Skip to main content

Sahabat Syurga Min Sampulna

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sudah terlalu lama menyepi tanpa sebarang penulisan di dalam medium ini...
Jujur.. alasan kali ini bukan sebab sibuk... tapi sebab hati terlalu malas untuk mencurahkan apa yang ada diminda untuk tatapan pembaca.. bukan tidak sudi.. tapi penat untuk mengenangnya kembali... Mana taknya.. menulis secara tidak langsung akan mengingatkan aku kembali kepada peristiwa yang berlaku..
_____ SAHABAT SYURGA MIN SAMPULNA_____

Aku yang hasilkan nama ini beberapa tahun lepas ketika kami 16 orang mula menjejakkan kaki ke bumi USM ini.. Mengapa?? Alasan cuma satu.. kerana aku tidak mahu kami 16 orang berpecah.. dan aku sayang ukhuwah antara kami.. Jika ALLAH izinkan.. ingin sekali aku menjaga seelok-elok hubungan ini dan bersama-sama mencapai kejayaan di dunia dan akhirat... Tapi.. apakan daya.. langit tidak selalunya cerah.. dan mendung awan tak berbintang... Alkisahnya untaian bahasa yang cuba dituturkan demi menjaga kemaslahatan semua pihak.. namun langkah tetap pincang di pinggir jalan dan akhirnya terkapai sendiri dalam kesuraman.,..

Bukan salah siapa-siapa.. jujur suara hati ini berbicara.. tidak mahu menuding jari kepada mereka atas retaknya ikatan SAHABAT SYURGA MIN SAMPULNA ini... Yaaa.. hati yang jumud lagi fana ini tidak menafikan bahawa sebelum ini.. sering kita menyalahkan orang lain atas retaknya sebuah ikatan kasih sayang..
Jujur.. aku melihat dan aku menjadi saksi apa yang berlaku... dan mereka juga menjadi saksi terhadap apa yang berlaku.,... Masalahnya... jalan cerita yang aku saksikan tidak sama dengan apa yang mereka lihat.. Justeru pincangnya akal mentafsir apa yang terbentang di depan mata... Masing-masing memiliki persepsi sendiri dan akhirnya.. tali yang dahulunya terikat rapi kian terlerai dan akhirnya terurai... Jangan ditangisi apa yang berlaku.. jauh sekali hendak meratapi...

SAHABAT SYURGA MIN SAMPULNA...
banyak kisah yang ada disebalik namanya.. kisah-kisah yang indah untuk dikenangkan.. tetapi jujurnya hati ini merasakan kisah yang indah itu hanya wujud saat kami berada di bangku sekolah menengah dan saat kami mula menjejakkan ke bumi USM.. Hatta.. apabila masing-masing dah bijak menakhoda hidup masing-masing di tempat orang.. maka bersemilah ego masing-masing tanpa toleransi yang cuba dizahirkan..
Maaf.. toleransi itu masih ada... cuma belum cukup untuk menjaga akrabnya sebuah ikatan SAHABAT SYURGA MIN SAMPULNA.. tidak semua... tapi hanya beberapa sahaja.. tetapi yang beberapa itu cukup dominan untuk mengalirkan darah halimunan yang mengalir di dalam hati..

Raja Sandiwara.. Sang Pujangga... sejak dulu lagi aku tidak pernah menyukai gelaran itu.. tapi positifkan minda... hatta aku menganggap itu sebagai satu labelling untuk mengeratkan hubungan antara kami semua... Sebenarnya... bukan Raja Sandiwara yang menjadi punca utama terhadap kegalauan hati lantas memilih untuk menyepi.. masih ada kisah yang masih terpahat di dalam hati.. In Shaa ALLAH.. jika diberi kekuatan untuk mengarankan setiap untaian katanya... maka kisah itu akan terpapar juga di dada tabloid maya ini.. Janji?? Tidak.. cuma berharap..

SAHABAT SYURGA MIN SAMPULNA..
Padat kisahnya untuk dibukukan.... mungkin mampu mencecah ratusan muka surat kiranya..
Mungkin boleh diangkat menjadi satu naskah novel adaptasi kisah hidup seorang insan picis..
Dari sudut kanta mata seorang insan yang digelar Raja Sandiwara..




SAHABAT SYURGA MIN SAMPULNA...
mereka ada di sini..
masih bersarang di dalam hati..
tapi mereka tidak ada di sisi..
kerana mereka ada hidup sendiri..


'' Jika kita memutuskan silaturrahim..samalah seperti kita menutup pintu rezeki''
'' Busuklah hati seseorang muslim jika dia berasa dengki kepada saudaranya sendiri''


Comments