Dengan merujuk kepada fakta-fakta sejarah yang dicatat oleh para sejarawan, Kesultanan Johor kini ialah kesultanan yang sah. Penerangan lanjut boleh baca di bawah. Sebelum menjawab persoalan ini, perlu kita fahami dulu konsep ketaatan rakyat terhadap pemerintah yang sudah berubah seiring peredaran masa. Atau lebih tepat lagi konsep pelantikkan seseorang raja/sultan. Sebelum abad ke-17, orang-orang Melayu di Nusantara ini taat kepada sultan dengan berlandaskan kepercayaan kepada Lagenda Bukit Seguntang (Keturunan Iskandar Zulkarnain) seperti yang ditulis dalam Sulalatus Salatin . Dek kerana itulah, susur galur kesultanan Melaka tetap ditaati. Namun, konsep ketaatan ini tidak selari dengan keadaan dunia ketika itu. Yakni konsep naungan/jajahan kerajaan-kerajaan yang lebih berkuasa selain Kesultanan Melaka. Contoh paling mudah, kisah naungan Srivijaya, Majapahit, Dinasti China dan Siam. Kuasa-kuasa yang diakui lebih besar di rantau Nusantara ini berkuasa melantik raja/sultan di mana...