Bismillahirahman nirrahim...
~:: Sudah lama sebenarnya niat di hati ingin menulis entri ini.. tetapi apakan daya..... jari-jemari ini tidak mampu untuk mengarangkan apa yang terbuku di hati. Alkisahnya apabila aku menyedari sebenarnya apa yang berlaku dalam hidup aku sejak dahulu. Mengapa zaman kanak-kanak aku tidak pernah sama dengan zaman kanak-kanak sahabat aku... Apa yang membezakannya? Alhamdulillah.. sesungguhnya perancangan ALLAH itu Maha Sempurna... Subhanalllah... Memang hajat di hati ingin menjejakkan kaki ke USM.. tetapi selepas melihat surat tawaran... Aku ditawarkan untuk mengikuti pengajian Ilmu Pendidikan Khas.. Ok Fine..! memang hati menjadi tawar untuk menjejakkan kaki.. Tetapi berkat nasihat seorang guru yang banyak memberi dorongan.. akhirnya aku bersetuju untuk melanjutkan pelajaran ke bumi USM ini dengan kos ilmu pendidikan khas.. Tambahan pula, Cikgu tu cakap.. aku boleh tukar kos kelak..
~:: Bukan kisah pertukaran kos yang ingin dikongsikan dalam entri kali ini. Berdasarkan tajuk entri.. sudah jelas tergambar..sebenarnya.. penulisan ini berkisarkan kepada salah satu jenis kanak-kanak berkeperluan khas. Ya.. aku mempelajari tentang diri aku sebenarnya di sini. Jawapan yang aku cari-cari akhirnya aku temui di bumi USM ini... Semacam tidak percaya dengan apa yang aku pelajari... Kanak-kanak ADHD dengan keperluan pintar cerdas.... itulah diri aku selepas aku mendiagnosis sendiri tingkah laku aku ketika kecil dulu.. Memang agak sukar untuk melupakan kisah lalu sebab perkara itu menjadi tanda tanya dalam hidup aku sendiri.. Satu tanda tanya yang menjadi persolan sehingga aku dewasa... walau tidak semua ciri ADHD ini aku miliki.. tetapi lebih 80% ada pada diriku.. 20% yang lainnya mungkin adalah ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan pintar cerdas.
Memang tidak semua aku miliki... Mungkin kerana cara asuhan ibu bapa yang telah menyebabkan aku tidak tenggelam dalam ciri ini.. atau mungkin juga disebabkan aku memiliki ciri kanak-kanak pintar cerdas.. menyebabkan aku masih boleh bergaul dengan kanak-kanak normal yang lain sehingga menyebabkan aku lebih yakin untuk berhadapan dengan masyarakat.. mampu untuk berdikari.... tidak seperti apa yang aku pelajari ketika masih menjadi pelajar ilmu pendidikan khas di USM..
~:: Lantas aku memilih untuk bertukar kos daripada pendidikan khas kepada sastera dgn pendidikan.. Motif utama.. mungkin sebab aku tidak berminat dengan subjek ini.. atau mungkin juga sebab aku tidak sanggup untuk mempelajari kelemahan diri sendiri.. Segalanya mungkin.. kerana aku belum disahkan oleh doktor sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.. Mungkin disebabkan aku berasal dari sekolah pedalaman.. kawasan terpencil yang agak ketinggalan daripada pembangunan dan juga pengetahuan seumpama ini.. Rasanya tidak terlalu kejam jika aku mengatakan masih ada masyarakat di kampung halaman aku yang primitif.
~:: Jadi... teka-teki selama ini akhirnya terjawab.. aku mula tidak hairan jika aku selalu lebih over berbanding yang lain.. Walau mencuba sedaya upaya untuk mengawal.. tetapi apa boleh buat.. kelemahan itu sudah menjadi satu azali dalam kekurangan yang aku miliki.. Berkaitan soal memaksa atau tidak tahu menjaga hati orang lain.. selalu menang sendiri.. Hal-hal sebegini sudah sering kali menyebabkan perhubungan yang aku alami menjadi renggang.. Memang ciri-ciri ADHD begitu.. Alhamdulillah.. berkat apa yang aku pelajari ini.. walaupun hanya satu semester.. Aku gunakan untuk mengawal segala kelemahan diri... Sesungguhnya sebagai manusia biasa aku tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan....
~:: Menyedari apa sebenarnya yang berlaku dalam diri sendiri ini... membuatkan aku lebih tabah dan redha melalui setiap apa yang berlaku dalam hidup ini. Satu persatu teguran dan nasihat diterima.. Alhamdulillah.. masih ada yang sudi menegur dan menasihati... tetapi terasa sedih sekali apabila ada yang hanya tahu menilai sesuka hati.. Tidak mengapa.. benda begitu sudah terbiasa berlaku dalam hidupku... Walaupun begitu.. tetap menjadi nanah di dalam hati yang akhirnya diangkat sebagai ikhtibar untuk memperbaiki diri sendiri. Sememangnya konflik dan kesilapan itu mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan berfikiran rasional dalam melalui bahtera kehidupan.. Tidak semua orang akan memahami kelemahan diri sendiri. Tidak semua orang dapat menerima kekurangan mahupun kepelikan yang kita alami.. Apa yang penting sentiasalah menjaga hubungan dengan ALLAH.. kerana In shaa ALLAH.. dengan menjaga hubungan dengan ALLAH.. hubungan sesama manusia akan menjadi lebih sempurna.. Asalkan jangan berputus asa dengan bantuan ALLAH... jangan pernah berhenti berdoa dan mengharap berkat dan redha-NYA.. Alllah tidak menguji kita melebihi kemampuan kita sendiri..
Wallahualam...

Antara ciri-ciri kanak-kanak ADHD ialah:a. Tidak memberi tumpuanGagal menyiapkan tugasanTidak mengikut arahanSukar memberi tumpuan pada satu-satu aktivitib. ImpulsifBertindak tanpa berfikirBertukar daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lainSukar mengendali satu-satu aktivitiSukar menunggu giliranc. HiperaktifBerlari atau memanjat sebarang objek tanpa terkawalSukar duduk di satu tempat dengan tenangBergerak secara berlebihan semasa tidurSentiasa aktif sepanjang masa
Memang tidak semua aku miliki... Mungkin kerana cara asuhan ibu bapa yang telah menyebabkan aku tidak tenggelam dalam ciri ini.. atau mungkin juga disebabkan aku memiliki ciri kanak-kanak pintar cerdas.. menyebabkan aku masih boleh bergaul dengan kanak-kanak normal yang lain sehingga menyebabkan aku lebih yakin untuk berhadapan dengan masyarakat.. mampu untuk berdikari.... tidak seperti apa yang aku pelajari ketika masih menjadi pelajar ilmu pendidikan khas di USM..
~:: Lantas aku memilih untuk bertukar kos daripada pendidikan khas kepada sastera dgn pendidikan.. Motif utama.. mungkin sebab aku tidak berminat dengan subjek ini.. atau mungkin juga sebab aku tidak sanggup untuk mempelajari kelemahan diri sendiri.. Segalanya mungkin.. kerana aku belum disahkan oleh doktor sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.. Mungkin disebabkan aku berasal dari sekolah pedalaman.. kawasan terpencil yang agak ketinggalan daripada pembangunan dan juga pengetahuan seumpama ini.. Rasanya tidak terlalu kejam jika aku mengatakan masih ada masyarakat di kampung halaman aku yang primitif.
~:: Jadi... teka-teki selama ini akhirnya terjawab.. aku mula tidak hairan jika aku selalu lebih over berbanding yang lain.. Walau mencuba sedaya upaya untuk mengawal.. tetapi apa boleh buat.. kelemahan itu sudah menjadi satu azali dalam kekurangan yang aku miliki.. Berkaitan soal memaksa atau tidak tahu menjaga hati orang lain.. selalu menang sendiri.. Hal-hal sebegini sudah sering kali menyebabkan perhubungan yang aku alami menjadi renggang.. Memang ciri-ciri ADHD begitu.. Alhamdulillah.. berkat apa yang aku pelajari ini.. walaupun hanya satu semester.. Aku gunakan untuk mengawal segala kelemahan diri... Sesungguhnya sebagai manusia biasa aku tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan....
~:: Menyedari apa sebenarnya yang berlaku dalam diri sendiri ini... membuatkan aku lebih tabah dan redha melalui setiap apa yang berlaku dalam hidup ini. Satu persatu teguran dan nasihat diterima.. Alhamdulillah.. masih ada yang sudi menegur dan menasihati... tetapi terasa sedih sekali apabila ada yang hanya tahu menilai sesuka hati.. Tidak mengapa.. benda begitu sudah terbiasa berlaku dalam hidupku... Walaupun begitu.. tetap menjadi nanah di dalam hati yang akhirnya diangkat sebagai ikhtibar untuk memperbaiki diri sendiri. Sememangnya konflik dan kesilapan itu mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan berfikiran rasional dalam melalui bahtera kehidupan.. Tidak semua orang akan memahami kelemahan diri sendiri. Tidak semua orang dapat menerima kekurangan mahupun kepelikan yang kita alami.. Apa yang penting sentiasalah menjaga hubungan dengan ALLAH.. kerana In shaa ALLAH.. dengan menjaga hubungan dengan ALLAH.. hubungan sesama manusia akan menjadi lebih sempurna.. Asalkan jangan berputus asa dengan bantuan ALLAH... jangan pernah berhenti berdoa dan mengharap berkat dan redha-NYA.. Alllah tidak menguji kita melebihi kemampuan kita sendiri..
Wallahualam...
Comments
Post a Comment