Skip to main content

Setelah sekian lama...

antara punca manusia lemah dalam meniti ujian Yang Esa ialah sikap malas dan suka memanjakan diri sendiri. alhamhamdulillah... setahun di bumi USM telalu banyak kenangan yang terbina... baik kenangan yang menyenangkan hati mahupun yang menyakitkan hati. dan sekarang...
sebenarnya saat-saat yang menggetirkan dalam hidup sebagai mahasiswa muslim. Iman terasa terlalu goyah saat ini. sejak berpindah ke bilik persendirian.. tidak dinafikan.. rindu kepada roomate lama. walau kini dia hanya menjadi jiran. tidak mengapa... sebenarnya perpisahan ini memudahkan aku untuk beribadah... tapi persoalannya... kenapa saat ini aku semakin kerap ''terlupa'' solat berbanding dulu.
saat ini.. terasa diri semakin jauh daripada Sang Ilahi.. bertapa jahilnya diri sendiri... kufur nikmat yang dikurniakan.. dulu beria nak single room.. sekarang...rasa bilik ini terlalu membosankan.. walau sudah banyak kali terlintas di hati bahawa single room ini akan memudahkan aku beribadah tanpa gangguan... tapi.. tidur kian bermaharaja lela... sudah banyak kali terlepas kelas... kerana terlajak tidur..
hmmm... terlalu banyak yang perlu diperbaiki dalam diri sendiri ini.. jika dibiarkan.. takut yang buruk itu akan membusuk...!! sebelum lakaran masa hadapan hancur berkecai...!!
sebenarnya...aku rindu untuk menikmati kembali kemanisan iman yang pernah dinikmati dahulu..walau kemanisan tersebut hanya secubit kecil daripada kemanisan iman yang sebenarnya...
Ya Allah..aku rindu untuk menjadi tetamu masjidMu.. aku rindu untuk menjadi hambaMu yang sentiasa menghamparkan tikar sejadahMu.. aku rindu untuk menjadi hambaMu yang sering bangkit di waktu  subuh untuk menyembahMu... Bimbinglah aku yang Allah..

Comments