Siti Nurhaliza yang saya bayangkan untuk menyanyikan lagu ini? Ketika itu, ibu saya suka sangat dengar lagu Dato' Siti. Hahaha. Kenangan mumayyiz.
Lagu kedua pula berjudul "Koran" atau dalam bahasa Malaysianya surat khabar.

Kau anggap aku Koran..
Sekadar untuk melepaskan bosan...
Sesudah itu kau tinggalkan aku bersendirian..
Meredah hujan panas kehidupan..

Kisah disebalik lagu ini sebenarnya menggambarkan kisah percintaan akak saya sendiri. Saya masih ingat detiknya... Malam. Kakak saya sedang membasuh pinggan mangkuk dan saya hanya menjadi peneman setia.Setiap malam begitulah keadaan kami. Sambil basuh-basuh pinggan.. akak saya berkongsi kisah hidupnya.. lalu terlahirlah idea menulis lagu ini. Entahlah.. rasa rugi rasa... Padahal dulu kedua-dua lagu ini lengkap dengan bahagian korus dan bridge sekali. Tapi dah lupa dah... Oh, ya! lagu kedua ini dihasilkan pada tahun 2007.

Selesai mengarut tentang lagu yang tidak ada kaitan apa-apa dengan anda...in fact! setiap apa-apa yang saya tulis di sini mungkin tidak ada kaitan dengan anda semua. Tapi... saya nak menulis. Haha. Ada orang baca atau tidak.. itu kemudian. Yang penting.. Saya menulis. Saya sayang setiap idea yang Allah berikan. Idea tidak selalunya datang. Jadi saya kena cari platform untuk menzahirkan benda-benda abstrak yang ada di minda ini. Selain lagu.. saya juga pernah menghasilkan beberapa cerpen dan sebuah novel pendek! Novel itu ditulis dalam sepuluh (10) buku latihan sekolah dan sekarang entah ke mana yang berjudul "Faiqah". Kisah seorang perempuan yang sedang mencari Tuhan dan akhirnya dia temui selepas kematian tunangnya. Amatlah klise. Tapi itu idea,... haha.. So, embrace it.
Rasanya dah jelas kot mengapa blog ini diwujudkan. Sekadar untuk merekodkan setiap idea yang lahir di minda saya ini. Tidak kisahlah puisi, cerpen, novel atau hanya pendapat separa matang yang terlintas di minda saya ini.

Kita bergerak ke persoalan kedua.

KEDUA: Mengapa "Awan Andai Dapatku Gapai"?

Macam yang saya dah katakan di awal pembacaan anda. Saya tidak menolak kisah Laksamana Sunan menjadi pemangkin wujudnya bait-bait ini. Tapi unjuran kisahnya bukan hanya terhenti di situ. Bahkan ada sesuatu yang lebih besar di sebalik nama ini. Sesuatu yang saya rasa sangat berkait dengan hidup saya sendiri dan mungkin juga sangat berkait dengan diri anda.
Pernah dengar tahap-tahap iman manusia? Kalau pernah, mudah bagi anda untuk mencerap apa yang saya tulis di sini. Jika belum.. anggaplah sebagai satu perkongsian baru.

Tahap-tahap iman ini saya dapat daripada laman sesawang MyMasjid. Saya tidak jumpa sebarang dalil yang membenarkan kesahihan tahap-tahap iman ini. Tetapi lumayanlah sebagai pedoman. Saya cerakinkan serba pendek tahap-tahap iman ini.

IMAN TAQLID - lebih mudah kita sebut sebagai iman ikut-ikutan. Nampak kawan solat, dia pun solat. Tengok kawan puasa, dia pun puasa (depan kawan). Apa yang saya fahamkan, iman ini berlaku sebab kejumudan akal manusia.

IMAN ILMU -  tahap ini ramai yang mengalaminya. Mudah kata 'tahu tapi tidak berbuat'. Kita tahu sesuatu perkara itu salah. Kita tahu ALLAH murka kalau kita buat dosa, tapi kita masih bongkak dan degil melakukan kezaliman. Iman yang wujud di hati hanyalah berdasarkan logik dan akal fikiran. Masih kurang penghayatan. Eh, salah. Iman mereka yang beriman Ilmu ini hanyalah terletak di akal. Di fikiran mereka. Justeru, mereka tidak rasa berdosa jika melakukan maksiat.

IMAN AYYAN -  Berbeza dengan Iman Ilmu, Ayyan ini adalah lanjutan daripada Iman Ilmu. Apabila ilmu dah ada di dada, tinggal lagi kita mengamalkannya dan menyemai ilmu itu sehingga menjadi sebahagian daripada hidup kita. Macam mana nak mengubah Iman Ilmu kepada Iman Ayyan? Cara upgrade itu mudah sangat. Cuma hati kita sahaja yang selalu berbolak-balik dan malas. Caranya klise.. tapi itu yang terbaik dilakukan untuk meningkatkan iman kita. Macam biasa..banyakkan bermujahadah dan menyertai usrah...dan paling penting jagalah solat dan luangkan masa untuk membaca Al-Quran. Iman Ayyan apabila sudah mekar di hati, kita akan menjadi lebih takut dengan ALLAH dan sentiasa yakin kewujudan malikat kiri kanan yang menjadi pendamping setia. Iman inilah yang dikatakan 'sudah tahu dan berbuat'.. in shaa ALLAH jika dikembangkan boleh menjanjikan Syurga untuk kita.

IMAN HAQ - Mudahnya, ibadahnya dijaga.. dan hatinya sentiasa memuji keesaan ALLAH. Bahkan setipa kali melihat apa-apa kejadian di muka bumi ini...sentiasa dikaitkan dengan kekuasaan ALLAH.

IMAN HAKIKAT - Iman paling sempurna yang dimiliki oleh para rasul, murabbi dan wali-wali ALLAH. Zuhud boleh jadi salah satu daripada jalan hidupnya. Kenikmatan dunia sudah lama jauh terkubur daripada kamus hidupnya.. Subhanallah.. indahnya iman tahap Hakikat ini.

Okey, selesai penjelasan serba ringkas tentang tahap-tahap iman. Kita kembali menjawab persoalan kedua. Mengapa saya kata maksud di sebalik 'Awan Andai Dapatku Gapai' ini sangat besar. Semuanya tentang refleksi saya sendiri dan boleh jadi juga refleksi diri anda sendiri. Saya sedar saya masih berada di tahap Iman Ilmu. Banyak bab-bab agama yang saya tahu. Saya sedar bahawa saya selalu menidakkan kata hati saya apabila bersangkut-paut soal ibadah dan malasss... Hahaha. Contoh paling mudah adalah solat. Saya tahu solat itu wajib. Tapi masih berani meninggalkan solat. Apatah lagi solat Subuh. Liat sangat nak bangun dari katil. Bangun untuk buka mata dan tengok jam. " Ahh.. banyak masa lagi untuk sembahyang subuh." Tidur semula.. Alih-alih bangun apabila matahari dah terik. Waktu Dhuha pun dah lepas... Kemudian semudah itu hati berdetak "Nanti aku qadhalah... atau boleh je sembahyang taubat." Mudah sahabat....sangatlah mudah jatuh dalam belaian Syaitan sedangkan kita tahu sesuatu perkara itu salah... tapi kita masih tidak malu melakukannya. Boleh jadi sudah ketagih gamaknya melakukan kemungkaran. Dek kerana itulah masih payah unutk meninggalkan sesuatu yang sudah disedari sebagai salah atau berdosa. Contoh mudah yang lainnya, perempuan yang tidak mahu pakai tudung kerana malu. Malu lebih diutamakan berbanding perintah ALLAH sedangkan dia sudah lama tahu bahawa mendedahkan rambut itu berdosa.

Jadi, apabila menyedari saya masih berada di tahap Iman Ilmu, saya berangan..ya saya berangan untuk mencapai Iman yang lebih tinggi. Buat masa ini..cukuplah sekadar Iman Ayyan. Sebagai langkah permulaan. 'Awan' itu adalah simbolisasi bagi Ayyan. 'Andai Dapatku Gapai' sebenarnya adalah untaian doa yang menggambarkan saya sentiasa berharap untuk meningkatkan iman saya sehingga tahap Iman Ayyan sekurang-kurangnya untuk masa ini. 'Awan Andai Dapatku Gapai'. Iman Ayyan semoga mampu diraih. Mengapa 'Andai'? Sebab kalau saya letak 'Semoga' tidaklah kedengaran gramatis sangat.. hahaha.. Tapi tuntas wujudnya bagi saya sangat suci. Suci kerana melambangkan harapan seorang hamba yang tidak pernah putus mencari redha ALLAH dan sentiasa berusaha untuk mencapainya. Kelak nanti..kalau dah capai Iman Ayyan, semantik 'Awan' itu kelak akan berubah menjadi 'Iman Haq dan kemudiannya menjadi Hakikat dan akhirnya menjadi Syurga.. Allahu... tinggi sangat angan-angan menjadi orang. Tapi tidak mengapalah. Berangan menandakan kita punya impian. Tetapi lebih elok jika angan-angan itu turut disulami dengan usaha yang tidak pernah putus. In shaa ALLAH.
Usaha saya untuk mencapai 'Awan' ini? Haha.. jangan ditanya macam mana. Masih banyak turun naiknya. Sekejap menjadi alim atau Pak Ustaz.. tetapi lebih banyak menjadi jelmaan Abu Jahal. Seram sejuk rasa tengkuk apabila difikirkan. Bimbang ajal datang ketika menjadi Abu Jahal. Amit-amit diberi neraka.
.
.
.
Selesai saya kira bagi ruangan Pemilik Akal ini. Sedikit sebanyak boleh menjadi pengenalan diri untuk sesiapa yang tidak mengenali siapa saya. Tetapi, sesiapa yang dah kenal saya lama..sudah tentu anda sangat mengenali bagaimana pincangnya langkah yang saya atur.
.
Dari masa ke masa, kelak isi ruangan ini berubah mengikut kerajinan saya. Sebab saya Pemalas.
Haha.
.
Sampai jumpa lagi.

Oh, ya!
Kalau ada yang terfikir untuk bertanya khabar...boleh emel saya di awanandaidapatkugapai et gmail dot com

[CERPEN : PERJALANAN KE USM – Sebuah Diari kali pertama menjejakkan kaki di Semenanjung]

Assalamualaikum.
Maaf. Penulisan cerpen 'Hati Bukan Tisu' terpaksa dihentikan sementara akibat ketiadaan idea. Sumber rujukan kurang.. tak banyak cerita yang hadir di minda untuk mengarangkan cerita berunsurkan rainbow pride ni... Dah beria nak buat.. alih-alih kena writer block.
Sekarang ni saya sedang buat sedikit pembacaan dan penyamaran untuk menjiwai idea cerita 'Hati Bukan Tisu' ini.
Dan... here we go.. campak balik pengalaman ke USM.
#throwback sempena Minggu PPSL (kemasukan pelahar baharu) – Terima kasih PPSL USM.

 Jam 7.00 pagi, 30 Ogos 2012. Pagi ini aku kerja shift pagi di Pizza Hut Gaya Street. Hari terakhir kerja sebelum bertolak ke USM petang nanti. Awal pagi lagi sudah terpacak di hadapan pintu restoran. Hari terakhir begini perasaan bercampur-baur. Teruja meneruskan pengajian ke USM dan sedih kerana bakal meninggalkan sahabat-sahabat di Pizza Hut Gaya Street.
Alhamdulillah kerja sepanjang pagi itu berjalan dengan lancar. Manager sempat memberikan hadiah perpisahan. Hari terakhir di Pizza Hut disambut dengan sederhana. Cukup sahaja sekadar dibelanja Deli Wings dan sesi fotografi. Tepat pukul 3.00 petang, maka sahlah diri ini bukan lagi staf FOH Pizza Hut Gaya Street.
Dengan segera kaki diatur berlari meninggalkan perkarangan Pizza menuju ke quaters pekerja. Tanpa membersihkan diri, pakaian uniform Pizza Hut segera ditanggalkan lalu digantung dengan elok.
"Hadiah untuk Luffy. Nanti bagi dia ar Bos Daniel" sambil itu gigih menyarung seluar jeans dan t-shirt berkolar hitam. Semua uniform Pizza ditinggalkan tanpa dibasuh di dalam bilik itu. Maaf Luffy, aku tidak sempat basuh untuk kau. kalau nak pakai basuhlah sendiri. Sebenarnya Bos Daniel ingin sangat menghantar aku ke KKIA, tetapi dia akan masuk kerja pukul 4.00 petang nanti. Tidak mengapalah, bas henti-henti di Kota Kinabalu ketika itu masih berfungsi dengan baiknya.
Usai bersiap, aku segera menyambar beg galas berwarna putih yang padat dengan pakaian sepanjang pengajian di USM kelak. ya! Hanya satu beg galas putih sahaja yang dibawa menyeberangi Laut China Selatan untuk pertama kalinya. Pengalaman pertama menaiki burung besi. Pasti satu pengalaman yang mengagumkan. Tiba-tiba telefon Sony Ericsson kecilku berdering.
"Wei mangat di mana kau? Ndak lama tinggallah kau ni. Kami ni mau check in sudah!" bebel Myea di hujung talian.
"Sabarlah kamu. Aku baru habis kerja ni. Sama-samalah bah kita check in. Manalah aku pandai naik kapal terbang ni"
"Nah ceppat kau kalau kau ndak mau tinggal. Si Cheng tu di airport sudah.
"Kau?"
"Aku baru mau keluar dari rumah maccik ku ni"
"Babi!"

Aku ingat aku seorang sahaja yang lambat. Rupanya dia lagi lambat. Biasalah, fitrah perempuan. Myea dan Cheng. Hanya mereka berdua yang bakal menemani aku di lapangan terbang. Tidak ada sesiapa yang sudi mengiringi pelepasan meninggalkan bumi Sabah untuk kali pertamanya. Keluarga nun jauh di Semporna. Kami hanya berhubung melalui telefon sahaja.Tidak seperti Myea. Cheng juga senasib dengan aku. Tetapi dia ada cewek yang sudi hantar. 'Oh, sadisnya hidup ku ni!' Dalam rungutan segera mengatur langkah seribu dari Gaya Street menuju ke  Terminal Bas Wawasan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Peluh sudah mula berjejeran di dahi. Kalut-kelibut dan kelam-kabut semua dirasai ketika itu.

Lebih kurang pukul 3.45 petang, bas mini menuju ke KKIA mula bergerak. 'Oh paccik bas please..pandu laju sikit. Aku lambat sudah ni' Sesungguhnya pak cik bas ketika itu sengaja menguji kesabaran dan kelancangan mulut untuk memaki hamun.

Setibanya di KKIA, Cheng yang berbaju ungu sudah terpacak di sana. Belum lama aku tiba, Myea menyusul dengan sebuah troli yang padat dengan bagasi-bagasinya.
"Banyaknya lah barang mu Myea.. aku satu beg saja"
"Wei mangat. Kita tu empat tahun kok di sana"
"Iya Sul. Terlampau sikit pula barang mu tu" Cheng mencela.
"Naa.. apa boleh buat. Ini jak barang ku di KK ni. Jomlah kita check in. Nanti lambat pulak"

Kali pertama check in flight. Ketika itu masih lagi sangat jahil tentang hand carry. Malah tidak tahu apakah benda itu. Dan kejamnya staf AirAsia ketika itu sengaja mengikis duit kami yang rata-rata kali pertama menaiki flight.
"Bukan kalau beg begini boleh dibawa naik atas kah?" tanyaku
"Ndak boleh tu dik. Semua mesti dikasi masuk dalam kargo"
Aku dah lah belum luggage.
"Berapalah kena cas?"
"RM 50 jak" RM50? Wei aku cuma ada RM150 ni. Apa aku mau makan nanti di USM.
" Nah ngam la tu. Aku pun kena lambah bagasi ni. Patak-pataklah kita. Aku 50, si Cheng 50 kau pun 50" Cadangan Myea sangat bernas ketika itu. Kami berdua hanya mengikut. Myea boleh dikatakan berlagak pandai ketika itu, sedangkan dia juga kali pertama menaiki kapal terbang seperti kami berdua. Tetapi sikap proaktif Myea sebenarnya berjaya menenangkan rasa gementar di hatiku.

Saat memasuki kapal terbang, kami sempat bergaduh untuk berebutkan kerusi di tepi tingkap. Kalau nak dikata kampungan atau kolot, tidak mengapa. Ini pengalaman dan kenangan kami. Penyelesaiannya...rujuk tiket flight. Yess! Aku menang. Seat aku 16A. Rupa-rupanya pergaduhan tadi sia-sia kerana pemandangan di luar terhalang oleh sayap kapal terbang...dan...malam..semua gelap tak nampak apa. Bagaimana perasaan ketika kapal terbang mula berlepas sangat sukar digambarkan. Yang pasti ketika itu terbayang sedutan kemalangan kapal terbang dalam Final Destination 1. Celaka punya movie. Kau buat aku paranoid.
"Lampu-lampu tu apa ar..?" tanya ku apabila tanah Semenanjung mula menampakkan dirinya.
"Ndak tau. Mungkin pantai." jawab Myea.
"Jadi mana Melaka?"
"Iya ar.. mana Melaka? KL pulak di mana?"
"Di mana sudah kita sekarang ni Cheng?"
"Aku pun ndak tau. Mungkin di atas Terengganu"
(Rupa-rupanya lampu-lampu jalan yang kami ingatkan pantai itu adalah Lebuhraya Utara-Selatan)

Jam 11.30 malam. Kami selamat mendarat di LCCT. Akhirnya, kaki ini berjaya dipasakkan di bumi Semenanjung yang selama ini hanya dilihat melalui kaca televisyen. Alhamdulillah. Begini rupanya rasa menjadi musafir. Berkelana demi menuntut ilmu. Kami melabuhkan punggung masing-masing di atas kerusi yang setentang dengan pintu keluar Balai Ketibaan LCCT.
“Kawan ku cakap dia on the way sudah ambil kita. Jadi kita tunggulah” kata Myea.
30 minit berlalu, kelibat kawan Myea masih belum tiba.
“Bestnyalah kita ni sambut merdeka di airport” Cheng berseloroh memecahkan kesunyian. Saat itu LCCT sudah mula lenggang. Selain kami, masih ada satu keluarga yang sedang tidur di kerusi sebelah.
“MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!” Cheng menjulang tangan kirinya sebanyak tiga kali. Aku dan Myea hanya memandangnya sepi. Masing-masing sudah mula dibelenggu rasa mengantuk.
“Lambat pula kawan mu tu Myea. Cakap on the way sudah” rungut ku. Antara kami, aku yang paling suka merungut.
“Diorang dari Port Dickson kok tu”
“Patutlah bah ni. Ndak lah kau bagitau gerak awal-awal. Ini tidak. Ditelefon bila sudah kita sampai.”
“Jauhkah Seremban tu dari sini?” sekali lagi aku mengajukan soalan yang jelas menunjukkan aku kali pertama tiba di tanah ini.
“Ndak tau. Kami ni pun macam kau juga first time sampai sini!” jawab Cheng.
Hampir satu jam setengah kami menanti, akhirnya kawan Myea tiba dengan menaiki Proton Waja silver.
“Maaf ye lambat. Jalan agak jammed tadi” ujar kawan Myea. Lelaki berbaju hitam dan lengkap berketayap putih. Alhamdulillah. Perjalanan ke Port Dickson tidaklah sejauh yang kami sangkakan sehingga menyebabkan kami menunggu lama. Saat itu, masing-masing sudah membayangkan katil yang empuk untuk berehat.
Rupa-rupanya, kawan Myea ini budak Politeknik. Kami bertiga dipisahkan. Myea akan bermalam di rumah sewa perempuan dan kami berdua menginap di rumah kawan Myea. Lebih kurang 15 minit berlalu, Cheng menerima mesej daripada Myea.
“Beraninya lah pula si Myea ni!” ujar Cheng.
“Kenapa?”
“Rupanya orang ni dia baru kenal di Facebook jak. Bukannya kawan lamanya pun”
“Naaa raaang.. dijuallah kita ni” sekali lagi fikiran negatif mula berkembang di minda ku. Mendengar khabar itu, rasa mengantuk segera hilang rasa mengantuk. Masing-masing risau dengan nasib diri yang kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Semenanjung ini. Pelbagai bayangan negatif mula memenuhi segenap mindaku. Kisah-kisah yang difilemkan dalam drama-drama melayu semakin membuatkan aku paranoid. Adakah kami ini akan diperdagangkan atau orang-organ kami akan dijual di pasaran gelap?? Sesungguhnya ketika itu hanya ALLAH sahaja yang tahu bertapa risaunya hati saat itu.
Malam itu berlalu dengan aman. Lebih kurang pukul 2.00 petang, kami bergerak ke terminal bas Seremban. Dari Seremban, kami akan menaiki bas menuju ke Pulau Pinang. Sebelum meninggalkan kami, kawan Myea sempat membelanjakan sarapan untuk kami. Sikapnya ini telah membuktikan bahawa tanggapan kami terhadapnya meleset. Sesungguhnya dia adalah orang yang baik. Kami berdosa kepadanya kerana berfikir yang bukan-bukan tentangnya.
Bas bergerak meninggalkan tanah Seremban dalam pukul 3.30 petang. Aku sangat terkejut melihat keadaan bas yang tidak ada tandas. Di Sabah, bas-bas perjalanan jauh seperti ini selalunya akan disediakan tandas untuk penumpang. Jadi, bagaimana nanti kalau tetiba aku nak buang air kecil?
Sepanjang perjalanan itu, aku hanya mengira berapa negeri yang dilalui sambil memikirkan masa depan yang bakal dilalui di USM kelak. Langit baru mula gelap walaupun jam sudah menunjukkan pukul 7.00 malam. Aku memang sudah maklum dengan perbezaan keadaan matahari itu. Jadi bukanlah sesuatu yang menerujakan aku. Tetapi mesej yang Misiah hantar ketika kami baru sahaja melalui Ipoh sangat menerujakan aku.
‘Wahhhhh.. jambatan Pulau Pinang... bestnyaaa’
Ringkas, tetapi sudah cukup membuatkan hati aku melompat teruja tidak sabar menjejakkan kaki ke USM.
“Nantikan bila kita sampai di terminal bas Penang, siapa mau jemput kita ar?” Myea mencetuskan persoalan yang kami langsung tidak terfikir.
“Cuba kau tanya si Mis Sul. Siapa jemput diorang.” Cadang Cheng. Aku dengan segera menelefon Mis.
“Mis, kamu dulukan siapa jemput kamu?”
“Kami ndak terus pigi USM. Kami tinggal si Hotel Anggerik dulu dengan si Suzie”
“Naa siapalah mau jemput kami di terminal bas nanti ni? Jauhkah tu dari USM?”
“Manalah aku tau. Kamu cuba contact PPSL.”
“PPSL? Apa tu?”
“PPSL ni diorang yang akan sambut budak-budak baru. Nanti kamu cakaplah kamu turun di terminal bas. Nanti diorang datang ambil kamu” Aku masih tidak faham tentang PPSL itu. Tapi tidak mengapa, yang penting ada orang yang akan sambut kami.
“Kau ambil nombornya ni. Namanya Abang Helmi”
Usai bercakap dengan Misiah, aku segera menelefon Abang Helmi.
“Assalamualaikum, boleh saya cakap dengan PPSL Abang Helmi?
“Ya saya bercakap. Siapa ni?” lega mendengar suara Abang Helmi.
“Saya Ahmad dari Sabah ni bang. Kami pelajar baru ni. Bolehkah abang ambil kami di terminal bas Pulau Pinang nanti? Sebab kata kawan saya nanti akan ada PPSL sambut pelajar-pelajar baru.”
“Oh, boleh! Adik di mana sekarang ni? Terminal bas yang mana satu ye adik? Seberang ke dalam pulau?”
“Saya pun tidak tahu kami di mana ni bang” terdengar suara Abang Helmi tergelak.
“ Adik cuba tengok keliling, ada nampak RNR apa?”
“Semua hutan ni bang.” Aku malu nak bertanya apa benda RNR tu. Cheng dan Myea hanya menjadi pemerhati yang setia.
“Kejap bang, saya tanya orang lain” “Myea kau cuba tanya”
“Kata pak cik depan kami ni, sekarang ada di Juru sudah”
“ Oh, dah dekat tu! Adik turun terminal bas mana nanti?”
“Tidak tau bang. Tapi dalam pulau mungkin. Sebab kami nanti naik jambatan ni”
“Oh okey! Adik ada berapa orang semua?”
“Tiga”
Selesai perbualan dengan Abang Helmi, kami dapat menarik nafas yang lega. Terima Kasih Allah kerana mengutuskan manusia yang dapat memudahkan perjalanan kami menuju ke gedung ilmu. Sungguhpun ketika itu aku sendiri tidak memahami apa itu PPSL, tetapi kehadirannya memudahkan kami.
“Wahhh.. jambatan Pulau Pinang” ujarku. Kami masing-masing menjengahkan kepala ke tingkap bas untuk menikmati pemandangan Pulau Pinang yang cantik dihiasi lampu jalan. Pemandangan yang kali pertama kami saksikan. Benarlah kata Misiah, Jambatan Pulau Pinang memang cantik. Saat terleka menikmati pemandangan Jambatan Pulau Pinang, tiba-tiba telefon aku berdering. Abang Helmi menelefon.
“Dah sampai mana dik?”
“Atas Jambatan Pulau Pinang bang. Cantiknya..” ujarku. Jelas seperti rusa masuk kampung.
“Okey. Abang dah ada di Terminal Bas Sungai Nibong ni. Nanti kalau dah sampai call abang ye”
“Baik abang. Terima kasih bang. Sorry menyusahkan.”
“Eh, tak pe dik! Dah memang tugas kami sebagai PPSL”
Lebih kurang pukul 1 pagi. Kami tiba di Terminal Bas Sungai Nibong. Abang Helmi dan seorang pak cik sedang menyambut kami.
“Eh, sikitnya barang korang dik!” Kami hanya tersenyum. Masing-masing keletihan.
“Adik-adik dapat desa mana ni? Ada yang dapat Indah Kembara?”
“Tiada bang. Saya Aman Damai, Cheng dapat Cahaya Gemilang. Myea pula dapat Tekun”
“Oh! Abang sebenarnya PPSL Indah Kembara. Tetapi tak mengapa. Jom kita gerak.”
Rupa-rupanya, jarak antara Terminal Bas Sungai Nibong tidaklah sejauh yang aku sangkakan. Alhamdulillah. Perjalanan panjang menuju ke USM akhirnya bakal berakhir. Selepas melalui pelbagai pengalaman baru dan keterujaan, akhirnya letih terbalas apabila tubuh dihempukkan di atas tilam desasiswa kelak. Van putih yang kami naiki bergerak ke Cahaya Gemilang terlebih dahulu sebelum bergerak ke Aman Damai dan akhirnya ke Tekun. Myea orang yang terakhirnya dihantar ke desasiswa. Ketika melangkahkan kaki turun dari van, aku disambut oleh seorang lagi PPSL.
“Oh, Si Rasul bah ni!” Kak Justinah! Aku kenal dia hanya melalui Facebook. Senior seperguruan dengan Cikgu Masni.
“Okey, Jus! Aku serahkan adik ni dengan kau. Bye Adik!” Ujar Abang Helmi sebelum menghilang di perut van. Aku sempat lagi berfikir yang bukan-bukan tentang mereka. Semoga Myea berjaya tiba di desasiswanya dengan selamat.
“Kejap ar Rasul. Akak pergi panggil PPSL lelaki. Sebenarnya PPSL meeting bah sekarang. Kau tunggu di cafe ni dulu.” Ujar Kak Justinah. Aku hanya akur. Beberapa minit kemudian, datang seorang PPSL perempuan berbangsa cina.
“Rasul?” aku menggangguk.
“Saya hantar Rasul ke bilik. Sorry, PPSL lelaki semua sibuk. Entah ke mana.”
“Baik kak...”
“Panggil je Kak EE.”
Kak EE membawa aku ke bilik 022 di blok berhadapan dengan cafe. ‘Kecilnya’ Aku terkejut melihat bilik Aman Damai yang tidak seperti yang aku bayangkan.
“Aman Damai memang desasiswa paling buruk di USM ni.” ujar Kak EE, seolah-olah mengerti apa yang bermain di minda aku ketika itu.
“Nanti esok, awak datang bilik TV kat depan tu untuk buat pendaftaran. Kunci bilik nanti awak serahkan kat situ je. Bilik air di hujung sekali” Kak EE menunjukkan jari telunjuknya ke arah kiri.
“Okey. Terima kasih Kak EE” ujar ku tersenyum.
“Rehatlah dulu.”

Kak  EE berlalu. Akhirnya aku tiba di gedung ilmu yang akan menjadi rumahku empat tahun akan datang. Penat dan ingin tidur. Otakku kembali memikirkan kenangan manis perjalanan ke USM. Walaupun kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Semenanjung, tetapi semuanya ALLAH permudahkan dengan mengutuskan insan-insan yang membantu kesusahkan kami bertiga. Bermula dengan kawan Myea yang baru sahaja dikenalinya di Facebook sehinggalah ke barisan PPSL yang sudah bersedia menyambut ketibaan kami, pelajar-pelajar baharu di USM. Entah bagaimana nasib kami bertiga tanpa mereka semua. Akhirnya, aku terlelap di atas katil yang tidak bercadar dan kasut yang belum ditanggalkan. Sesungguhnya pengalaman ini satu anugerah daripada ALLAH. Empat tahun mendatang pasti akan ada lagi cabaran. Hasbunallah Wanikmal Wakeel.

Diari di Persimpangan Neraka

Saat ini..
Tatkala diri terasa betul2 diuji.
Acap kali teringat.
"Ini semua perancangan Allah agar hati sentiasa terbebat dengan Nya"

Mana taknya.
Siang malam doa dilantunkan agar sentiasa dijaga dan dilindungi iman.
Agar selalu menjadi hamba yang tawadduk dan soleh.
Malangnya, dalam hati masih ada ruang yang diperuntukkan untuk Syaitan bermukim.
Dek kerana itu diri tidak pernah sepi melakukan dosa.
Apatah lagi apabila menyedari diri sendiri dalam lingkungan sepi.

Siang malam risau menjadi ahli neraka.
Tapi hari hari yang diberi menjadi pentas mempersembahkan dosa untuk dicatat kemas oleh malaikat kiri.
Biar yang kanan menangis melihat kemungkaran yang dilakukan dibalik tabir.

Allah itu Maha Melihat.
Bahkan tidak ada satu perkara yang tersembunyi daripada Nya.
Jahil itu bukan diri. Cuma mungkin lebih selesa menjadi munafik yang bertunjangkan topeng kebaikan hatta hati kian membusuk.

Memanglah wajar mengakui kesilapan sendiri.
Kerana menyedari bertapa fananya diri menjadi manusia.
Namun tidak wajar dijadikan alasan untuk terus melakukan dosa tanpa henti.
"Tidak mengapa, pinta taubat sentiasa dibuka. Selepas ini kita bertaubat."
Apalah ertinya keinsafan itu jika hanya bersifat sementara.

Ibadah dan Allah.
Jangan dijadikan kewajipan kedua.
Selalu menjadikannya perkara kedua selepas kehendak hati.
Sedangkan pada hati ada mukim Syaitan yang kian meluaskan jajahan.

Alhamdulillah, entri ini dikarang dengan keinsafan.
Tapi persoalannya, mengapa masih tega mencuekin hidayah yang Allah beri?
Untung Allah masih belum cuek dengan sikap kamu yang sering mencuekin Allah.

Kamu manusia yang memang tidak tau untung diri.
Kamu plastik!
Munafik dan fasik itu kamu!
Selagi kamu tidak membebat hati kamu sungguh-sungguh pada Pemberi Nyawa kamu.

Catatan Tentang Kelantan

KELANTAN.
Semenjak masih di bangku sekolah menengah lagi aku sudah memandang tinggi kepada negeri ini.
Kerana guru yang berasal dari Kelantan sentiasa bercerita tentang negeri yang dicintainya itu.
KELANTAN. Bumi Serambi Mekah di Malaysia dicanangkan.
Hatta terdetik hati mencari. Apa yang menarik tentang Kelantan sebenarnya?
Yaa.. Islam sangat disemarakkan di sana. Islam dijadikan tunjang kehidupan masyarakat di sana.
Pengamalan ad-din Islam diakui jauh lebih tinggi berbanding negeri lain yang sudah lama sebati dengan sekularisme Eropah.
Aku sudah lama maklum tentang papan tanda bertulisan jawi yang hanya terdapat di Kelantan (kini sudah ada di Terengganu).
Tidak pada negeri-negeri lain.
Walaupun media TV3 banyak menceritakan sisi yang buruk tentang bumi Kelantan,
tetapi hati tetap tertambat kepadanya.
Seolah-olah sudah lama sedar akan fitnah media tersebut kepada bumi Kelantan.
Sejak dulu aku berpegang kepada prinsip "Jangan menilai hanya dari sisi buruk sahaja"
Mungkin sebab ini hati tetap teguh memasang angan-angan untuk menjejakkan kaki ke bumi Serambi Mekah Malaysia itu.
Tapi sayang, angan-angan menjejakkan kaki ke Kelantan hanya dibungkamkan di hati.
Mungkin kerana masih mumayyiz dan hanya suka bermain.
Tetapi ingatan tentang Kelantan sebagai Serambi Mekah Malaysia itu masih ada di minda.
Kenapa Serambi Mekah? Entah. Aku hanya mendengar tentang Kelantan daripada guru-guru Kelantan yang sanggup menyebarkan ilmu ke bumi Sabah. Media juga memainkan peranan. Mungkin juga kesemarakan penghayatan tentang Islam di sana.

Alhamdulillah.
Angan-angan menjejakkan kaki ke bumi Kelantan semakin hampir terlaksana ketika menerima surat tawaran kemasukan Universiti Sains Malaysia.
USM memang di Pulau Pinang. Tetapi tidak jauh dari Kelantan.
Tahun pertama di bumi USM. Tidak dinafi kawan-kawan pada awalnya hanya dalam kalangan orang Sabah sahaja. Tetapi beberapa minggu kemudian, perhubungan semakin dilebarkan dan akhirnya berjaya menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan dari negeri lain.
Kelantan. Masih teringat kali pertama berkenalan dengan seorang kawan dari Kelantan. Ajin Leno namanya.
Detik hati.. " Akhirnya ada juga kawan dari Kelantan. Yes!!"
Memang over! Overthinking lah kau budak. Tetapi apa boleh buat. Dah benda tu yang terfikir di minda ketika itu.
Kemudian mata dijalarkan lagi melihat sekeliling. Menilai setiap susuk tubuh yang hinggap di pandangan mata. Ya. Perempuan-perempuan dari bumi Kelantan lebih menarik perhatian. Rata-rata memiliki paras rupa yang menawan. Minta maaf rakan-rakan perempuan dari negeri lain. Kalian juga menawan. Cuma  perempuan dari Kelantan lebih dilihat lebih menawan pada pandangan mata.
Subhanallah Maha Suci ALLAH yang menciptakan langit dan bumi serta seluruh isinya.
'Mungkin berkat air wuduk yang menyebabkan keindahan wajah tersebut' Getus rasa hati pada awalnya.

Diteruskan catatan tentang Kelantan.
Honestly, keadaan rakan-rakan jauh dari expectation aku. Sebelum ni selalu je imagine rakan-rakan Kelantan ni kebanyakan alim ulamak. Berjubah bagai..tudung litup. Pendek kata totally islamiclah.. Ala2 Ustaz gitu. Mungkin sebab aku selalu dipasakkan tentang Serambi Mekah Malaysia dan akal aku jumud menyangka Serambi Mekah tu semua akan berjubah ala2 zaman Rasulullah dulu.
Apa yang aku nampak.. majoriti member2 Kelantan jenis yang easy going and.. smile always found at their lips. Suka gelak dan cheers everyone. Jujur! Ini yang aku nampak. Masih ingat lagi ketika first time gather dengan semua rakan sekelas.
Ternampak geng2 Kelantan bersembang dalam bahasa mereka sendiri.
" Alamak! Diorang cakap apa ni? Tiada satu pun aku faham."
Tapi benda tu tak lama. Ala bisa tegal biasa kata peribahasa. Selepas entah beberapa kali bergaul dengan rakan-rakan dari Kelantan, telinga ni dah mula dapat tangkap maksud apa yang mereka tuturkan. Then belajar cakap Kelantan sikit2. Tapi again... lidah Sabahan aku ni memang sukar dilentur. Berjuta kali macam mana pun aku cuba cakap Kelantan, tetap tak jadi. rasa macam memalukan diri sendiri pun ada. Apatah lagi apabila ada yang tegur " Mu kecek supo siye"
Hahahahaha.. Sumpah lawak time tu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa malunya tyme tu. Dah lah ketika itu first time shopping kat Kelantan.

Kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Kelantan.
Time tu mewakili delegasi Majlis Penghuni Aman Damai ke pertandingan SUKAD di USMKk di Kelantan. Excited! tak tipu! Perasaan sama seperti ketika melalui Jambatan Pulau Pinang untuk kali pertamanya.
Dan.. Kali pertama menghirup bayu Kelantan.
Aura Keteguhan Islam dapat dirasai. Tersenyum seorang diri apabila melihat papan tanda KFC juga turut dieja dalam tulisan Jawi. Sebelum ini hanya melihat di dalam gambar sahaja. Tapi kali ini melihatnya sendiri di hadapan mata.
Bumi Kelantan. Kali pertama kaki dijejakkan kembali teringat cerita guru-guru tentang kisah hidup mereka di bumi Kelantan. Teringat kembali setiap kutukan TV3 dan pujian di media tentang Tok Guru Nik Aziz. Yes! Time tu memang nak sangat jumpa TGNA. Insan yang berjaya mencorakkan Kelantan sehingga Kelantan diangkat menjadi Serambi Mekah Malaysia. Insan yang berjaya menambat hati ini untuk bertamu di Kelantan.
Hari pertama di bumi Kelantan kebetulan adalah hari Jumaat. Ya! Aku tak tipu memang teruja nak sembayang Jumaat di Kelantan. Lagi teruja apabila mendengar khatib membaca khutbah dengan penuh semangat! Cara bacaan khutbah yang jelas berbeza dengan tempat aku dulu. Khutbah Masjid USM juga tidak sesemangat bacaan khatib di Kelantan ini.
Ada seorang kawan kata, jika nak bertemu dengan TGNA memang sangat mudah! Rumah TGNA juga tidak jauh dari USMKk. Itu kawan cakap! Hati lagi meronta-ronta untuk bertemu beliau. tetapi apakan daya. Bertamu di bumi Kelantan ini bersama rombongan. Dan aku ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam SUKAD ketika itu.
Kelibat muslimin yang berpusu-pusu ke Masjid ketika Solat Jumaat. Ini baru namanya Kelantan. Cara berpakaian ke masjid juga sangat terjaga. Ramai yang berjubah dan ramai yang berserban. Bertapa kerdilnya diri ketika itu. Sedangkan aku hnya memakai seluar berwarna biru tua dan tshirt Aman Damai. Memandang mereka memiliki keimanan lebih tinggi berbanding aku. Sedangkan aku masih lagi bertatih dalam menuntut ilmu agama ini. Semakin dalam cinta kepada bumi Kelantan ini.

Shopping di Rantau Panjang.
Ada perkara lucu yang berlaku di sini. Usai SUKAD, sebelum bertolak kembali ke USM, kami sempat singgah ke sini. Sebut tentang Rantau Panjang ni mesti semua dah maklum tentangnya bukan? Jual pakaian dari Siam dan pakaian memang lawa dan murah..kalau kau pandai nego dalam bahasa kelantan.
Lawaknya apabila diri yang masih bodoh bertutur dalam bahasa Kelantan ini cuba untuk tawar-menawar dgn penjual. Apa lagi! Habis digelakkan aku dibuatnya. Sekali lagi malu sebab membadutkan diri bertutur bahasa Kelantan. Start from that day! I promised myself akan belajar cakap kelantan dengan baik dan kembali ke kedai mak cik tu.. hahahaha.. My Kelantanese members.. teach me how to speak kelantan words!

Itu kisah yang berlaku ketika masih dalam tahun satu di bumi USM. Ketika masih mula mengenali dunia lain selain ruang Sabah yang pernah dijelajah dan juga masih cuba memahami keadaan bumi Semenanjung. Selama ini hanya melihat di kaca tv dan membaca di mana-mana tabloid. Kini serampang mata melihat sendiri keadaan bumi semenanjung ini.
Tetapi, ini Catatan Tentang Kelantan. Maka hanya tentang Kelantan sahaja yang akan dikarangkan dengan menggunakan persepsi diri sendiri sahaja.

Tahun-tahun kemudiannya.. bilangan kenalan dari bumi Kelantan kian bertambah. Walau tak akrab dengan mereka, tetapi selalu memerhatikan gerak-geri mereka. Kenapa? Sebab mereka dari Kelantan. Dan aku menyukai bumi Kelantan semenjak di bangku sekolah menengah lagi. Mereka menjadi bukti cerita-cerita positif dan negatif tentang Kelantan yang aku pernah dengari dulu. Mereka anak jati Kelantan yang sudah sebati dengan budu. Mereka anak jati Kelantan yang lebih awal menghirup bayu Kelantan yang digitari dengan pegangan Islam paling kukuh di Malaysia ini (seperti yang pernah dicanangkan).
Apa yang dilihat jujur tidak sama dengan apa yang pernah didengari sebelum ini. Tetapi aku tidak mengatakan rakan-rakan Kelantan di USM ini tidak baik atau jahat. TIDAK!! Mereka ada keunikan mereka sendiri. Malah ramai rakan-rakan dari Kelantan yang rajin membantu dan baik. Cuma... apabila ada manusia-manusia dari Kelantan ini bertingkah tidak sama seperti apa yang pernah dibayangkan tentang Kelantan. Sebelum ini kita membayangkan Kelantan dipenuhi dengan muslim-muslim yang berjubah lengkap berserban dan wanita-wanita yang bertudung litup. Untuk muslim, setakat ini memang ada, tapi tak ramai. Lebih ramai yang hanya berpakaian biasa seperti pakaian yang aku pakai sehari-hari. Tetapi pakaian yang dipakai tidak menggambarkan sejauhmana tahap iman seseorang muslim. Selagi mana mereka masih menutup aurat, selagi itu pakaian itu masih dibenarkan dalam Islam. Dan..apa yang aku nampak. Para muslim dari Kelantan memang betul-betul menjaga aurat. Walau sedang bersukan sekali pun, Seluar tetap melebihi paras lutut. Tidak sama dengan beberapa rakan dari negeri lain. Negeri mana? Tak perlu dicerita. Cara bertutur dan cara bergaul macam mana.. Bagi aku mereka bergaul macam biasa. Malah aku rasa interpersonal kebanyakan mereka jauh lebih baik daripada aku. Dan yang penting, kawan-kawan yang selalu menjaga solat adalah kawan dari Kelantan. Harus diingat, catatan ini hanyalah cerita seorang anak lelaki yang kerdil di bumi ALLAH ini.Untuk wanita pula, bilangan bertudung litup kebanyakkan dari Kelantan. Alhamdulillah mereka masih membenarkan imej baik Kelantan yang pernah dicanangkan. Imej Serambi Mekah yang popular sebagai jolokan Kelantan di bawah pimpinan TGNA dulu.

Masuk tahun 3 di USM, banyak yang dah berlaku dalam hidup. Dan kebanyakkan perkara tersebut sangat membantu proses kematangan dalam hidup. Awal tahun 3 di USM memang aku betul2 down. Semangat tu dah banyak yang lesap. Tahun ini kali kedua jadi PPSL. Dan kali ini perasaan yang dialami jauh berbeza dengan apa yang pernah dinikmati berbanding kali pertama dulu. Dan, pada kali ini juga akhirnya mendapat seorang rakan.. kawan.. atau sahabat baik dari Kelantan. Sebelum ini memang dah ramai kawan dari bumi Kelantan. Lidah yang dahulunya keras nak bertutur bahasa kelantan semakin mudah dilentur. Tetapi rakan2 kelantan yang lain hanya sekadar rakan biasa sahaja. Kami tak akrab pun. Hanya sekadar rakan sepersatuan dalam SUKSIS, rakan sekumpulan untuk pembentangan dan rakan sekelas. Ibaratnya hanya say 'Hi' then go. Tetapi, tahun 3 di USM, akhirnya diutuskan seorang sahabat dari Kelantan yang membantu untuk meniupkan semangat yang semakin pudar dalam diri akibat konflik-konflik dalam kampus.
Yaa.. aku memang kenal dia sebelum ini. Walau hanya di alam maya. Sering kali juga melihat dia update gambar dalam instagram. Aku hanya double tap je. " Happy Go Lucky budak ni. Nampak happy all the tyme je" getus hati setiap kali melihat gambarnya dalam newsfeed instagram. Ketika itu tidak peduli pun kewujudannya di bumi USM ini. Dan tak pernah bersua muka dengan budak kelantan ini. Ditentukan satu kumpulan dengan dia ketika Kem PPSL. Dipendekkan cerita. Kelak nanti akan ada post menyusul tentang budak ini. Apa yang boleh disimpulkan, budak Kelantan ini selalu ada ketika aku dalam kesusahan dan kesedihan. Dia selalu membantu aku menyelesaikan kekusutan yang aku alami ketika tahun 3 baru terbit di USM ini. Sekali lagi, persepsi diri tentang Kelantan memang betul2 Serambi Mekah Malaysia terbit di minda melihat kebaikan yang dihulurkan oleh budak ini. Jatuh sayang? Ya. Kerana dia sentiasa ada. Seorang sahabat yang turut membenarkan kebaikan Kelantan seperti yang pernah dicanangkan oleh guru-guru dulu. Terima kasih sahabat.

Tahun 3 juga akhirnya bertemu dengan seorang rakan dari Kelantan yang jelas langsung tidak menggambarkan ciri-ciri Kelantan yang tertanam di hati. Bergaduh. Mengherdik dan sanggup mengangkat tangan memukul anak orang sesuka hati. Tercetus di hati. Apakah dia ini anak jati Kelantan? Kemudian ada seorang lagi yang suka memburuk-burukkan aku dari belakang. Atau kita boleh cakap fitnah dan mengumpat! Anak Jati Kelantan ke mereka ini? Kelantan yang diagung-agungkan memartabatkan Islam. Kelantan yang kononnya memiliki rakyat yang beramal soleh. Jika tidak alim seperti para ustaz pun tetapi masih mampu bertoleransi dengan orang lain.
Setiap orang ada kelemahan diri. Aku tidak menyalahkan keseluruhan negeri Kelantan atas kelakuan beberapa rakyatnya yang sempat aku kenali dalam hidup ini. Cuma jujur aku pelik. Macam mana boleh ada orang Kelantan seperti ini? Orang Kelantan yang selalu mengganggu ketenteraman hidup aku. Orang Kelantan yang selalu panas hati dengan setiap apa yang aku lakukan. Selalu mengamuk dengan apa yang karangkan di alam maya. Sumpah pelik. Seolah-olah solat yang dilakukan selama ini masih belum mampu membasuh hati mereka. Tidak mengatakan mereka ini jahat. Cuma masih berpegang teguh dengan prinsip "Jangan Menilai Sesuatu Dari Sudut Negatif Sahaja" Setiap manusia ada kebaikan sendiri.
Orang Kelantan yang aku maksudkan ini bukan baru sebulan dah kenal. Semenjak tahun satu lagi. Malahan sebelum ini dia salah seorang rakan kelantan yang turut dalam penilaian untuk membenarkan cerita tentang Kelantan yang pernah didengari. Sebelum ini, tidak pernah terdetik pun dihati untuk mencetuskan pergaduhan dengan dia. Kita menerima seadaanya sikap masing-masing. Kita melihat apa yang dia lakukan. Cuma tak nak ambil peduli sangat kerana setiap manusia ada hidup masing-masing. Kita ada hak kita sendiri. Dan ketika itu kita sudah ada pemahaman bahawa muslim dari Kelantan memang tidak seperti muslimin pada zaman keagungan Islam. Tetapi mereka masih mengamalkan ketawaddukan dalam hidup dan bijak menghormati orang lain. Tetapi kali ini, sangat berbeza. "Dah kenapa budak ni jadi begini?" Sakit hati? Saaaangaaattttttt! Cuma kita tidak mahu mencetuskan pergaduhan lebih besar. Kerana kita suka melalui hidup sendiri tanpa mengganggu orang lain. Cuma masalah apabila ada orang yang suka mengganggu ketenteraman hidup kita sehingga sanggup mengangkat tangan memukul orang lain. "Apa kau ingat aku ni anak bapak kau sehingga kau suka-suka je pukul? Adab kau di mana wei? Cubalah hormat orang lain. Ego tu jangan setinggi langit" Alaaa... aku hanya mampu berkata dalam hati je semua quote-quote ini. Bukan kerana takut. Cuma aku malas. Malas nak layan orang-orang yang macam ini. Selagi hati mampu bersabar kita bersabar. Tangan ALLAH pinjamkan bukan untuk memukul orang lain. ALLAH pinjamkan untuk membantu orang lain. Jadi gunakanlah dengan bijak. Kerana itu kita memilih untuk mengelak kerana cuba mengawal iman sendiri. Bergaduh tiada hasil. Perbincangan kelak hanya sia-sia selagi masih ada jarum yang galak dicucuk. Keluarga melepaskan kita merantau jauh dari rumah bukan untuk bergaduh. Tetapi belajar untuk menjadi manusia dan mencari kejayaan dunia dengan keredhaan ALLAH.
Sekali lagi, kecewa dengan orang kelantan yang aku maksudkan ini. Hampir menyebabkan persepsi aku tentang Kelantan jatuh menjadi negatif. Kita faham dia sedang marah. Kita faham dia sedang sakit hati. Cuma aku tidak faham mengapa perlu marah dan mengapa perlu sakit hati. Status-status di facebook sepatutnya tidak menjadi punca pergaduhan. Tetapi hanya mampu lebih memarakkan lagi hati yang sedang marah. Maksudnya sebelum ini dia memang tidak suka dengan aku. Boleh dikata memang tidak puas hati. Come on laaa.. Rupanya ini yang dimaksudkan dengan hashtag "#akuyangpostkauyangsakit' Dah cukup! Malas nak cerita panjang lebar. Cuma satu je aku harapkan.. semoga masing-masing sedar kesilapan diri sendiri. Kita manusia biasa tidak terlepas melakukan dosa. Semua manusia sama, cuma berbeza bagaimana cara kita mengelola iman masing-masing.

Cinta kepada Kelantan semakin bersemi apabila ALLAH utuskan rakan sebilik juga dari Kelantan. Sesungguhnya jolokan Kelantan sebagai Serambi Mekah itu tidak silap.  Dengan rakan sebilik dari Kelantan ini, keimanan semakin dijaga. Usrah kecil bersama. Berbicara tentang agama, tentang dunia dan akhirat bersama. Cuma tidak dinafi ada individu yang bertingkah mencalarkan imej Serambi Mekah Kelantan. Memiliki rakan sebilik seperti ini menyebabkan cinta kepada Kelantan semakin mendalam. Alhamdulillah kelana ke bumi Semenanjung menemukan kita kepada persoalan tentang satu tempat yang menjadi kegemaran semenjak di bangku sekolah lagi. Kelana ini juga menyebabkan kita lebih faham bagaimana menjinakkan iman dan bagaimana bertolerasi dengan masyarakat. Mengelakkan pergaduhan kerana tidak akan memberi manfaat untuk akhirat kelak. Malahan kelak memberatkan mizan kiri amalan.

Bumi Kelantan.
Memang indah. Penghayatan Islam memang lebih ada.
Tidak hairan mengapa Oki Setiana Dewi juga jatuh cinta dengan Kelantan.
Cinta kepada Kelantan sudah lama bersarang di hati.
Cinta kepada Kelantan juga mengajar kita untuk menerima perbezaan setiap orang.
Masing-masing berbeza tahap iman.
Dan adakalanya kandas kerana godaan syaitan!

Tidak hairan mengapa Kelantan ditimpa banjir saban tahun.
ALLAH ingin menjaga kesucian Kelantan.
ALLAH tidak mahu usaha para ulama yang bersusah-payah menyemarakkan penghayatan Islam hancur kerana individu yang terbelai dengan godaan syaitan.
ALLAH sentiasa ingin membasuh hati rakyat Kelantan kerana mereka adalah cerminan kekuatan Islam di tanah leluhur mereka.
Kelantan. Semoga sentiasa dalam redha ALLAH.
Hilangnya TGNA semoga ada penerus kepimpinan Islam.
Para Pemimpin Kelantan, tolong jangan lalai menyemai benih Islam di bumi kalian.

Aku hanyalah manusia biasa.
Mengembara jauh dari tanah Sabah kerana ingin mengenali apa itu Kelantan?
Sudah banyak cerita didengari.
Kini sudah bertemu dengan hakikat apa itu Kelantan sebenarnya.
Pembangunan duniawi masih lemah di bawah pimpinan PAS, tetapi pembangunan akhirat jauh lebih baik berbanding kawasan lain.
Syafakallah..

Wallahu'alam

Kenapa Menulis??

acap kali aku dilemparkan soalan-soalan cepuk emas seperti ini..
kenapa menulis? kenapa nak buat blog? kenapa nak jadi blogger?
nak bajet2 hot ke?
soalan2 typical yang akhirnya diikuti oleh soalan2 sentap..
hati hanya mampu tersenyum menjawab setiap soalan yang diutarakan.
bagi aku..
menulis di alam maya bukan kerana ingin menunjukkan kelebihan yang aku miliki..
aku sedar bertapa kerdilnya ilmu ku jika dibandingkan dengan ilmu Yang Esa..
walhal... masih ramai lagi blogger2 yang lebih sempurna penulisannya berbanding aku..

aku menulis..
kerana penulisan ini menjadi peneman dikala sepi..
penulisan ini yang akan mencatat 1001 kenangan yang terpahat di minda ini..
otak yang dikurniakan tidak cukup sesuai untuk menampung segala kekusutan yang bertandang di hati..
penulisan ini menjadi wadah perkongsian dengan rakan2 di seluruh dunia... baik yang muslim atau muallaf atau mereka yang sudi membaca..
aku tahu.. ada kalanya post2 yang dipaparkan agak tidak sesuai dengan mereka yang bukan beragama islam..
dalam hidup ini.. apa yang penting adalah niat..
menulis di sini..menjadi satu pemangkin semangat yang kian pudar..
menulis di sini sebenarnya mengajar hati yang kerdil ini untuk berpujangga..
mengajar hati ini agar sentiasa matang berfikir..
kerana di sini.. tercatat segalanya apa yang tersurat di hati..
walaupun sebahagiannya masih tertanam di sudut hati yang paling dalam...

setiap bait2 kata yang tersurat di sini menjadi satu ilmu yang dikongsikan dengan warga dunia semua..
tiada persoalan sama ada kita layak atau tidak..
apa yang penting adalah kesanggupan untuk berkongsi idea, pengalaman dan cerita...
hati manusia zaman kini sememangnya semakin sukar dibendung hitamnya..
kiasan melayu lama bukan lagi caranya..
tetapi bilah2 kata yang tajam dan mampu merobekkan jiwa menjadi mainannya..
tersalah tingkah pasti terpenggal hujung lidah..
pasti bingit telinga mendengar setiap caci maki dan kritikan..
tidak mengapa.. hati manusia.. memang tiada yang sempurna...

kisah yang dipapar di sini.. bukan untuk menyindir sesiapa..
kerana penulisan ini dikarangkan untuk menjadi perkongsian untuk semua ummah..
kerana penulisan ini sentiasa mengingatkan aku dengan Yang Esa..
kerana penulisan ini juga.. aku menjadi kerap bertasbih..
setiap bait2 pujian terzahir setiap kali mengenangkan cerita sehari-hari yang dikarangkan..semoga apa yang berlaku kelmarin menjadi pengajaran pada hari ini untuk membaiki hari esok..
tiada yang mampu menewaskan kesabaran dan ketabahan yang ALLAH kurniakan..
hati cuma perlu dicekalkan menhadapi setiap ujian yang dicermikan..
Wasalam... semoga kita sentiasa bernaung di bawah lindunganNya

Cerita dari hati yang paling dalam

~:: cerita semalam.. pengajaran atau pengetahuan ataupun de javu..
entah apa perkataan yang sesuai menggambarkannya..
~:: sepatutnya... kisah itu menjadi pengikat kasih sayang antara kami semua.. tapi tak tahu pulak ada seorang saudara yang sebenarnya sudah lama memendam kesumat di hati.. last2 diri yang kerdil ini pulak menjadi mangsa...
~:: niat di hati memang bergurau...sebab memang itu pun cara bergurau dalam kalangan kami semua.. tapi.. bila memang sudah tidak puas hati semenjak dulu... SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK... tersilap kata sahaja menjadi punca.. entah.. tersilap kata atau tersilap orang.. tapi lebih kepada tersilap pilih orang..
~:: yang paling bestnya..apa bila kita dikatakan BUDAK YANG BARU NAK UP... TIDAK SEDAR DIRI... kalau TIDAK MATANG aku boleh terima.. sebab... aku baru 20 tahun... baru berusia dua tahun di usm ni... tak pasal2 pulak dikatakan BERLAGAK DENGAN JAWATAN... wtf...!!! hati manusia memang begitu..
~:: tidak mengapa.. aku bersyukur dikurniakan hati yang cukup sabar..dan sentiasa berusaha untuk mengelak dari pergaduhan..( tapi aku ni ada kalanya terlalu ikutkan emosi) aku faham perasaannya.. tersepit dalam kalangan mereka yang hiperaktif.. apatah lagi tiap2 kali subuh rabu dan sabtu... suasana menjadi hingar-bingar..
~:: cuma.. diri yang kerdil ini sudah tersilap nilai... sebab itulah..AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA... kelak habis anggota dibahamnya..
~:: so, pengajarannya di sini... BERHENTI BERSANGKA BAIK DENGAN ORANG YANG KURANG KITA KENALI... sebab orang baru itu tidak kenal siapa kita.. dan mungkin tahun ini tahun terakhir bersama mereka... usai tanggungjawab digalaskan... maka berakhirlah pengorbanan untuk mereka..
~:: cuma hati ini cukup terkesan apabila KITA CUBA MEMAHAMI ORANG... TAPI ORANG TIDAK PERNAH LANGSUNG MENCUBA UNTUK MEMAHAMI KITA..
#mencariPERSAMAANmemahamiPERBEZAAN..
#LahTahzan ALLAH bersamaku

DALAM HIDUP TIADA SEMPURNA

apa ertinya blog ini dibuat???
tiada guna jika hanya dibiarkan mereput...
jadi memandangkan aku ketandusan idea utk create cerita..
aku rasa better jadi coretan dari hati seorang remajalah

sekarang aku punya azam yang baru..
azam yang agak gilak jugalah bagi aku..
iya..memang sgt gilak..
memanglah aku ini tidak sempurna...
dan tidak mungkin akan sempurna..
sebab asal kejadianku  pun tidaklah terlalu sempurna

tapi yang paling menyebalkan ialah..
apabila orang lain tidak pernah faham
dengan perangai aku sendiri... iyalah..
aku sedar aku ni banyak cacat dan celanya..
aku tidak nafikan.. childish.. over acting..
dan yang paling terbaik... TIDAK MATANG..!!

jadi...untuk menenangkan hati ini..
dan untuk mengelakkan aku menyakiti hati orang lain..
aku ambil jalan mudah..
tinggalkan mereka yang menyakitkan hati..

jadi sekarang..walau teknik ni jarang berkesan..
tapi aku nak cuba.. better trying than nothing..
jadi orang yang serious?? aku rasa aku tidak mampu..
tapi... aku akan usaha buat yang ini.. LIVE MY LIFE ALONE..

kerana..menyayangi tidak selalu mengembirakan...
jadi..aku nak berhenti menyayangi orang...
biar jadi selfish.. aku ada ALLAH dan keluarga..
lagipun..kawan2 di usm ni hanya sementara..
lepas empat tahun...semuanya akan ditinggalkan

Beyond the Pages of the Wordsmith : Road To PBAKL 2023

Bismillah... Dengan rendah hati dan penuh iltizam, saya jemput anda semua untuk temankan saya melalui denai-denai menuju #PBAKL2023. . Sebag...