Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

DOA YG DIPERKENANKAN - Ibrah Melalui Roommate. (BHGN 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera... DOA YANG DIPERKENANKAN. Tahun Satu di USM, rakan sebilik aku beragama kristian. Tidak menjadi satu halangan pada awalnya kerana dia tidak kisah jika aku solat dan baca Al-Quran. Itu apa yang dia ujarkan. Bukan apa yang dia lakukan. Maka aku membuat keputusan untuk menggurangkan amalan-amalan yang aku lakukan saban Maghrib. Apabila aku cakap kurangkan..maksudnya..aku kurangkan sungguh-sungguh. Solat dan bacaan Yaasin padam sepadam-padamnya. Etika pakaian mula berubah. Daripada seorang Muslim yang suka menggenakan seluar slack kini mula mengenakan seluar ala-ala KPOP. ' Ahh, tak mengapa! Aisyah minat KPOP. Mungkin sudah tiba saatnya aku mula menjiwai KPOP demi dia' Wait! Aisyah lagi tidak suka dengan lelaki yang suka meninggalkan solat. Lelaki yang lebih gemar tidur sehingga subuh dan juga lelaki yang hanya duduk menatap laptop setiap kali maghrib. Walau apapun, modifikasi hati semakin mendekatkan roommate yang beragama kristian ini., S...

SERANGAN DI PARIS - KONSPIRASI MENJATUHKAN ISLAM

Terdetik hati mencampakkan pandangan berkaitan isu ini selepas membaca komen2 netizen tentang DP FB bendera Perancis.' / . Tidak bersetuju dengan mereka yang berkata tak kisahlah kau nak tukar DP FB kau tu.. it is about humanity! No! It is not! DP FB Bendera Perancis is not about humanity. It is about Islamophobia. Kenapa aku katakan tentang Islamophobia? Terlebih dahulu cuba kaitkan dengan pengasas Facebook itu sendiri. Kemudian cuba ingat semula tentang DP LGBT yang pernah dilaksanakan oleh Facebook beberapa bulan yang lepas. Kedua-duanya berkait dengan usaha mencalarkan tasawwur Islam iaitu akhlak dan akidah. . . Betullah. Tak kisah kau nak berdoa untuk siapa. Kita kena ada sifat perikemanusiaan. Serangan di Paris ini jelas tidak berperikemanusiaan kerana telah membunuh 120 nyawa setakat ini. Jadi kita tukar DP FB sebagai sokongan mengecam keganasan yang berlaku di sana. Serangan di Paris.... Dikatakan dilakukan oleh IS iaitu Negara Islam (Syira dan Iraq) sebagai balas d...

MENCARI TUHAN BUKAN BERSENDIRIAN

(Puisi untuk sahabat yang mencari Tuhan - S.Odd) Mencari Tuhan. Bersendirian dan bukan di jalanan. Tuhan adanya di hati. Bukan menyepi dan sunyi. Tuhan telah memberi kasih di sisi. Diutus melalui hambaNya untuk kau dampingi. Ada kekuatan dalam setiap entiti. Mungkin bukan di sini. Tapi yakinlah ada di hati. Mencari Tuhan. Bukan menyendiri. Tuhan ada di hati. Bagaimana kau hendak mencari Tuhan sedangkan kau sudah lama menutup hati mu? Kau bilang hati mu kosong. Kau bilang kau dah lama terpesong. Kau hilang dalam kelongsong. Relung yang kau bina tika minda mu kosong. Sedangkan Tuhan dah lama sayang. Cuma kau khilaf melihatnya suram. Kau diam dan diam lagi. Pada nadi Tuhan utuskan. Agar jantung mu terus berdegup. Sedangkan nadi mu berdenyut tanda tahmid dan tasbih. Kau buta menilai lagi. Kau kira kau menyendiri kau jumpa Tuhan. Tak. Kau tak pernah sendiri. Tuhan sentiasa bersama mu. Tuhan hadir dalam nadi mu. Setiap hembusan nafas mu. Setiap kedipan ...