Skip to main content

#Throwback katanya

kembali menulis sejak sekian lama tidak menulis... banyak kisah yang yang selama ini telah dibungkamkan dalam hati sendiri.. kini rasa tidak tertanggung lagi.. rindu untuk berkongsi setiap bait-bait perkisahan hidup.. seperti yang pernah dikatakan sebelum ini.... kehidupan di universiti sememangnya mencabar.. apatah lagi apabila bergelar mahasiswa kepada semua universiti apex... Persaingan dalam persatuan bukanlah satu perkara yang luar biasa.. Ibarat sang semut yang saling bersaing dengan semut-semut lain.. sesiapa yang tidak mampu bersaing maka akan sepi menyendiri dan menyepi.. tewas dalam persaingan lantas berfikir untuk mengundur diri...
PENGUNDURAN DIRI... bukan berniat untuk melepaskan semua amanah yang digalaskan.. tetapi apabila niat kita dipandang serong oleh sesetengah manusia yang lebih hebat sebenarnya.. maka usaha yang kita lakukan tidak dinilai seperti permata.. malahan hanyalah kaca yang tintanya akan melukakan dan menghancurkan seluruh persatuan.. Rentetan daripada kisah semalam yang banyak kelamnya.. Maka hidup yang dilalui pada hari ini semakin kabut dalam kabus yang tebal... Ya.. tebal dan sangat tebal.. sehingga diri ini tidak mampu untuk bernafas.. Menghadapi setiap tingkah manusia yang pelbagai.. Walau hati cuba untuk dikuatkan... memekakkan telinga daripada setiap tomahan yang dilemparkan.. Namun, apakan daya sebagai manusia yang diberikan kelainan dalam hati oleh Allah... digagahkan hati untuk redha dengan setiap peristiwa... memilih untuk menyepi demi mengelakkan lebih banyak silaturahim yang terputus... walau sebenarnya sekarang sudah retak menanti belah... !

Comments