Sebenarnya artikel ini sudah lama dalam perancangan saya untuk ditulis. Idea-idea yang bakal dikarangkan dalam artikel ini sudah lama berlingkar dalam minda. Cuma masa dan kesempatan sahaja yang belum ada untuk mengarangkannya. Memandangkan sekarang saya sedang dalam fasa cuba memberi headstart untuk minda sendiri (yang sudah lama dibiarkan mereput tanpa pembacaan ilmiah), maka saya curi sedikit masa untuk memuntahkan semua apa yang ada di minda. KERJA DI PUTRAJAYA TANPA MELALUI JPA/SPA. Sebenarnya caranya sangat mudah. Saya tidak tipu. Sangat mudah. Tinggal lagi rasa malas kita yang sering menjadi penghalang untuk menolak hajat kita untuk berusaha melangkaui apa yang kita rasa mampu. Baiklah, untuk memudahkan penjelasan tentang cara ini, lebih elok kiranya jika difahami dahulu lapis skim pekerja yang ada dalam perjawatan kerajaan. Dalam badan kerajaan, ada beberapa skim pekerja yang diwujudkan:- 1. Pekerja tetap 2. Pekerja kontrak JPA 3. Pekerja Sambilan Harian (PSH) U...