Secara peribadi, sebagai seorang lelaki aku suka dengan perempuan yang berpurdah. Suka yang macam mana? Suka melihat kesungguhan mereka untuk menjaga maruah mereka sebagai seorang wanita. Sungguh aku sebenarnya malu a.k.a tidak berani menatap mata mereka yang mengenakan purdah. Kenapa? Entah.. bagi aku mereka yang mengenakan purdah ini sangat berani dan tegas berprinsip. Takkk.. sebenarnya aku malu nak lawan pandangan sebab aku rasa iman mereka lebih tinggi berbanding aku. Agak klise jugalah sebab ni. Lagipun, apabila wanita ini berpurdah, mata mereka sahaja yang akan menjadi tumpuan. Dah memang jenis aku tidak selesa menatap mata perempuan ni. Tak pasal-pasal terjatuh cinta. Macam Kajol dalam Dilwale. Matanya lebih cantik. Okey mengarut.Lagipun tak elok janabi bertentangan mata. Hahaha. Alhamdulillah. Di USM ramai kawan-kawan yang awal kenal di Tahun Satu hanya biasa-biasa akhirnya mengenakan purdah beberapa bulan kemudian. Bahkan kawan dari bangku sekolah menengah juga akhirnya ad...