Skip to main content

KERAJAAN MELAYU ISLAM YANG SUDAH TENGGELAM (LANGKASUKA / PATANI)

 

Mari kita mulakan dengan sekilas kehebatan Kerajaan Patani yang mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Ratu-Ratu Langkasuka;



.

Oh, ya! Menjawab persoalan sama ada Patani dijajah oleh Siam atau tidak, jawapannya YA! Siam menyerap teknik pecah dan Perintah dalam penjajahannya di Patani. Siam perkenalkan Sistem Thesaphiban utk memecahkan Kerajaan Patani kepada tujuh bahagian. Kelak kita akan sentuh tentang itu.

.

Sekarang, kita jenguk dahulu kehebatan Kesultanan Patani terlebih dahulu. Sejauhmana wilayah Langkasuka (Patani) itu? Daripada Segenting Kra sehingga ke Negeri2 Timur Semenanjung Malaysia termasuk Kedah dan Utara Perak. Catatan kewujudan Kerajaan Langkasuka (oleh pedagang China) sudah bermula sejak 200 masihi lagi sebenarnya.

775M, Srivijaya berjaya menaungi Langkasuka. Agama hindu digantikan kpd Agama Buddha. Di bawah naungan Srivijaya, Langkasuka mula jadi pelabuhan perdagangan, bukan sekadar negara pertanian semata-mata.

Kisah panjang kita pendekkan, 1345, Langkasuka ditewaskan oleh Siam. Malah hampir lenyap Kerajaan Langkasuka ketika ini. Raja Bharubhasa menubuhkan Wurawari dan berlindung di Kota Mahligai (Kelantan). Bermula di sini, kisah semakin menarik. Dalam Hikayat Patani, Patani ditubuhkan oleh seorang raja drpd Kota Mahligai (dalam Hikayat Merong Mahawangsa pula, ditulis bhwa Langkasuka diasaskan oleh orang Kedah). Diteruskan cerita, Kota Mahligai ditinggalkan dan berpindah ke pesisir pantai Langkasuka (yg berjaya dirampas oleh Mahligai drpd Siam), diberi nama Patani.

1457, dicatatkan bermula kerajaan Islam Patani (Sultan Ismail). Awal kegemilangannya, memang Patani ditadbir oleh lelaki. Tetapi selepas Sultan Bahadur (1573-1784), bermulalah pemerintahan Ratu-Ratu Pelangi Patani (Queens of Langkasuka). Kita sentuh kisah Ratu2 Pelangi ini, sebab menarik dan Golden Age of Langkasuka.

Ratu Hijau (1584-1616)



-          Awal naik menjadi Raja Patani, Ratu Hijau mmg dapat tentangan hebat (sebab dia hebat) sehingga ada Bendahara yg memberontak cuba gulingkan. Mujurlah Ratu Hijau berjaya patahkan pemberontakan tersebut. Kesannya, kekuasaan Ratu Hijau diakui oleh orang2 besar Patani. Ratu Hijau teruskan kegemilangan Patani dalam perdagangan, malah menaikkan lagi perdagangan Patani sehingga Patani terkenal sebagai Pelabuhan Kerajaan Melayu yg besar di Nusantara (selari dgn Melaka). Jika Raja2 sebelumnya, Patani lebih fokus kpd pedagang Barat, di bawah Ratu Hijau, perdagangan Patani melebar sehingga ke Timur, Jepun dan China khususnya.

-          1603, Patani diserang dan tewas oleh Siam. Tetapi Siam tidak berjaya jajah Patani. Patani bangkit kembali, dengan utamakan perdagangan (sbb sbg sumber utk mantapkan pertahanan juga) lebih ramai pedagang Barat datang.

-          Oh,ya! Ratu Hijau juga tidak lupa jalinkan hubungan diplomatic dgn Kerajaan Melayu Islam yg lain di Nusantara. Antaranya, mengahwinkan Ratu Ungu dgn Putera Pahang (hasilnya, Pahang pernah membantu Patani menewaskan serangan Siam).

Ratu Biru (1616-1624)



-          Selepas naik takhta, diplomasi Patani semakin hebat di bawah Ratu Biru (personally, aku sangat suka dgn Ratu Biru). Malah, Ratu Biru berjaya membaik puih hubungan dgn Siam sehingga Ratu2 Patani Siam gelar sebagai Raja Nang Cayang. (tapi hubungan baik ini berakhir pada zaman Ratu Ungu)

-          Bukan setakat itu, kegemilangan diplomasi di bawah Ratu Biru juga yg membawa kpd kewujudan tiga Meriam hebat Patani (Sri Patani, Sri Nagara, Mahalela) dan pembinaan Benteng Raja Biru.

Ratu Ungu (1624-1635)



-          Sumbangan paling besar Ratu Ungu adalah apabila Ratu Ungu berjaya mengekalkan kedaulatan Patani drpd serangan Siam yg bertali arus (selepas pertukaran raja di Siam, Siam kembali cuba menjajah Patani – apa lagi selepas Ratu Ungu tidak mahu mengahwinkan Ratu Kuning dgn anak raja Siam).

-          Bijaknya, walaupun keadaan politik luar sgt kacau, perdagangan Patani masih berjalan lancar.

-          Kerjasama politik dgn kerajaan lain menjadi punca Patani lebih ampuh menewaskan Siam. (Kerjasama dgn Kelantan, Pahang dan Johor)

Ratu Kuning (1635-1651)

-          Dipendekkan, masih gemilang pada awal pemerintahannya, tetapi akhirnya merosot dihujungnya gara-gara kemelut rumah tangganya sendiri.

-          Peristiwa paling penting sbg penanda kehebatan Ratu Kuning ialah Perang Patani-Siam 1638. Patani menang. Lama Siam diam cuba untuk memulihkan kekuatannya kembali.

-          Namun, walaupun aman drpd ancaman Sian, dalam era pemerintahan Ratu Kuning ini juga bermula perang saudara sesama wilayah di dalam Patani Raya itu (lebih tepat 7 wilayah, sehingga digunakan oleh Siam utk melemahkan Patani).

-          Kemangkatan Ratu Kuning sebagai penanda pemula kemerosotan Kerajaan Patani (satu persatu raja lelaki dilantik tetapi tidak berjaya membangunkan semula Patani) sehingga akhirnya Patani digelar sebagai “Orang Sakit di Semenanjung Melayu”

KEJATUHAN KERAJAAN MELAYU ISLAM PATANI

1785, selepas Siam berjaya menewaskan Burma, Siam teruskan misi menjajah Patani. Kali ini mereka berjaya apabila Sultan Mahmud berjaya dibunuh dalam perang. Siam lantik Tengku Lamidin.

Dipendekkan lagi kisah yang panjang, lebih kurang 46 tahun Patani cuba bertahan daripada serangan Siam (selepas Tengku Lamidin, banyak lagi siri perperangan Patani-Siam yg kesemuanya berakhir dgn kemenangan Siam).

Kekalahan Patani tiba di titik jelasnya apabila dua Meriam mahsyur Patani (Sri Patani &Sri Negara) dibawa ke Bangkok. Dan Residen Siam ditempatkan di ketujuh-tujuh wilayah Patani Raya pada tahun 1832.

1.      1. Pattani

2.     2.   Nhongchik

3.     3.   Raman (Reman)

4.       4. Legeh

5.      5.  Saiburi

6.      6.  Yala

7.      7.  Yaring


KESIMPULANNYA,

Kisah Kesultanan Patani boleh disamakan dgn Kesultanan Melaka yg gemilang melalui perdagangan dan kerjasama yg baik dgn Barat dan Timur dunia. Bezanya, di Patani, sifat hasad dengki sesama pemimpin dan tidak mahu bersatu membawa kepada kegagalan pemimpin selepas Ratu-Ratu Pelangi untuk membangunkan kembali Patani.

1909, rasmilah terhapus Negara Patani kerana Patani telah dimasukkan dalam wilayah Siam melalui Perjanjian Bangkok. Tidak keterlaluan jika dikatakan, sejak 1909 lagi Patani dijajah oleh Siam sehingga ke hari ini.


SUMBER :

Naskhah Melayu Patani, Jabatan Sejarah UM.

Umat Islam Patani tulisan Mohd Zamberi

Patani dahulu dan sekarang tulisan A. Bangnara

Asimilasi Bangsa Melayu Patani, USM


Comments