DALAM HIDUP TIADA SEMPURNA

apa ertinya blog ini dibuat???
tiada guna jika hanya dibiarkan mereput...
jadi memandangkan aku ketandusan idea utk create cerita..
aku rasa better jadi coretan dari hati seorang remajalah

sekarang aku punya azam yang baru..
azam yang agak gilak jugalah bagi aku..
iya..memang sgt gilak..
memanglah aku ini tidak sempurna...
dan tidak mungkin akan sempurna..
sebab asal kejadianku  pun tidaklah terlalu sempurna

tapi yang paling menyebalkan ialah..
apabila orang lain tidak pernah faham
dengan perangai aku sendiri... iyalah..
aku sedar aku ni banyak cacat dan celanya..
aku tidak nafikan.. childish.. over acting..
dan yang paling terbaik... TIDAK MATANG..!!

jadi...untuk menenangkan hati ini..
dan untuk mengelakkan aku menyakiti hati orang lain..
aku ambil jalan mudah..
tinggalkan mereka yang menyakitkan hati..

jadi sekarang..walau teknik ni jarang berkesan..
tapi aku nak cuba.. better trying than nothing..
jadi orang yang serious?? aku rasa aku tidak mampu..
tapi... aku akan usaha buat yang ini.. LIVE MY LIFE ALONE..

kerana..menyayangi tidak selalu mengembirakan...
jadi..aku nak berhenti menyayangi orang...
biar jadi selfish.. aku ada ALLAH dan keluarga..
lagipun..kawan2 di usm ni hanya sementara..
lepas empat tahun...semuanya akan ditinggalkan

10 PERSONA DI BAWAH BAYU

dah lama nak buat entri ni... tapi asyik tertangguh jer.. jadi ini kalilah... dibuat sudah entri ni..hek hek hek hek..

mudah2an post kali ini dapat membantu mereka yang ingin menjelajah tanah kelahiran ku ini... SABAH NEGERI DIBAWAH BAYU... terlalu banyak tempat-tempat yang menarik di Sabah... senarai dalam entri ini.. hanyalah sebahagian daripadanya... hanya tempat2 yang betul2 berkenan di hatiku aku masukkan... 
10 WONDER OF SABAH..       you must visit when come!!!

1. GUNUNG KINABALU
di sini anda berpeluang mendaki GUNUNG TERTINGGI DI ASIA TENGGARA...jangan risau...aspek keselamatan sentiasa di titik beratkan

2. MALIAU BASIN
the one and only... SABAH 'S LOST WORLD.... banyak tempat lepak kt dalam ni... bersama2 flora dan fauna yang anda jarang lihat... rugi klu ndak datang..

3. PULAU SIPADAN
pulau tercantik yang mendapat pengiktirafan UNESCO. Located kat tempat tinggal aku..SEMPORNA

4. SIMPANG MANGAYAU
SIMPANG MANGAYAU also known as THE TIP OF BORNEO...
nikmati suasana seperti dalam filem seram HOLLYWOOD.. just come to KUDAT

5. LEMBAH DANUM
bertemulah dengan badak sumbu sumatera, orang utan, ungka dan kancil di sini.. kebanyakan haiwan yang hampir pupus dihimpunkan di sini.. Located at LAHAD DATU

6. GUA GOMANTONG
gua batu kapur terbesar di sabah.. Located at KINABTANGAN

7. MONOSOPIAD CULTURAL VILLAGE
terkenal dengan legenda kaum pemburu kepala... datang dan saksikan budaya mereka ini... jgn risau.. tak kan ada yang buru keplada nada.. zaman dah berubah... Located at PENAMPANG

8. PORING HOT SPRING

 bermandi-manda di kolam air panas sambil merawat kulit.. dan berjalan di atas titian kanopi.. Rainforest terunggul di Sabah.. Located at KUNDASANG...

9. PULAU TIGA (SURVIVOR ISLAND)
pulau ini pernah digunkan sebagai lokasi penggambaran drama bersiri popular CBS... 'Survivor'
rawatlah kulit anda di pulau ini

10. KOTA KINABALU CITY

banyak tempat yang menarik untuk diterokai.. Observation Hill.. Pasar Tamu Gaya Street, Waterfront.. dan sebagainya.. Kota Kinabalu.. International City Gateaway... Bandar Perlancongan

untuk maklumat lanjut.. carilah kat google search.. semuanya ada.. sabahtourism... SELAMAT DATANG KE NEGERI DI BAWAH BAYU..

Beyond the Pages of the Wordsmith : Road To PBAKL 2023

Bismillah... Dengan rendah hati dan penuh iltizam, saya jemput anda semua untuk temankan saya melalui denai-denai menuju #PBAKL2023. . Sebag...