Berakhir Pilihan Raya Kampus USM. Walau tidak terlibat secara langsung. Cukup hanya memerhati. 'Tense' PRK kali ini tetap dirasakan. Mungkin kerana masih ada sisa perjuangan yang masih bersarang di hati. Cuma sidang ini memilih untuk tidak menyertai kerana kita ada cerita yang tidak mungkin padam di hati. Aspirasi USM. Banyak kenangan dan pengajaran selama berkecimpung di dalamnya. Tidak kurang juga sakit di rasa. Kerana sakitnya, hampir memilih untuk bercuti dari pengajian. Untung Allah hadirkan seorang sahabat yang membisikkan semangat agar bangkit kembali. Sudi bersatu membantu dari jauh. "Aku pun lepas ni tak nak terlibat dah, Wan." Untuk engkau mantan sahabat. Kerana persepakatan dulu aku memilih untuk terus tidak terlibat. Katanya janji untuk di kota. Tapi kau masih terlibat sama. Tidak mengapa. Mungkin ku bodoh berpegang kata. Sedangkan kau sudah berpasak perkasa. Bahkan menjadi pemegang cokmar perwira. Bukan. Bukan menyesal hanya memandang. Bukan kemp...