assalamualaikum...
kisah kali ini adalah catatan kisah hidup sebelum menjejakkan kaki ke dalam USM..
jadi, kisah ini tidak layak dipanggil campus life..
satu cerita lama yang sangat menyentapkan hati
cerita lama yang sangat memebri kesedaran dalm hati..
satu kisah yang mencetuskan kegusaran yang sangat besar dalam hati..
kisah apa???
bacalah selanjutnya..
kenangan lalu di SMK BUGAYA |
aku masih teringat lagi detik dan ketikanya..
iya.. kami dulunya bersahabat rapat.. dia.. seorang kawan lama
namun perselisihan faham telah menghancurkan segalanya..
rasa tidak percaya.. kesombongan...dan ketakburan..
semuanya menjadi punca perbalahan..
kisah ini bermula pada 26 April 2012..
itu hari pertama kami bergaduh... tak lah bergaduh sangat...
just pertengkaran kecil je.. dan kedinginan bermula disana..
aku dah minta maaf.. bukan sekali..bukan dua kali..dan bukan juga tiga kali..
tetapi berkali-kali..
kerana aku tidak mahu memutuskan silaturrahim antara kami..
lagipun punca pergaduhan tu sangat tidak munasabah bagi aku.
dan bagi aku... aku tidak pernah melakukan apa yang dia tuduh..
sebab aku yang mengalaminya..
dan.. setiap kali aku minta maaf..
aku sebenarnya membesarkan egonya dan menjatuhkan maruah ku sendiri..
setiap bait kata yang dia tuturkan hampir kesemuanya aku ingat..
~:: kau tau kah.. apa yang kau cakap ni ibarat mencurah air ke daun keladi sudah..
pandai juga kau berkias tyme ni.. rsa nak tergelak pun aku ada tyme tu..
~:: sangkah ni la..lelaki betullah... ==''
dan lagi satu.. ~:: aku ada haklah
statement mu yang membuatkan aku bertekad tidak mahu memburu maaf mu lagi..
dan.. kisah diteruskan walau sehingga ramadhan..
aku masih ingat lagi...
aku pernah berdoa semoga pertelingkahan kita berakhir sebelum ramadhan...
tapi nampaknya tidak!!!
kau terlalu selesa dalam selimut keegoanmu..
dan aku sudah muak dengan semua keangkuhan yang kau tonjolkan..
sehingga aku turut membangunkan ego ku yang sudah lama tertidur semenjak kisah ini bermula..
18. Ogos.2013..
aku memang tanamkan dalam2 di hati..
aku tidak akan tegur kau lagi selagi kau tidak sedar kesilapanmu..
malam itu..selepas solat isyak...dan selepas minum malam..
kau tunjuk hebat dengan aku..
kau..!! dengan motor yang kau pinjam... memecut laju ke arah aku..
kau dah gilakah?? kau ingat aku terlalu lemah sehingga tidak berani melawan kembali..
akhirnya kau jatuh kemalangan..
yes!! tiada langsung rasa bersalah di hati ketika itu..
malahan rasa puas melihat lutut mu terluka..
tapi sedih melihat adik2 lain yang ikut bergila dengan kau.. turut terluka..
selepas tu.. kau datang bertandang ke bilik ku tyme aku study lagi tu...
kau ni memanglah!!
ini barulah pergaduhan namanya...
sebelum pergaduhan bermula.. aku masih ingat ayatmu...
~:: kau ni tiada maruahkah? yang kau bagitahu semua orang tu kenapa?
dan aku pun balas.. ~:: wei..hak aku..!! yang kau sibuk kenapa?
ayatmu aku curi.. biar mengembalikan paku buah keras..
malam itu..segala pekung di dada dilepaskan.
sahabat bertukar musuh...
mungkin kerana kau lihat aku ni budak baik... atau lebih tepat skema.. ==''
jadi kau ingat aku tidak akan melawan kembali..
mungkin kau ingat aku akan biarkan kau belasah aku kerana rasa bersalah..
kunun.. ku kira..itu semua dalam angan mu..
dan akhirmya tercetuslah pergaduhan malam itu..
kalau bukan kerana ada kawan yang halang...
mungkin darah juga akan mengalir..
dan kalau bukan kerana warden asrama datang..
pergaduhan tu akan selesai bila salah seorang daripada kita perlu di hantar ke hospital..
kisah ini masih bersarang di hati ku..
kerana kepuasan akibat peristiwa ini..
kesan terputusnya tali persahabatan..
banyak pengajaran yang diperoleh..
walau pun sakit hati dengan kau..
tapi aku sedih sebenarnya.. \
melihat perubahan mu.. perubahan ke arah negatif..
prestasi akademik menurun..
kenapa?? aku tidak tahu pasal itu..
aku tidak nafikan.. kesakitan di hati telah melahirkan dendam..
walau terkilan.. tapi hati berbisik.
~:: padan muka mu!! tidak dapat tawaran universiti..
menziarah facebook mu baru2 ini..
walau sebenarnya aku selalu lakukan dahulu..
selepas pergaduhan kita...dan sebelum aku muak dengan kau..
alhamdulillah.. kau masih meneruskan kehidupan di sana..
tetapi setakat kerja di kedai2..
semoga itu adalah permulaan bagimu..
permulaan unutk mendapat keredhaan ALLAH..
permulaan untuk mencari kegemilangan diri sendiri..
semoga kau dapat berbudi dengan family mu..
kerana.. keprihatinan di hati ku terhadapmu..
sudah lama luput.. kini hanyalah dendam yang masih tersisa..
kesakitan masih berbekas sehingga aku terlalu pesimis menilai kawan2 baru..
aku menulis kisah ini kembali kerana tidak mau melupakan cerita ini..
kerana kisah ini banyak memberi impak dalam hidup ku..
sifat ceria dan mesra terhakis kerana kisah ini..
aku menjadi lebih gila..dan terlalu porak-poranda..
terlalu bergantung dengan orang.. kerana aku terlalu penat..
penat untuk menanggung setiap kesakitan hati..
penat kerana terlalu mempercayai orang lain..
penat kerana terlalu mudah menyayangi orang lain..
penat kerana terlalu mudah selesa dengan situasi yang sementara sahaja..
dan kini..
kehidupan di USM diteruskan lagi.. walau mencabar.. tapi inilah dia
ujian memang tidak pernah berakhir..
hati yang perlu dididik agar kuat..
duhai hati.. bersabarlah..
Comments
Post a Comment