Skip to main content

cuit2 ceritaku di tempat orang

 

biarkan cerita itu berbunga di kala salji menhujani  bumi..
memberi budi kepada sang lebah dan rama-rama..
memberi aroma kepada sang kumbang di sekitarnya..
biarkan sayap burung itu terus mengembang tatkala hujan membasahi bumi...
biarkan dia terus terbang mencari erti kehidupannya...
burung itu pasti pulang ke sarangnya tatkala senja berlabu..

>>HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG..HUJAN BANTU DI NEGERI SENDIRI<<
lebih baik di negeri sendiri

dan entri  kali ini merupakan refleksi daripada pengalaman pertama menjejakkan kaki di kota kebanggan negara kita ini.. BUKAN NAK MENGKRITIK..kerana aku tahu...semua pasti dah tahu bagaimana keadaannya sosialisasi di kota ini.. kerana perjalanan ketika kerja sehari dalam dewan banquet salah sebuah hotel di Petaling Jaya...

>>untuk kesekian kalinya aku bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan untuk aku...keyakinan berganda bahawa sesungguhnya setiap yang Allah kurniakan untuk kita itulah yang terbaik..seperti kisah seorang pemuda dengan kaktus dan ulat yang akhirnya mendapat rama-rama cantik dan bunga yang cantik..(-_-..kesalahan tatabahasa)
>>ENTRI INI HANYA UNTUK MELUAHKAN RASA KESAL DI HATI<<

tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan di tanah ini lebih maju berbanding tempat aku..tapi aku terkesima melihat keadaan anak-anak remaja di sini... aku merujuk kepada rakan-rakan sekerja ku... usai kerja lewat pukul 11.00 malam..jadi tumpang blik menyebabkan aku terpaksa ikut mereka ke karoke. di suatutempat di wangsa maju... itu perkara biasalaa..aku pun selalu lepak dgn kawan2 di sekolah dulu..tapi lebih mngejutkan apabila melihat aksi mereka...si anak dara yang free hair dengan bangganya menhisap roko..dan sisha..(kiamat sudah dekat..inilah puncanya anak yang bakal dia lahirkan menjadi kanak-kanak berkeperluan khas).dan seorang minah comel yang mengenakan selendang jorjet...Alhamdulillah dia bertudung..tapi malangnya.. berpimpinan tangan bersama kekasih hati yang bukan muhrimnya...berkali-kali aku melemparkan jelingan tajam kepadanya..tapi seperti tidak berkesan..akak aku juga dalam berbicara sempat menabur sindiran.keadaan tetap sama.. hanya Allah yang mampu mengadili mereka..sebagai manusia yang abru sahaja berkenalan dengan mereka..aku hanya mampu berdoa dalam hati...iman aku juga masih terlalu rapuh untuk menasihati orang.. masih banyak lagi lompang yang terdapat dalam segenap hati ini...

>>mungkin kerana aku belum lagi menjelajah banyak tempat..kerana itu akurasa sebegini..mungkin kerana aku tidak biasa dengan perkara seperti ini..sebab itu aku tidak selesa..

>>yang penting..aku bersyukur dengan apa yang aku miliki<<
-_-barang siapa yang menyangkah dia sudah sudah cukup bersyukur dengan Allah..dia sudah cukup bertawadduk..istighfarlah..sesungguhnya dia adalah orang yang takbur..-_-

Comments