Skip to main content

Amir Hudzman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk sesiapa yang tersinggah di blog ini sama ada secara sengaja ataupun tanpa sengaja. Maaf kepada sesiapa yang sering mengikuti penulisanku. Mesti korang bengangkan? Awat blog ni senyap sangat dah ni? Owner dia dah mampuih ka? Aku ada je kat pelusuk dunia ni. Cuma malas tak malas je nak update entri blog ini. Padahal jauh di sudut hati.  banyak sangat aku nak tulis dalam ni.
Tapi itulaaa.. tak sempat!

Amir Hudzman. Aku pernah berjanji.. aku akan menulis tentang budak seorang ini.
Cerpen Hati Bukan Tisu juga sebenarnya tentang dia.
.
.
Kejap.. makcik aku panggil minum. Last sebelum ramadhan katanya. Nanti aku sambung balik.

================
070616/ 1459.

Baru teringat aku dah nekadkan hati untuk menulis tentang Amir Hudzman ini.
AMARAN dan PEMBERITAHUAN. Apabila kamu baca kisah ini, kamu mungkin agak terkejut sama ada dengan realitinya siapa aku dan siapa Amir Hudzman ini. Oh, ya! Kisah ini dari perspektif aku semata-mata. Jadi boleh jadi cerita ini hanya fiksyen atau perasaan aku sahaja. Btw . aku ada hati dan daya pengamatan aku sangat tajam kot!. Kalau kamu dah selesai fahamkan apa yang aku tulis di sini.. dan kamu bercadang untuk bertanya kepada Amir Hudzman untuk mendapatkan pengesahan cerita.. terpulanglah.. boleh jadi dia cakap aku tipu.. kan.. aku dah cakap... coretan ini dari sudut pandang aku je.

Siapa Amir Hudzman?
Penting sangat ke budak ni sehingga aku menulis tentang budak ni?

=================================
140616 | 2219

Perkara paling awal aku ingat tentang budak ni tentang bagaimana kami berkenalan. Time tu sedang dalam Kem PPSL. Cara aku approach dia pun agak drama sikit. Macam mana?? Dia ni agak lewat sikit masuk dalam group aku... dan bila aku nampak dia.. "Oh.. inilah budaknya. Aku selalu nampak dalam instagram ni." Almaklumlah.. sebab budak ni dulu rajin sangat upload gambar dalam instagramnya.. sekarang dah kurang sikit. Alhamdulillah.. And then aku datang dekat dia..selajur bertanya..
"Amir Hudzman kan?" Dia mengangguk. Selepas tu aku blah tak cakap apa-apa. Aku cuma nak pastikan aku tak salah orang time tu. Itu je.. and.. aku memang selalu tegur orang aku kenal di alam maya. Dah kenal dia online.. why not kenal kat luar je kan??
Honestly, aku ingat aku tegur dia setakat sampai situ je. Tak terlintas pun nak merapatkan diri dengan lebih rapat dengan dia. Sebab time itu hati aku tengah rosak dan sakit gara-gara mainan politik kampus.. dan aku agak menyesal terlibat dengan politik ketika itu. So tak de mood nak buat kawan baru.
Tapi.. dia yang ajak aku berbual dengan lebih rancak selepas itu.. dan kami mula lepak bersama sehingga lewat malam bersalam Geng Sado (yang dah terkubur) yang lain. Naim Ipok.. Najiy.. Aidil..aku dan dia.. Terrapat hanya gara-gara PPSL.

Selesai Minggu Kem PPSL.. hubungan dilanjutkan ketika PPSL bertugas.. Oh sebelum itu aku terlupa.. transisi minggu kem dan minggu bertugas.. Amir balik kampung.. katanya nak ambik motor.. Moment yang aku paling ingat.. tyme dia on the way balik USM naik motor.. saat whatsapp mula femes di Malaysia ketika itu. Sambil tunggang motor dia whatsapp aku.. tanya kalau keputusan desa dah diumumkan.. Aku tulis sedikit sebanyak whatsapp kami yang aku masih ingat... Tak de screenshot.. sebab aku jenis yg suka delete chat2 lama.. apalagi chat yang kurang penting bagi aku.
"Hg balik hari ni kan?"
"Yup. Aku otw balik dah ni.."
"Naik motor?"
"Yup"
"Macam mana hg boleh balas whatsapp kalau kau pandu motor."
"Tak pe. Aku biasa dah."
"Tak bahaya ke Amir?"
"Takpe... demi hg!"
.
Awww sweet.. dengan lelaki pun mau sweet2 mamat ni.
.
Masa terus berjalan.. aku ditugaskan jadi PPSL Keselamatan Induk yang wajib naik motor.. dan.. tyme tu aku masih lagi tak cekap tunggang motor.
And then.. aku mengadu dengan Amir. Dia offer aku pinjam motor dia. "Gila mamat ni. Motor dia baru bawak dari Kelantan terus nak bagi pinjam dengan aku yang dia baru je kenal tak sampai sebulan. It is matter of friendship kot!
"Aku tak cekap pandu motor lagi Amir. Nanti motor kau rosak bila aku eksiden. Dah lah kau baru ja ambik dari Kelantan."
"Pandulah hati2.. Lainlah kalau kau sengaja nak rosakkan."
"Nanti kalau kau mau pakai macam mana?"
"Pakai je lah! Nanti kau tidurlah bilik aku.. senang aku ambik kalau aku nak pakai. Lagipun aku boleh tumpang Ipok pi DTSP."
"Tapi Amir..."
"Pakai je lah!"
"Okey okey.. aku pakai.." Hehehe.. Terharu

Comments