Skip to main content

Tahun 3 : Presentation Mencabar

#throwback
Alhamdulillah.
Selesai satu rintangan yang menggetirkan.

Sepanjang hidup di USM setakat ini, inilah presentation paling susah dan paling kalut lagi kelam-kabut.
Mana taknya, proses persiapan diselangi dengan kesibukan persatuan dan komitmen lain.
Ditambah lagi dgn kami WAJIB membedah dokumen lama bahasa Inggeris yang penuh dgn ayat bombastik Inggeris Lama. Mereput otak menterjemah. Kredit utk google translate walaupun terjemahannya semakin crowded tapi membantu utk kami hadam maksud Hugh Clifford ttg masyarakat Melayu lama di Pahang.

SYABAS. Keramat mententeramkan daripada Dr. Ooi. Sejarawan Malaysia yang cakna dengan plagiat dan culas dalam menulis sejarah. Halangan ini berjaya kami tempuhi. Ada tiga lagi dokumen lama yang menanti.
Hasbunallah wanikmal wakeel je jawabnya. Tiada usaha yang tidak mendapat ganjaran Allah selagi kau letakkan penyerahan diri yang tinggi kepada Nya. Alhamdulillah dikurniakan team mate yang berkomitmen tinggi. Well done guys.

Jadi, nak layan Insurgent lepas ni. Reward utk kesibukan kononnye. Tapi tunggu lepas latihan suksis petang ini dan usai meeting SKJR malam pula. Entah bila nak aman hidup.

Comments