....sambungan... Petai. Selepas ini Afwan taubat akan memakannya semula! Beberapa kali dia cuba memaksa dirinya menelan tumbuhan tersebut. Belum lama selepas itu, mereka dipaksa untuk mencalitkan muka dengan kunyit. Afwan kemilih untuk memenuhkan ruang mukanya dengan kunyit tersebut. Lagaknya seperti memakai bedak sejuk. Bagi Afwan, setiap apa yang berlaku dalam hidup sehari-hari adalah pengalaman yang tidak mungkin akan terulang. Nikmatilah selagi mampu. Dek kerana itulah, Afwan cuba memujuk diri agar menikmati setiap detik bersama kenalan-kenalan baru dan lamanya itu. Kumpulan mereka merupakan kumpulan ketiga terakhir tiba di stesen terakhir. Tatkala kumpulan lain sudah bersedia untuk menyiapkan tugasan terakhir, mereka baru terkedek-kedek mengumpulkan bahan yang diperlukan untuk tugasan tersebut. Paip PVC dan sebiji bola ping pong. "Jangan buang kunyit di muka kamu! Aktiviti tak habis lagi. Kamu hanya rehat minum!" tempik Abang Samad, ketua aktiviti petang itu. Afw...